Ternyata Ini Dosa Sehari-hari Seorang Wanita, Mengerikan!


Ternyata Ini Dosa Sehari-hari Seorang Wanita, Mengerikan!

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, ”Pada hari penaklukan Makkah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan jenggotnya telah memutih (seperti kapas, artinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam.” (HR. Muslim).

Mencabut Uban

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Memakai Bulu Mata Palsu

Fatwa: “…Menurut hemat saya, tidak diperbolehkan memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, karena hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangi rambut palsu.

Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lainnya (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh.

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu karena alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek.




Selayaknya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah, dan tidak perlu melakukan tipu daya atau merekayasa kecantikan.

Sehingga tampak kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti memiliki pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah…” (Disampaikan dan didiktekan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber : Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)


[3 Punca] Anak Selalu Sembelit & Najis Keras, Ini Penjelasan Pediatrik, Mak Ayah Sila Take Note!

[3 Punca] Anak Selalu Sembelit & Najis Keras, Ini Penjelasan Pediatrik, Mak Ayah Sila Take Note!

Memang kesian bila lihat anak selalu menangis susah nak buang air besar sebab sembelit dan najis keras.Seringkali mak ayah tertanya-tanya apa punca yang mengakibatkan anak boleh kena sembelit dan najisnya jadi keras. Kebanyakkan tanggapan mak ayah ia berpunca daripada susu formula yang tidak sesuai dan perlu tukar kepada jenis/jenama yang lain. Andaian ini sebenarnya kurang tepat.
Menerusi perkongsian oleh Dr Hairin Anisa Tajuddin yang merupakan seorang Doktor Pakar Kanak-Kanak ada 3 punca yang menyebabkan anak hadapi masalah ini..
Berikut merupakan antara perkongsian beliau;
Assalam
I’m sharing cases yesterday. Semalam constipation day ..pelik kan? Kalau ada seorang datang dengan satu problem.Nanti berturut pulak patients yang ada simptom yang sama.
Memang semalam ada baby darapada umur 10 bulan hingga anak umur 4 tahun yang ada masalah najis keras.Susah nak buang air besar malah sampai najisnya berdarah sebab luka anusnya (lubang dubur).
Sama aje historynya:
1) Bagi susu Formula Milk (FM) dan too dependant dengan FM tu

Penjelasannya :
Susu formula milk (FM) terutama yang high calorie menyebabkan anak selalu rasa kenyang, digestion susu FM lambat dan anak rasa mudah sebab tak perlu kunyah.Hisap telan aje). Sebab itu anak jadi kurang selera makan. Susu FM pulak adalah tepung.Ada campuran kanji seperit corn starch, maka najis akan keras macam kena glue (gam kan buat daripada kanji).
2) Kurang Minum Air Masak (tak termasuk air-air lain ye), mak kata bagi air masak tapi jumlahnya setiap hari tak cukup

Penjelasannya :
Air masak sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dalam usus.Jika badan kurang air, maka lebih banyak air daripada usus yang akan diserap ke dalam darah.Maka najis jadi kurang air & keras.
3) Kurang pengambilan fiber or serat (ambil tapi tak cukup)

Penjelasannya :
Serat ni ibarat macam sponge (jika sponge kita yang tinggi fiber, akan senang nak serap air kan?)
Serat besar yang ada dalam makanan tidak diserap balik oleh tubuh & tertinggal dalam usus (maka najis yang ada tinggi serat) untuk menyerap semula air dalam usus yang ada najis & memastikan najis sentiasa lembut.
Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi, adalah makanan yang bagus untuk perjalanan usus.
# Ada mak kata dah masukkan sayur tapi satu jenis aje sayur dalam bubur atau hidangannya.
# Ada yang ingat kentang tu pun sayur sedangkan kentang tu sejenis makanan kanji yang boleh keraskan najis.Ia pengganti kepada nasi (karbohidrat).
# Ada yang beli serat daripada pharmacy sedangkan serat boleh didapati daripada natural fruit & sayur & oat.
#Ada yang ingat susu FM berlabel IT (improve transit) kononnya untuk sembelit tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat & minum air masak.
Macam-macam cerita semalam kalau nak share.
Nanti saya cerita berapa amount air masak yang diperlukan oleh anak2-anak ye.
Selepas 2 Tahun Ganti Dengan Susu Segar @ Susu UHT
Setelah putus susu ibu, after 2 years old boleh diganti dengan susu fresh milk or susu UHT (Full cream), mereka tidak boleh bergantung kepada susu semata-mata, maka 3 kali susu sehari dah cukup, selebihnya berikan makanan seperti cheese & yogurt dan lain lain serta makanan lain yang natural.
Jika anak yang tak menyusu ibu, selepas 1 tahun tak perlu bagi susu FM lagi, berikan susu Fresh milk or Full Cream UHT kalau susah nak jumpa fresh milk. Nak bagi yang ada perasa sekali sekala pun boleh. Tapi sebab ianya manis maka campurlah separuh susu putih & separuh susu berperisa. Pelbagaikan nutritious drink seperti campurkan susu Fresh dengan horlick or malt chocolate pun boleh tapi kurangkan gula ye.

Alhamdulillah ramai patients saya yang berjaya pulih daripada sembelit setelah tukar diet changes tanpa perlu pening-pening kepala nak tukar susu formula apa.

Banyak nak kongsi lagi.InsyaAlllah jika ada masa. Wassalam.


Sumber:Hairin Anisa Tajuddin via mingguan wanita

SUAMI YANG SUKA 'LIKE' GAMBAR PEREMPUAN SEKSI SEBENARNYA JENIS YANG TIDAK RETI HORMATI BINI!!

Suami yang suka 'Like' gambar perempuan seksi sebenarnya jenis yang tak reti hormat bini






"Isk!! makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ni"
, kata si suami dalam hatinya.

Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita  berserta caption 'selamat pagi abang- abang dalam group nie' cair si suami melihatnya.

Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk , terus berkongsi gambar dan video pornografi.

Yang peliknya, yang berkongsi bahan- bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara begini. Malu betul bila cucu/anak/saudara/mak saudara/sepupu sepapat yang lain melihat kenakalan mereka.

Bila masuk ke media sosial, si suami seronok 'like' gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat 'berinteraksi' kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.

Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya,. Orang yang dikahwininya di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.

"kenapalah isteri aku tak cantik" bisikan nakal di hati suami.

"Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel dengan lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.



"Dua minggu sekali, itu pun terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti mak cik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu"kata suami.

Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik ? Isteri itu di bawah jagaan siapa?? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? belum masuk  bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.

Badan dah mengelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun  awak dah malas. Inikan pula nak bezumba bagai? terus dicop sebagai Nyuzuz! Maksiat! Walaupun kelas semuannya perempuan.

Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja tu kan berpeluh?" - suami awak nak bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?

"Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, Nak cantik-cantik nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau" kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.

Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi die beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian , Watson awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli Online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak ? Zzz...

Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? di mana pula hormat kepada isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara- perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak  mencantikkan isteri awak.

Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ni poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukuo matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya mint maaf. Posting ini tidak ditujukan kepada awak.

Namun Jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak berstuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucaplah kata-kata indah kepada mereka.

Jika awak terasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.

Sumber: Akhtar Syamir via OMM


10 RAHSIA MENARIK PENJAGAAN KULIT MUKA & BADAN CARA ORANG KOREA, JOM IKUTI DAN AMALKAN

10 Rahsia Menarik Penjagaan Kulit Muka & Badan Cara Orang Korea.

Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka flawless dan glowing habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu lah nenek-nenek di sana masih boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Dahsyat betul.

Gadis manis ini kongsi 10 rahsia dan cara-cara orang Korea jaga muka dan badan. Yang tips 4 dengan 5 tu paling susah nak disiplin kot :P

Penjagaan kulit yang wajib

Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan

Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:

1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.

