5 Cara Menagih Hutang & 7 jenis Orang yang mempunyai Hutang

5 Cara Menagih Hutang & 7 jenis  Orang yang mempunyai  Hutang


Semua orang akan besetuju bahawa menagih hutang adalah sesuatu yang sulit dan berat untuk dilakukan. Seringkali ada perasaan teragak-agak , tidak baik, takut dianggap tidak punya perasaan atau kita lupa menagihnya.

Terkadang kita berharap agar saat kita memberi pinjaman kepada orang lain, maka secara automatik orang tersebut akan mengembalikannya. Pada kenyataannya hal ini tidak akan selalu terjadi.

5 Cara Menagih Hutang

Seringkali kita merasa kecewa dengan teman kita yang berhutang pada kita. Alih-alih pinjaman langsung tidak dibayar balik oleh teman kita, dia malah pura-pura amnesia akan hutangnya.

Ada dua kemungkinan yang akan terjadi meminjamkan wang kepada orang, yang pertama adalah hutang tersebut akan dikembalikan, dan yang kedua hutang tidak akan pernah dikembalikan.

Jika si peminjam tertib membayar tentu tak jadi masalah, namun jika tidak peranah  membayar dan susah sekali ditagih itu baru persoalan. Ada 5 cara dalam menagih hutang yang susah bayar iaitu:

1. Berterus Terang Dengan Alasan yang Tepat

Cara ini merupakan cara yang terlembut secara psikologi. Singkat dan berterus terang. Bila dengan mengatakan kejujuran ini hutang Anda dibayar bereti Anda termasuk orang yang beruntung. kerana cara ini seringkali tidak berhasil maka perlu ditambah lagi dengan helah  yang lain.

2. Mainkan Ego

Disini Anda perlu untuk mempermainkan rasa ego dan harga diri si penghutang. Anda boleh saja  mengatakan kepada dia kalau dia merupakan orang yang adil dan orang yang selalu berusaha bertindak benar.

 agar si penghutang merasa Anda begitu kagum dengannya. Lalu setelah beberapa jam Anda memujinya Anda tagih hutangnya. Dengan tidak membayar hutangnya maka dia harus mempertanyakan lagi konsep dirinya sendiri. Dia juga akan takut rasa kagum kita padanya akan hilang.

3. Pilih prestijnya

Pancing rasa prestij dengan seolah-olah melibatkan orang lain ke masalah hutang ini. Anda cuba  ceritakan kepada penghutang bahawa ada beberapa orang yang Anda kenal mengatakan bahwa “kalau dia berhutang jangan harap lagi wangnya akan balik.

Semoga  kamu tidak seperti itu ya” atau dapat juga saat berkumpul dengan penghutang dan teman-teman Anda meminta saran dari teman-teman Anda tentang cara menagih hutang yang bagus. Ini akan memancing prestijnya dan akhirnya dia membayar hutangnya.

4. Kenakannya semula

Waktu hari gaji teman Anda tetap tidak membayar hutang? Anda harus mengambil langkah tegas. Misalnya, saat lunch mintalah teman Anda untuk membayar dulu bilnya, saat teman Anda menagih wang makanan tadi, katakan bahawa dia juga masih punya hutang padamu.

5. Berani Menolak

Saat teman Anda belum mengembalikan wang Anda tapi masih berani meminjam wang Anda lagi, lebih baik Anda menolaknya.

Daripada nanti Anda sakit hati kerana  wang yang dipinjam tidak dibayar kembali. Jadi segera hindari meminjamkan wang pada teman Anda lagi sampai dia mengembalikan wang Anda yang dipinjamnya  terlebih dahulu.

Membantu sahabat yang memerlukan bantuan memang tidak ada salahnya. Tapi jangan sampai hal ini membuat masalah baru buat Anda di masa hadapan. Jangan teragak-agak  untuk menagih wang yang telah Anda pinjamkan, kerana hutang yang kembali tentu jauh lebih baik daripada tidak kembali.

7  jenis Orang yang suka berhutang

Setiap orang punya karakter dan sifat masing-masing. Dan karakter ini akan sangat berpengaruh terhadap masa bila dia akan membayar hutang kita, juga bagaimana cara kita untuk menagihnya.

Maka dari itu, penting sekali kita melihat jenis-jenis orang yang punya hutang. Berikut 7 jenis orang yang punya hutang:

#1 Si Inisiatif

Anda tidak perlu khuatir untuk meminjamkan wang pada penghutang jenis  seperti ini. jenis penghutang yang satu ini boleh digelar  sebagai jenis penghutang teladan.

