Maut ketika menaiki Zipline, mayat pelancong wanita dibuang ke dalam sungai untuk menyembunyikan kes

Maut ketika menaiki Zipline, mayat pelancong wanita dibuang ke dalam sungai untuk menyembunyikan kes



Pengusaha aktiviti zipline di Andes membuat pengakuan mengejutkan yang menyatakan bahawa dia bertanggungjawab dalam membuang mayat seorang pelancong Sepanyol ke dalam sungai setelah pelancong itu maut ketika menggunakan perkhidmatan zipline itu.



Pelancong wanita berkenaan iaitu Nathaly Salazar, 28 tahun dilaporkan sedang menikmati percutian di Peru sebelum dia tiba-tiba hilang tanpa khabar berita.

Nathaly dikatakan telah mengunjungi tapak arkeologi Moray dan sedang membuat persediaan untuk ke Cacllaracay apabila dia mengambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan zipline itu yang merupakan salah satu zipline terpanjang di dunia!

Perkhidmatan zipline tersebut merupakan antara aktiviti kegemaran para pelancong kerana ia memperlihatkan pemandangan Lembah Suci Incas. Namun begitu, Nathaly dikhabarkan mengalami kecederaan di bahagian kepalanya atas sebab yang tidak dikenalpasti.

Nathaly dikatakan hilang setelah menaiki zipline sekali gus membuatkan pihak polis mula melaksanakan misi pencarian



Lantaran itu, pengusaha dan seorang pekerja The Flight of the Condor Zip-line ini memutuskan untuk menyembunyikan mayat Nathaly di dalam sungai di sebuah kawasan terpencil yang dikenali sebagai Paucarbamba.

Setelah hilang secara tiba-tiba semenjak 2 Januari lalu, pihak berkuasa terus menjalankan siasatan dan pencarian Nathaly secara meluas terutamanya di sekitar kawasan Sungai Vilcanota-Urubamba.

Namun didapati kehilangan Nathaly adalah berpunca daripada dua individu yang tidak bertanggungjawab ini. Kedua-duanya bagaimanapun memberikan keterangan yang berbeza berkenaan insiden tersebut.

Nathaly (gambar) dan pasangannya memutuskan untuk mencuba perkhidmatan zipline di Andes dan sejak itu, dia tidak ditemui lagi



Salah seorang daripada mereka mendakwa Nathaly telah terhantuk pada tiang manakala seorang lagi memberitahu pihak polis bahawa pasangan Nathaly telah memanjat keranjang di atas kabel dan terus berlalu pergi sekali gus menyebabkan Nathaly terbunuh.

Mereka berdua kemudian mengakui dan mengesahkan bahawa mereka telah memecahkan telefon bimbit milik Nathaly dengan batu apabila telefon itu mula berdering.

Pengusaha dan seorang pekerja zipline itu mengaku telah membuang mayat Nathaly ke dalam sungai

 CCTV menunjukkan Nathaly sedang bercuti sebelum tiba-tiba hilang



Ibu mendiang iaitu Alejandra Ayala yang tinggal berdekatan dengan pekan Cuzco turut membantu pihak polis dalam misi pencarian anaknya.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan Nathaly adalah pada 31 Disember lalu dan mendakwa Nathaly kedengaran sihat dan bahagia.

Poster ‘kehilangan’ Nathaly yang disebarkan oleh polis dalam usaha untuk menjejaki pelancong dari Sepanyol itu



Tambah Ayala lagi, anak perempuannya itu sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan fizikal dan merancang untuk mengembara ke seluruh Peru. Akan tetapi, hajatnya tidak kesampaian akibat tragedi yang malang ini.

Semoga kedua-dua pesalah dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka!

Sumber: The Sun

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...