2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.

3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.

Tak makan makan berminyak, banyak makan sayur & bersukan
4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.

5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.

6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je. So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.

Orang Korea suka seaweed dan tauhu
7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.

8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.

9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi

10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu

So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?

Semoga info2 ini memberi manfaat. Boleh share kat kawan2.

sumber : Sakinah Omar

19 Tips Solekan ‘Nude’ Wanita Berhijab Paling Ringkas yang Anda Perlu Tahu

Wanita di dalam Islam tidak dituntut untuk berlebih-lebih saat berhias. Namun, wajah tidak harus dibiar pucat lesi. Perlulah ada keserian di wajah untuk nampak lebih manis. Di bawah ini adalah antara TIPS solekan ' Nude' yang mesti dicuba :-






1. PENJAGAAN KULIT
Seharusnya solekan dimulakan dengan penjagaan kulit. Sapukan serum atau pelembap sebelum memulakan sapuan bedak asas.

2. LITUPAN ASAS
Solekan nude bukan bererti kamu tidak memerlukan litupan bedak asas. Pilihlah daripada jenis cecair untuk litupan lebih ringan.

3. BB/CC CREAM
Atau cukup dengan hanya menggunakan BB/CC cream pengganti bedak asas cecair tadi.


maybelline dream liquid mousse


MAYBELLINE Dream Liquid Mousse memberikan litupan bedak asas yang ringan dan lembut menyentuh pori.

4. BERUS APLIKASI
Sapu menggunakan berus bedak asas. Kamu juga boleh menggunakan jari tetapi pastikan jari benar-benar bersih sebelum menyapunya.

5. MENGGUNAKAN JARI
Jika menyapukan bedak menggunakan jari, gosok-gosokkan teksturnya menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari untuk memberikan rasa ‘warm’ pada bedak itu.

6. TONA BEDAK ASAS
Untuk pemilihan warna bedak, jika bedak cecair itu dipilih setona lebih cerah,seimbangkannya dengan setona lebih gelap untuk sapuan bedak tabur/padat seterusnya. Begitu juga sebaliknya.

7. PENYAMAR CELA
Solekan natural biasanya mengabaikan penyamar cela. Bedak asas yang bagus itu sendiri mampu menutupi cela tanpa bercapuk. Namun, jika mempunyai cela yang teruk, gunakan sahaja bedak asas stik atau krim untuk memudarkannya dengan selapisan lebih tebal pada bahagian bermasalah itu.

8. ‘TRANSLUCENT POWDER’
Pilih translucent powder sebagai kemasan akhir solekan asas. Ambil bedak menggunakan berus dan layangkan berus ke udara untuk membuang lebihan bedak.

9. PEMERAH PIPI
Untuk warna pemerah pipi, pilihlah rona soft pink untuk tona kulit cerah, peachy pink untuk tona kulit medium dan brownish pink bagi berkulit gelap.

IN2IT- Sheer- Shimmer-Blush- No-01- Pink Pearl


10. ‘SHIMMERY BLUSHER’
Sebaiknya, gunalah shimmery blusher yang memberikan efek pipi lebih berkilau dan sesuai untuk solekan nude yang tidak punya banyak mainan warna.

11. PENGKONTURAN WAJAH
Untuk membina kontur wajah atau shading, gunalah bronzing powder atau bedak padat setona lebih gelap daripada kulit. Jangan pilih tona yang terlalu gelap. Adun sempurna menggunakan berus.

12. UKIRAN KENING
Gunakan maskara kening untuk membentuk kening agar bentuk kening terlihat lebih natural. Usah dibentuk terlalu tajam menggunakan pensel kening tajam atau menggunakan warna terlalu gelap. Pilih celak kening coklat atau kelabu cerah.

The Body Shop - Down to Earth Quads/Down to Erath Pallete


13. PEMBAYANG MATA
Pilih warna pembayang mata rona tanah, beige atau keemasan pudar. Sapukan sekadar cuma di segenap kelopak mata.

14. ALITAN CELAK MATA
Lukiskan celak mata dibawah umbi bulu mata dengan cara menarik kelopak mata ke atas dan leretkan celak di dalam garis bulu mata itu bukan di atas mata.

15. BULU MATA XXL
Tidak perlu bulu mata palsu, hanya teknik bermaskara yang betul perlu diaplikasikan untuk mendapatkan lentikan bulu mata tebal natural. Kepitkan bulu mata terlebih dahulu. Kemudian, sapukan maskara dengan menekan bulu mata betul-betul dari akarnya lalu diangkat ke atas secara perlahan dan secara berzig zag. Setelah cukup dua sapuan,gunakan hujung berus maskara, sapukan sekali lagi pada bahagian yang sukar dicapai seperti hujung dalam mata.

16. SOLEKAN ULAS BIBIR
Pilihlah warna gincu bertekstur shimmery atau cukup dengan pengilat bibir sahaja. Jangan lupa sapukan salap bibir sebelum itu.


perfekt beauty
Lip Pre-f'ekt, Perfekt Beauty


17. ‘LIP TINT’
Pilihan lain untuk solekan bibir, boleh cuba lip tint yang memberikan dua fungsi melembapkan bibir sambil memberi warna mengikut warna semula jadi kulit bibir.


18. PENCAHAYAAN SAAT BERSOLEK
Paling penting, lakukan solekan di bawah cahaya semula jadi yang terang agar kamu dapat melihat the real result kerana solekan kamu juga akan dilihat di bawah cahaya semula jadi. Natural light akan mengelakkan kamu bermekap secara berlebihan.


19. KEMASAN AKHIR SEBELUM ‘BYE’
Sebagai kemasan akhir, elakkan menggemburkan bedak. Sebaliknya, cukup dengan semburan hydrating mist untuk setkan keseluruhan solekan.

Silakan share untuk panduan bersama.



GAMBAR VIRAL INI MENGAJAR NETIZEN AGAR JANGAN MUDAH MENGHUKUM!!

Gambar Viral Ini Mengajar Netizen Agar Jangan Mudah Menghukum!

Gambar yang viral baru-baru ini ada cerita sebenar di sebaliknya. Ini membuktikan bagaimana netizen amat cepat menghukum orang lain, terutamanya ibu bapa.
Gambar viral yang menghukum seorang ibu tak bersalah

Satu gambar telah viral di media sosial baru-baru ini.


Gambar tersebut menunjukkan seorang ibu kelihatan sibuk bermain telefon pintarnya di ruang menunggu lapangan terbang sementara bayinya dibiarkan di atas lantai.

Semasa gambar tersebut jadi viral buat pertama kali di Facebook, ramai netizen yang jadi ‘keyboard warrior‘ dan mengecam ibu ini.
Dalam sekelip mata, gambar tersebut telah dikongsi oleh ribuan orang dengan komen-komen yang sangat kejam terhadap si ibu.
Ibu dalam gambar tersebut ialah Molly Lensing yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat bersama anak perempuannya, Anastasia.


Gambar yang diviralkan
Sudahlah gambar itu diambil tanpa izin, jadi viral dan menghantui Molly! Molly sangat terpukul dengan komen-komen buli akibat salah faham netizen terhadapnya.
Di dalam gambar itu ditulis sepotong ayat dari Albert Einstein yang berbunyi ,

“I fear the day that technology will take on our humanity. .. the world will be populated by a generation of idiots.”

Ia bermaksud, “Aku risau satu hari nanti, teknologi akan mengambil alih kemanusiaan… dunia akan dipenuhi dengan generasi bodoh.”

Gambar tersebut telah menjadikan Molly sebagai topik perkongsian netizen.
Perkara yang sebenarnya terjadi

Hari tersebut, di Corolado, Molly dan Anastasia yang baru berusia 2 bulan terpaksa duduk di lapangan terbang selama 20 jam.
Mereka ingin pulang ke rumah dari melawat saudara.
Penerbangan mereka kemudian dibatalkan dan mereka terpaksa menempah penerbangan baru.
Letih dengan keadaan tersebut, tambahan pula bersama dengan anak yang baru berusia 2 bulan, Molly berehat sebentar dengan meletak Anastasia di lantai beralaskan selimut.
Oleh kerana belum sampai ke rumah, ahli keluarga Molly mula risau dan menghubungi Molly secara berterusan telefon bimbitnya.
Memikirkan untuk tidak membuat semua orang risau, Molly menjawab mesej mereka.


Menurut Molly, “Saya bernasib malang kerana sistem komputer di lapangan terbang rosak. Ketika itu saya sangat penat dan mahu duduk bersama anak saya yang berusia 2 bulan.”

Molly juga menyatakan kepada Today yang dia telah mendukung Anastasia selama berjam-jam.
Lengannya sudah lenguh mendukung terlalu lama dan anaknya juga lenguh didukung.
Ramai yang telah menghukumnya sebagai seorang ibu yang kejam akibat gambar viral itu. Malah ramai yang mengatakan yang Molly tidak layak menjadi ibu!

Setelah beberapa bulan stress akibat kejadian itu, Molly jadi takut dengan respon orang di sekelilingnya.
Apatah lagi Molly merupakan seorang jururawat yang mengendalikan bayi. Dia takut akan dinilai oleh kawan-kawan dan rakan sekerjanya.
Tetapi Molly bernasib baik, kerana kawan-kawan dan rakan sekerjanya tidak terpengaruh dengan gambar tersebut.
Mereka percaya yang Molly bukanlah seperti yang ditunjuk di dalam internet. Tetapi, respon orang asing yang menyerang privasi dirinya telah mengganggu kehidupan Molly.

Molly Lensing bersama suami dan anak-anaknya



Jangan mudah menghukum!

Ini adalah sesuatu yang sangat teruk dan tidak seharusnya terjadi.
Supaya kejadian ini tidak terjadi lagi, mari kita amallkan perkara berikut:
Utamakan rasa empati berbanding berprasangka buruk apabila melihat sesuatu.
Jika anda betul-betul prihatin, hulurkan bantuan, bukannya fitnah di media sosial.
Hormati privasi orang lain sebelum mengambil atau menyebarkan gambar orang. Apatah lagi jika ia mendatangkan lebih banyak perkara negatif.
Memalukan orang lain bukanlah tindakan yang bijak. Ia adalah satu jenis buli yang boleh menyebabkan kemurungan. Bayangkan jika kita dituduh akan sesuatu yang buruk dan kita tidak melakukannya?
Jangan sesekali merasakan diri kita lebih baik dari orang lain terutamanya di dalam dunia keibubapaan.
Kita tidak tahu apa yang mereka telah lalui, malah ia adalah biasa untuk ibu bapa juga melakukan kesalahan tanpa sengaja. Berhenti menghukum!

Kini Molly sedang berusaha untuk melupakan peristiwa di lapangan terbang dan gambar viralnya itu. Semoga kejadian ini tidak terjadi kepada kita pula.

PERHATIAN!! INI CARA ELAK BAYI TERSEDAK SUSU BACA DAN KONGSIKAN

CARA ELAK BAYI TERSEDAK SUSU, BACALAH NOTA INI SEBELUM TERLAMBAT.


Kes kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap tahun, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ini sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Jadi daripada kes tersedak susu yang berlaku, ini antara punca yang menyebabkan bayi tersedak susu.

1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Injap paru- paru anak yang masih kecil.

2. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.

3. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Cara Beri Minum Susu Kepada Bayi Yang Betul

Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.

Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

Jika anak tersedak susu, ibu- ibu semua jangan panik. Tenangkan diri dan boleh cuba perkongsian untuk merawat bayi yang tersedak susu.


