Gambar yang viral baru-baru ini ada cerita sebenar di sebaliknya. Ini membuktikan bagaimana netizen amat cepat menghukum orang lain, terutamanya ibu bapa.
Gambar viral yang menghukum seorang ibu tak bersalah
Satu gambar telah viral di media sosial baru-baru ini.
Gambar tersebut menunjukkan seorang ibu kelihatan sibuk bermain telefon pintarnya di ruang menunggu lapangan terbang sementara bayinya dibiarkan di atas lantai.
Semasa gambar tersebut jadi viral buat pertama kali di Facebook, ramai netizen yang jadi ‘keyboard warrior‘ dan mengecam ibu ini.
Dalam sekelip mata, gambar tersebut telah dikongsi oleh ribuan orang dengan komen-komen yang sangat kejam terhadap si ibu.
Ibu dalam gambar tersebut ialah Molly Lensing yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat bersama anak perempuannya, Anastasia.
Gambar yang diviralkan
Sudahlah gambar itu diambil tanpa izin, jadi viral dan menghantui Molly! Molly sangat terpukul dengan komen-komen buli akibat salah faham netizen terhadapnya.
Di dalam gambar itu ditulis sepotong ayat dari Albert Einstein yang berbunyi ,
“I fear the day that technology will take on our humanity. .. the world will be populated by a generation of idiots.”
Ia bermaksud, “Aku risau satu hari nanti, teknologi akan mengambil alih kemanusiaan… dunia akan dipenuhi dengan generasi bodoh.”
Gambar tersebut telah menjadikan Molly sebagai topik perkongsian netizen.
Perkara yang sebenarnya terjadi
Hari tersebut, di Corolado, Molly dan Anastasia yang baru berusia 2 bulan terpaksa duduk di lapangan terbang selama 20 jam.
Mereka ingin pulang ke rumah dari melawat saudara.
Penerbangan mereka kemudian dibatalkan dan mereka terpaksa menempah penerbangan baru.
Letih dengan keadaan tersebut, tambahan pula bersama dengan anak yang baru berusia 2 bulan, Molly berehat sebentar dengan meletak Anastasia di lantai beralaskan selimut.
Oleh kerana belum sampai ke rumah, ahli keluarga Molly mula risau dan menghubungi Molly secara berterusan telefon bimbitnya.
Memikirkan untuk tidak membuat semua orang risau, Molly menjawab mesej mereka.
Menurut Molly, “Saya bernasib malang kerana sistem komputer di lapangan terbang rosak. Ketika itu saya sangat penat dan mahu duduk bersama anak saya yang berusia 2 bulan.”
Molly juga menyatakan kepada Today yang dia telah mendukung Anastasia selama berjam-jam.
Lengannya sudah lenguh mendukung terlalu lama dan anaknya juga lenguh didukung.
Ramai yang telah menghukumnya sebagai seorang ibu yang kejam akibat gambar viral itu. Malah ramai yang mengatakan yang Molly tidak layak menjadi ibu!
Setelah beberapa bulan stress akibat kejadian itu, Molly jadi takut dengan respon orang di sekelilingnya.
Apatah lagi Molly merupakan seorang jururawat yang mengendalikan bayi. Dia takut akan dinilai oleh kawan-kawan dan rakan sekerjanya.
Tetapi Molly bernasib baik, kerana kawan-kawan dan rakan sekerjanya tidak terpengaruh dengan gambar tersebut.
Mereka percaya yang Molly bukanlah seperti yang ditunjuk di dalam internet. Tetapi, respon orang asing yang menyerang privasi dirinya telah mengganggu kehidupan Molly.
Molly Lensing bersama suami dan anak-anaknya
Jangan mudah menghukum!
Ini adalah sesuatu yang sangat teruk dan tidak seharusnya terjadi.
Supaya kejadian ini tidak terjadi lagi, mari kita amallkan perkara berikut:
Utamakan rasa empati berbanding berprasangka buruk apabila melihat sesuatu.
Jika anda betul-betul prihatin, hulurkan bantuan, bukannya fitnah di media sosial.
Hormati privasi orang lain sebelum mengambil atau menyebarkan gambar orang. Apatah lagi jika ia mendatangkan lebih banyak perkara negatif.
Memalukan orang lain bukanlah tindakan yang bijak. Ia adalah satu jenis buli yang boleh menyebabkan kemurungan. Bayangkan jika kita dituduh akan sesuatu yang buruk dan kita tidak melakukannya?
Jangan sesekali merasakan diri kita lebih baik dari orang lain terutamanya di dalam dunia keibubapaan.
Kita tidak tahu apa yang mereka telah lalui, malah ia adalah biasa untuk ibu bapa juga melakukan kesalahan tanpa sengaja. Berhenti menghukum!
Kini Molly sedang berusaha untuk melupakan peristiwa di lapangan terbang dan gambar viralnya itu. Semoga kejadian ini tidak terjadi kepada kita pula.
No comments:
Post a Comment