Sebutannya saja “si inisiatif”. Pasti tanpa perlu diingatkan, ia akan membayar kewajibannya. Mereka akan bayar hutang tepat waktu. Kita juga tidak perlu merasa bersalah atau merasa menjadi seperti debt collector.

#2 Si Pelupa

Lupa merupakan sifat manusia yang susah dilawan. Bila Anda meminjamkan wang pada si pelupa, Anda tidak usah ragu dan tidak perlu merasa bersalah untuk mengingatkan mereka akan hutangnya. Kalau perlu, kirim pesan supaya dia boleh bayar hutang tepat waktu.

#3 Si Pengalih Pembicaraan

Orang ini pintar dalam mengganti topik perbincangan saat Anda sudah mahu menanyakan mengenai hutang. Dan terkadang tanpa sedar Anda sudah tidak membicarakan lagi mengenai hutangnya.

Cara menghadapi orang seperti ini adalah fokus dan konsistent. Anda perlu merancang waktu khas dan bawanya berbincang serius soal hutangnya yang belum dibayar.

#4 Si Pura-pura Lupa

jenis penghutang seperti ini akan khusus lupa hanya pada hutangnya. Kalau menonton filem seram atau gosip terbaru, mereka boleh mengingat semua dengan sempurna.

Tetapi jika ditanyakan mengenai hutangnya dia akan kata kalau dia lupa. Pura-pura lupa ini digunakan sebagai jurus yang akhirnya melupakan terus hutangnya.

Penyelesaiannya untuk menghadapi si pura-pura lupa adalah pantang menyerah. Kalau dia berterusan pura-pura lupa, Anda juga boleh berterusan untuk menagihnya. Gunakan semua alat komunikasi untuk mengingatkan dia, mulai dari whatsapp, sms, telefon, dan alat komunikasi lain.

#5 Si selalu sibuk

jenis penghutang yang satu ini, setiap kali  ditagih biasanya dia  akan memberikan alasan sibuk dengan pekerjaan dan kegiatan penting lainnya. Seolah-olah buat mereka membayar hutang itu bukan kerana tidak mampu tetapi kerana tidak ada waktu.

Untuk yang jenis seperti ini Anda dapat menulis pembayaran balik hutang dlm jadualnya, dan pakai reminder. Tegaskan pada mereka untuk melunaskan hutangnya kepada kita adalah salah satu hal wajib dari jadualnya.

#6 Si Belagak Miskin

Untuk jenis yang ini, penghutang tidak malu untuk menghindar dari kewajibannya membayar hutang dengan berlagak miskin.

Mereka akan beralasan tidak ada wanglah, masih banyak yang diperlukannya, belum gajilah, kirim wang ke kampunglah, dan cara lain agar dikasihani. Tetapi kenyataannya Anda boleh saja lihat mereka sedang hang out atau minum-minum atau shopping.

Untuk jenis penghutang seperti ini, Anda jangan mudah lentur atau cair dengan berjuta alasan yang mengundang simpati. Jangan pantang menyerah untuk menagihnya,

Pilihan lainnya dengan terjah saat dia sedang hang out atau shopping. Tagih hutangnya secara santai, seolah-olah Anda tak sengaja ada di tempat yang sama. Mau alasan tidak punya wang lagi? tunjuk saja barang yang dibelinya itu

#7 Si Sulit jejak Keberadaannya

jenis penghutang yang ini sudah sama dengan belut. Licin, susah ditemui bak hilang ditelan bumi. Ditelefon aktif tapi tidak diangkat, kirim pesan melalui sms, whatsappj uga tiada respon. Bahkan boleh mendadak hilang atau tidak ada saat kita dtg ke rumah.

penyelesainyya harus minta bantuan “mata-mata” yang sering bertemu dengan dia. Anggap saja kita punya pemberi maklumat yang bisa membantu memberi informasi saat si penghutang ini muncul. Dan saat itulah Anda datang untuk menagih hutang.

Hutang Haruslah Dibayar

hutang adalah tugas yang harus dibayar hingga langsai sampai bila pun Apabila seseorang berhutang kepada kita, jangan takut atau merasa bersalah ketika mengutip kerana ia adalah hak kita.

Begitu juga ketika kita berada dalam hutang, jangan lupa untuk membayarnya kepada teman-teman kita yang meminjamkan wang.


Sumber: nasihatbaik

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...