1. Tiarapkan bayi kemudian seperti position di dalam gambar, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

2. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

3. Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Dengan panduan dan cara rawatan ini, moga ianya bermanfaat untuk kita kongsikan bersama dengan orang- orang yang kita sayang terutamanya ibu bapa yang baru. Yang paling penting jangan terleka, badan kena sihat untuk menjaga anak yang masih kecil dan jangan panik jika terjadinya kes anak tersedak susu.

kredit : mingguan wanita

KEBAIKAN DAN KEGUNAAN VASELINE YANG ORANG MUNGKIN TAK TAHU

Kebaikan Dan Kegunaan Vaseline Yang Orang Mungkin Tak Tahu

Artikle ini bukan tajaan or entry bodek Vaseline ye.  Tapi admin memang serious user Vaseline Petroleum Jelly ni. Selalu beli boleh kata non stop, habis je terus beli. Sebab macam-macam manfaat dia. Scroll-scroll instagram, jumpa satu post ni mengatakan tentang kebaikan Vaseline yang sebenar, yang admin sendiri tak tahu.



Makeup Remover
Sapu pada bahagian yang berkenaan.

Hapuskan "EYE BAG"
Sapukan lapisan nipis dibawah mata sebelum tidur untuk membantu mengurangkan kesan mata panda bila bangun pagi.

Membuang blackhead
Sapu pada hidung. Letak plastik pada hidung anda, tuam dengan kain basah rendaman air panas selama 5 minit.

Merapikan rambut
Hangatkan sedikit jeli pada tapak tangan sebelum sapu pada rambut untuk melicinkan rambut atau akar keriting. Hujung rambut yang bercabang pun boleh guna Vaseline.

Bibir Kering
Apply Vaseline di bibir sebelum tidur untuk mengatasi bibir kering. Boleh juga pakai Vaseline sebelum pakai gincu untuk mengelakkan bibir kering dan mengatasi bibir lebam/hitam.

Penyerlah tulang pipi 
Sapukan pada tulang pipi kita sebelum kita pakai "blusher" untuk memastikan "blusher" tahan lebih lama dan bentuk wajah lebih tajam.

Panjangkan bulu mata
Sapukan Vaseline pada bulu mata setiap malam. InsyaAllah lama kelamaan bulu mata akan lebih panjang. Sapu dari bahagian akar hingga ke hujung.

Jadikan perfume lebih tahan lama
Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan, belakang telinga dan pelipat siku sebelum sembur perfume anda.

Untuk kutikel kering
Sapukan pada kuku jari dan kaki untuk menjaga "manicue" dan pastikan kaki kita kelihatan sebaik baru.

Mencegah hidung kering
Sapukan sedikit dibawah dan keliling hidung untuk mengelakkan kulit kering dan didalam lubang hidung untuk menghentikan kesakitan kulit kering semasa cuaca sejuk atau jika berada dalam bilik hawa dingin dengan lama.

Merawat kesan luka
Sapukan pada kawasan luka yang sudah kering.

Kaki merekah
Sapukan pada kaki sebelum tidur.

Kalau rasa, bermanfaat amalkan. Mellya cuma tahu Vaseline baik untuk kulit kering and bibir, tak sangka banyak kegunaannya.

KERJA SAMPAI MALAM PUN, ORANG TAK AKAN HARGAI, TAPI SEKALI KAU BUAT SILAP, KONFIRM HABIS KAU

'Kau Kerja Sampai Malam Pun, Orang Tak Akan Hargai. Tapi Sekali Kau Buat Silap Konfirm Habis Kau'

Bila bercakap soal kerja, memang tak akan pernah habis. Hari-hari kerja pasti bertambah dan tak akan sekalipun berkurang.
Bagaimanapun, segalanya akan menjadi mudah sekiranya kita pandai dan tahu cara untuk menguruskannya. Tak semestinya anda perlu stay di ofis sehingga lewat malam untuk menyelesaikan segala urusan kerja. Ingat, anda punya keluarga dan kehidupan sosial yang perlu anda luangkan masa bersama juga.


Jadi, jom baca perkongsian lelaki ini yang mungkin sedikit demi sedikit membuka mata anda tentang kerja. Sangat bermanfaat!

"ORANG TAKKAN HARGAI KERJA KAU"

Duk sembang dengan member. Pasal kerja.

Dia kata,

"Memang susah nak dapat kerja sekarang. Bila dapat kerja makan gaji, tak kiralah dengan swasta atau gomen, hadap sajalah segala yang depa tetapkan.

Dalam sektor pekerjaan, kau jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau.
Contohnya, kau buat kerja sampai malam sekalipun, peluh keringat sebaldi dah, kau jangan expect kau akan dapat penghargaan tinggi dari orang sekeliling.

Rakan-rakan kerja kau cuma jadi saksi kau buat kerja rajin. Tapi, mereka tidak akan backup kau atau sampaikan kerajinan kau pada bos, CEO, pentadbiran dan pihak yang bagi kau gaji.

Jangan pernah bergantung pada mana-mana kawan kerja untuk jadi bahan bukti, saksi segala kerja yang kau buat untuk tempat kerja kau. Mereka tidak akan masuk campur urusan kau. Mereka juga nak jaga periuk nasi sendiri.

Tapi, kalau kau buat silap atau tak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali -- tak kiralah apa jua sebabnya termasuk sakit -- orang akan cepat pandang serong kau. Kau takkan lagi tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kau memang pekerja yang rajin.

Mungkin di sesetengah company yang bagus, swasta misalnya, bila kau rajin, menonjol dan memang penglibatan kau dalam apa-apa projek tu memberangsangkan serta memberikan pulangan yang baik pada syarikat, kau akan dapat promotion. Mungkin. Ada la juga penghargaan.

Tapi, kalau kau berada di sektor kerajaan, susah beb. Rajin macam mana pun, gaji kau tetap sama. Kuat berusaha pun, belum tentu kau dapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda yang paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira di mana-mana tempat di negara kita ni adalah --- mulut busuk orang. Rajin pun orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak pengurusan atasan.

Last sekali apa dapat, kau yang tak ada kenalan dato datin yang berhormat itu ini, kau tetap di bawah. Hirarki pekerjaan di tampuk sama."

Aku angguk je la. Betul juga apa yang dia kata.

"Habis tu, elok kerja kat mana?"

Dia jawab,

"Kerja mana-mana pun kau kena sabarlah. Ni kunci utama. Berlambak orang muda yang masuk kerja, dapat tekanan sikit, terus nak berhenti kerja. Tak sabar. Yang kena duga sikit masa kerja, terus naik marah bila dikritik dan ditegur cara prestasi kerja. Melenting tidak akan buat imej kau lebih baik. Malah, lebih buruk. Orang pun tak suka simpan kau lama-lama kalau bikin banyak masalah dengan pentadbiran.

Kerja sendiri berniaga pun kena sabar. Tak sabar, kejap tutuplah bisnes. Bisnes kena pandai promoting dan lebarkan networking. Kena pandai rolling modal bukan dapat untung terus bermewah beli kereta baru menunjuk-nunjuk. Lingkuplah niaga.

Tips dari aku;

Satu, kerja tu pergi balik on-timelah. Sebab kerja sampai lebih masa pun, tak guna juga. Kerja takkan habis sampai bila-bila.

Dua, hubungan dengan Tuhan tu wajiblah jaga. Utamanya solat fardhu lima tu jangan tinggal. Solat tahajjud dan duha tu buatlah selalu biar jadi amalan harian.

Ketiga, sabar dan senyum selalu. Jangan banyak cakap benda tak penting di tempat kerja. Jangan cakap pasal pentadbiran bagai. Buat kerja kita je. Sebab, kalau nak bertekak hal ni, baik kau masuk politik ubah sistem terus.

