Gigi rosak teruk akibat kandungan gula yang tinggi, ibu minta doktor cabut semua gigi anaknya
Gula-gula atau jajan, sangat sinonim dengan kanak-kanak. Mata mereka cepat sahaja menangkap apa-apa jenis gula-gula kerana makanan inilah yang menjadi kegemaran mereka.
Ibu bapa sebagai orang paling rapat perlu menjaga pemakanan anak-anak supaya tidak berlebihan hingga memberi implikasi kepada kesihatan. Kes kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit disebabkan pemakanan juga semakin meningkat di negara kita.
Dalam usia yang sangat muda, terdapat kanak-kanak mengalami masalah kandungan gula berlebihan, obesiti, dan juga gigi rosak akibat pemakanan yang tidak sesuai.
Dalam satu perkongsian oleh seorang doktor gigi, Dr.Hannani Murni, beliau kecewa dengan sikap ibu bapa sekarang yang tidak mengambil berat tentang pemakanan anak-anak. Hasilnya, ramai yang mengalami masalah kesihatan ketika masih kanak-kanak termasuklah masalah gigi.
Beliau mempunyai seorang pesakit kanak-kanak yang setiap hari menangis kerana tidak tahan sakit gigi. Pada usia tiga tahun, kanak-kanak ini rosak semua giginya kerana minum susu koko yang mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi.
Menurut ibu mangsa, anaknya akan minum sehari enam botol susu jenis koko termasuklah sebelum tidur
Doktor Hannani kecewa kerana ramai ibu bapa yang mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan beranggapan, semua jenis susu adalah sesuai untuk kanak-kanak.
Kini, anak ini tidak mampu menahan kesakitan yang dialami. Ibunya telah mencadangkan semua gigi anaknya dicabut kerana keadaan giginya sangat kritikal.
Kepada ibu bapa di luar sana, periksalah setiap kandungan makanan yang diberikan kepada anak-anak. Kawal dan ajarkan anak-anak supaya mengambil makanan yang sihat dan sesuai dengan peringkat umur.
share info ini jika bermanfaat. mohon like FAnpage kami untuk layan lebih banyak informasi .. terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment