19 Tips Solekan ‘Nude’ Wanita Berhijab Paling Ringkas yang Anda Perlu Tahu

Wanita di dalam Islam tidak dituntut untuk berlebih-lebih saat berhias. Namun, wajah tidak harus dibiar pucat lesi. Perlulah ada keserian di wajah untuk nampak lebih manis. Di bawah ini adalah antara TIPS solekan ' Nude' yang mesti dicuba :-






1. PENJAGAAN KULIT
Seharusnya solekan dimulakan dengan penjagaan kulit. Sapukan serum atau pelembap sebelum memulakan sapuan bedak asas.

2. LITUPAN ASAS
Solekan nude bukan bererti kamu tidak memerlukan litupan bedak asas. Pilihlah daripada jenis cecair untuk litupan lebih ringan.

3. BB/CC CREAM
Atau cukup dengan hanya menggunakan BB/CC cream pengganti bedak asas cecair tadi.


maybelline dream liquid mousse


MAYBELLINE Dream Liquid Mousse memberikan litupan bedak asas yang ringan dan lembut menyentuh pori.

4. BERUS APLIKASI
Sapu menggunakan berus bedak asas. Kamu juga boleh menggunakan jari tetapi pastikan jari benar-benar bersih sebelum menyapunya.

5. MENGGUNAKAN JARI
Jika menyapukan bedak menggunakan jari, gosok-gosokkan teksturnya menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari untuk memberikan rasa ‘warm’ pada bedak itu.

6. TONA BEDAK ASAS
Untuk pemilihan warna bedak, jika bedak cecair itu dipilih setona lebih cerah,seimbangkannya dengan setona lebih gelap untuk sapuan bedak tabur/padat seterusnya. Begitu juga sebaliknya.

7. PENYAMAR CELA
Solekan natural biasanya mengabaikan penyamar cela. Bedak asas yang bagus itu sendiri mampu menutupi cela tanpa bercapuk. Namun, jika mempunyai cela yang teruk, gunakan sahaja bedak asas stik atau krim untuk memudarkannya dengan selapisan lebih tebal pada bahagian bermasalah itu.

8. ‘TRANSLUCENT POWDER’
Pilih translucent powder sebagai kemasan akhir solekan asas. Ambil bedak menggunakan berus dan layangkan berus ke udara untuk membuang lebihan bedak.

9. PEMERAH PIPI
Untuk warna pemerah pipi, pilihlah rona soft pink untuk tona kulit cerah, peachy pink untuk tona kulit medium dan brownish pink bagi berkulit gelap.

IN2IT- Sheer- Shimmer-Blush- No-01- Pink Pearl


10. ‘SHIMMERY BLUSHER’
Sebaiknya, gunalah shimmery blusher yang memberikan efek pipi lebih berkilau dan sesuai untuk solekan nude yang tidak punya banyak mainan warna.

11. PENGKONTURAN WAJAH
Untuk membina kontur wajah atau shading, gunalah bronzing powder atau bedak padat setona lebih gelap daripada kulit. Jangan pilih tona yang terlalu gelap. Adun sempurna menggunakan berus.

12. UKIRAN KENING
Gunakan maskara kening untuk membentuk kening agar bentuk kening terlihat lebih natural. Usah dibentuk terlalu tajam menggunakan pensel kening tajam atau menggunakan warna terlalu gelap. Pilih celak kening coklat atau kelabu cerah.

The Body Shop - Down to Earth Quads/Down to Erath Pallete


13. PEMBAYANG MATA
Pilih warna pembayang mata rona tanah, beige atau keemasan pudar. Sapukan sekadar cuma di segenap kelopak mata.

14. ALITAN CELAK MATA
Lukiskan celak mata dibawah umbi bulu mata dengan cara menarik kelopak mata ke atas dan leretkan celak di dalam garis bulu mata itu bukan di atas mata.

15. BULU MATA XXL
Tidak perlu bulu mata palsu, hanya teknik bermaskara yang betul perlu diaplikasikan untuk mendapatkan lentikan bulu mata tebal natural. Kepitkan bulu mata terlebih dahulu. Kemudian, sapukan maskara dengan menekan bulu mata betul-betul dari akarnya lalu diangkat ke atas secara perlahan dan secara berzig zag. Setelah cukup dua sapuan,gunakan hujung berus maskara, sapukan sekali lagi pada bahagian yang sukar dicapai seperti hujung dalam mata.

16. SOLEKAN ULAS BIBIR
Pilihlah warna gincu bertekstur shimmery atau cukup dengan pengilat bibir sahaja. Jangan lupa sapukan salap bibir sebelum itu.


perfekt beauty
Lip Pre-f'ekt, Perfekt Beauty


17. ‘LIP TINT’
Pilihan lain untuk solekan bibir, boleh cuba lip tint yang memberikan dua fungsi melembapkan bibir sambil memberi warna mengikut warna semula jadi kulit bibir.


18. PENCAHAYAAN SAAT BERSOLEK
Paling penting, lakukan solekan di bawah cahaya semula jadi yang terang agar kamu dapat melihat the real result kerana solekan kamu juga akan dilihat di bawah cahaya semula jadi. Natural light akan mengelakkan kamu bermekap secara berlebihan.


19. KEMASAN AKHIR SEBELUM ‘BYE’
Sebagai kemasan akhir, elakkan menggemburkan bedak. Sebaliknya, cukup dengan semburan hydrating mist untuk setkan keseluruhan solekan.

Silakan share untuk panduan bersama.



No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...