Keempat, doa selalu biar Allah lindungi dan limpahi rezeki. Kerja dengan orang, bila-bila boleh kena buang. Kerja sendiri, bulat-bulat bergantung tuah rezeki setelah usaha.

Kelima, jangan cakap pasal orang lain. Rajinkan diri improve diri sendiri. Playsafe selalu."
Aku senyum je dengar dia nasihat. No wonder ramai suka dia. Kerja memang bagus dan tak cakap banyak.

So, aku kongsikan semua ni balik dengan korang. Silakan share kalau bagus utk kerja korang.

Sekian.



13 MAKANAN YANG ANDA BOLEH MAKAN SAMPAI KENYANG, TAPI TAK GEMUK

13 Makanan yang anda boleh makan sampai kenyang, tapi tak gemuk

Walaupun anda seorang yang menjaga bentuk badan, jangan risau kerana masih terdapat makanan yang boleh dimakan tanpa perlu risau untuk jadi gemuk.

Makanan- makanan yang dikumpulkan ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah. Jadi tidak hairanlah jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak juga akan mengemukkan.

tak percaya??

Jom lihat 13 makanan yang anda boleh makan tanpa perlu risau tentang bentuk badan yang akan membesar.

1. Popcorn

Jika anda mengoreng Popcorn tanpa mentega dan gula (hanya menggunakan sedikit garam, misalnya), anda boleh menikmati keenakan popcorn ini tanpa rasa takut. Dengan jumlah kira-kira secawan popcorn hanya mengandungi 31 kcal (kalori).

2. Daun Saderi

Batang saderi mengandungi 95 peratus air dan mampu untuk membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai detoks dalam badan

3. Terung



Terung bakar atau yang dipanggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal dan anda boleh menikmati sayuran ini tanpa perlu menghadkan jumlah pengambilannya

4. Timun
Sayuran ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad. ia juga dijadikan sebagai makanan ringan dan dicicah dengan yogurt rendah lemak.

5. Epal dan Plum



Satu epal bersamaan dengan kira-kira 50 kcal bergantung pada saiznya. Ia mampu untuk membuatkan anda berasa kenyang dan mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium untuk menyihatkan jantung anda.

6. Salad



Salad adalah sumber asid folik yang terbaik dan anda boleh menikmati sayuran ini sebanyak mana yang diingini kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal.

7. Buah oren



Mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak adalah tidak digalakkan jika anda mahu menurunkan berat badan. Namun, ia dikecualikan untuk kumpulan buah- buahan sitrus.

Buah oren misalnya, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan serta mencantikkan kulit secara semula jadi.

8. Alga

Tumbuhan alga seperti Laminiria adalah sumber terbaik iodin. Ia membantu menjaga hormon pada tahap yang normal dan mengawal berat badan anda.

9. Zucchini

Sebiji Zucchini mengandungi kira- kira 42 kcal, Ia membantu meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.

10. Ubi Bit



Ubi bit adalah sumber protein yang membantu mambakar lemak, menguatkan otot dan mengawal gula dalam darah. sebiji ubi bit hanya mengandungi kira- kira 40 kcal.

11. Telur

Anda boleh menikmati telur tidak kira berapa kali sehari pada waktu pagi atau malam. Namun, sebaiknnya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Sudah pasti, telur rebus adalah yang terbaik berbanding telur goreng.

12. Beri: kranberi, strawberi

Buah- buahan beri sangat kaya dengan viamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi sangat berkhasiat dalam membantu penghadaman dan sistem kardiovasikular anda.

13. Kubis, bunga kubis, brokoli


Saur- sayuran ini dilihat merupakan pilihan yang tepat buat anda yang ingin menjaga berat badan kerana sebahagian daripada kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, B, C dan E.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini memberi sedikit maklumat dan panduan untuk anda yang ingin mengekalkan bentuk badan. Silakan share ini jika bermanfaat.















HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...