SUAMI YANG SUKA 'LIKE' GAMBAR PEREMPUAN SEKSI SEBENARNYA JENIS YANG TIDAK RETI HORMATI BINI!!

Suami yang suka 'Like' gambar perempuan seksi sebenarnya jenis yang tak reti hormat bini






"Isk!! makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ni"
, kata si suami dalam hatinya.

Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita  berserta caption 'selamat pagi abang- abang dalam group nie' cair si suami melihatnya.

Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk , terus berkongsi gambar dan video pornografi.

Yang peliknya, yang berkongsi bahan- bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara begini. Malu betul bila cucu/anak/saudara/mak saudara/sepupu sepapat yang lain melihat kenakalan mereka.

Bila masuk ke media sosial, si suami seronok 'like' gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat 'berinteraksi' kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.

Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya,. Orang yang dikahwininya di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.

"kenapalah isteri aku tak cantik" bisikan nakal di hati suami.

"Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel dengan lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.



"Dua minggu sekali, itu pun terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti mak cik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu"kata suami.

Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik ? Isteri itu di bawah jagaan siapa?? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? belum masuk  bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.

Badan dah mengelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun  awak dah malas. Inikan pula nak bezumba bagai? terus dicop sebagai Nyuzuz! Maksiat! Walaupun kelas semuannya perempuan.

Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja tu kan berpeluh?" - suami awak nak bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?

"Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, Nak cantik-cantik nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau" kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.

Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi die beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian , Watson awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli Online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak ? Zzz...

Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? di mana pula hormat kepada isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara- perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak  mencantikkan isteri awak.

Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ni poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukuo matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya mint maaf. Posting ini tidak ditujukan kepada awak.

Namun Jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak berstuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucaplah kata-kata indah kepada mereka.

Jika awak terasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.

Sumber: Akhtar Syamir via OMM


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...