Walaupun anda seorang yang menjaga bentuk badan, jangan risau kerana masih terdapat makanan yang boleh dimakan tanpa perlu risau untuk jadi gemuk.
Makanan- makanan yang dikumpulkan ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah. Jadi tidak hairanlah jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak juga akan mengemukkan.
tak percaya??
Jom lihat 13 makanan yang anda boleh makan tanpa perlu risau tentang bentuk badan yang akan membesar.
1. Popcorn
Jika anda mengoreng Popcorn tanpa mentega dan gula (hanya menggunakan sedikit garam, misalnya), anda boleh menikmati keenakan popcorn ini tanpa rasa takut. Dengan jumlah kira-kira secawan popcorn hanya mengandungi 31 kcal (kalori).
2. Daun Saderi
Batang saderi mengandungi 95 peratus air dan mampu untuk membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai detoks dalam badan
3. Terung
Terung bakar atau yang dipanggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal dan anda boleh menikmati sayuran ini tanpa perlu menghadkan jumlah pengambilannya
4. Timun
Sayuran ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad. ia juga dijadikan sebagai makanan ringan dan dicicah dengan yogurt rendah lemak.
5. Epal dan Plum
Satu epal bersamaan dengan kira-kira 50 kcal bergantung pada saiznya. Ia mampu untuk membuatkan anda berasa kenyang dan mengawal sistem pencernaan. Plum pula kaya dengan vitamin C dan kalium untuk menyihatkan jantung anda.
6. Salad
Salad adalah sumber asid folik yang terbaik dan anda boleh menikmati sayuran ini sebanyak mana yang diingini kerana sehelai daun salad hanya mengandungi 3 kcal.
7. Buah oren
Mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak adalah tidak digalakkan jika anda mahu menurunkan berat badan. Namun, ia dikecualikan untuk kumpulan buah- buahan sitrus.
Buah oren misalnya, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan serta mencantikkan kulit secara semula jadi.
8. Alga
Tumbuhan alga seperti Laminiria adalah sumber terbaik iodin. Ia membantu menjaga hormon pada tahap yang normal dan mengawal berat badan anda.
9. Zucchini
Sebiji Zucchini mengandungi kira- kira 42 kcal, Ia membantu meneutralkan nisbah kandungan garam dalam badan dan juga memperbaiki fungsi usus.
10. Ubi Bit
Ubi bit adalah sumber protein yang membantu mambakar lemak, menguatkan otot dan mengawal gula dalam darah. sebiji ubi bit hanya mengandungi kira- kira 40 kcal.
11. Telur
Anda boleh menikmati telur tidak kira berapa kali sehari pada waktu pagi atau malam. Namun, sebaiknnya kuning telur dibuang kerana ia mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Sudah pasti, telur rebus adalah yang terbaik berbanding telur goreng.
12. Beri: kranberi, strawberi
Buah- buahan beri sangat kaya dengan viamin C dan membantu menyingkirkan air yang berlebihan. Strawberi sangat berkhasiat dalam membantu penghadaman dan sistem kardiovasikular anda.
13. Kubis, bunga kubis, brokoli
Saur- sayuran ini dilihat merupakan pilihan yang tepat buat anda yang ingin menjaga berat badan kerana sebahagian daripada kubis yang dipotong dadu hanya mengandungi 7 kcal. Kubis kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, B, C dan E.
Semoga ilmu yang dikongsikan ini memberi sedikit maklumat dan panduan untuk anda yang ingin mengekalkan bentuk badan. Silakan share ini jika bermanfaat.
No comments:
Post a Comment