Wanita India ini mempunyai rambut merah serta rupa paras yang unik sejak lahir dan ia masih misteri sehingga kini
Pada pandangan pertama, wanita yang mempunyai rambut merah, mata zamrud dan bintik hitam ini mungkin membuatkan orang lain berfikir bahawa dia adalah keturunan Irish.
Walau bagaimanapun, wanita berusia 24 tahun itu sebenarnya adalah keturunan India yang mana ibu bapanya kelihatan sama seperti orang India yang lain.
Walaupun kulit yang berwarna cerah adalah salah satu daripada ciri-ciri yang mengagumkan di India, namun Pooja Ganatra selalu dibuli dan dijauhi kerana penampilannya yang luar biasa daripada orang India yang lain.
Pooja berkata, “Apabila saya dilahirkan, keluarga saya tidak pernah melihat sesiapa yang kelihatan seperti saya sebelum itu kerana mereka semua mempunyai kulit coklat, rambut hitam dan mata coklat, seperti kebanyakan orang India.”
“Semua orang di kawasan kejiranan saya sangat terpesona dengan saya dan mereka ingin mengetahui mengapa saya kelihatan begitu berbeza.”
Wanita yang dilahirkan di Mumbai itu kini menjalankan perniagaan pakaiannya sendiri. Dia teringat tentang bintik hitam yang terdapat di tubuhnya itu pernah dianggap sebagai penyakit kulit ketika dia masih muda.
Ketika itu umurnya baharu tiga tahun. Bintik-bintik hitam mulai muncul di serata tubuh badannya dan disebabkan tiada saudara-mara yang pernah mengalami kejadian seperti itu, mereka tidak tahu apakah bintik-bintik hitam tersebut.
“Saya telah digegaskan untuk berjumpa dengan doktor kerana semua orang menganggap ia adalah kecacatan kelahiran atau penyakit kulit,” kata Pooja.
Apabila dia menyedari bahawa bintik-bintik tersebut tidak teruk dan bukannya akibat daripada sebarang penyakit kulit, dia berasa lega.
Walau bagaimanapun, kelegaannya tidak bertahan lama apabila orang sering menatapnya dan bertanya tentang ciri uniknya. “Orang ramai akan sentiasa datang dan bertanya ‘bintik-bintik apakah di wajah anda? Mengapa anda mempunyai begitu banyak tanda?’. Ini adalah cabaran mental yang sebenar.”
Pooja menambah, “Malah pada tahun pertama saya di universiti, saya telah diketepikan dan diberitahu supaya tidak memakai baju tanpa lengan kerana terlalu ‘banyak mata yang melihat’ kulit putih saya. Tiada peraturan yang melarang terhadap pemakaian pakaian tanpa lengan dan setiap gadis lain juga berpakaian seperti saya, tetapi saya telah dikecualikan.”
Walaupun begitu, dia juga mempunyai pengalaman yang melucukan mengenai penampilannya. Menurut Pooja, orang ramai sering menghampiri untuk bergambar dengannya kerana sudah menjadi tabiat orang India untuk bergambar dengan orang yang kelihatan daripada luar negara.
“Ia sudah terjadi lebih daripada seratus kali dalam hidup saya dan saya terpaksa memberitahu mereka, ‘tenang, saya juga orang India.” kata Pooja lagi.
Selain itu, Pooja juga pernah berhadapan dengan pemandu teksi yang mengenakan harga pelancong kepadanya ketika dia menaiki kenderaan awam itu. Mereka fikir Pooja adalah seorang backpacker lalu dia bertutur dalam bahasa Hindi untuk membuktikan dia orang India.
Katanya lagi, “Ketika saya berada di Amerika, orang tidak mempercayai apabila saya memberitahu mereka bahawa saya orang India. Malah pegawai kastam di lapangan terbang terpaksa melihat pasport saya dua kali dan bertanya kepada saya jika saya benar-benar berasal dari India.”
Ayah Pooja, Rajesh, 51, mempunyai warna kulit yang lebih gelap manakala ibunya, Hemaxi, 46, mempunyai kulit yang lebih cerah berbanding orang India biasa dan beberapa bintik-bintik tetapi tiada satu ciri tersebut ada pada Pooja.
Ia masih menjadi misteri kepada Pooja dan keluarganya tentang bagaimana dia dilahirkan dengan penampilan yang unik.
“Saya mahu melakukan ujian DNA pada satu hari nanti untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keturunan saya kerana saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Saya tidak tahu kenapa saya kelihatan seperti ini tetapi satu ujian yang dijalankan ke atas gen saya boleh menjelaskan banyak perkara.”
Dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa nenek moyangnya berasal dari United Kingdom. “Nenek saya meninggal dunia ketika ibu saya masih muda, jadi saya tidak pernah dapat bertanya tentangnya tetapi saya sangat ingin mengetahuinya.”
Kami juga ingin tahu Pooja! Kami berharap apa sahaja hasil DNA kelak, keindahan rupa paras Pooja yang jarang ditemui itu dapat diterima oleh orang ramai akhirnya.
Sumber: GoodTimes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment