Sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Piba’asan Miampai bersama YB Khairy Jamaluddin menjadi gamat seketika selepas idea yang dilontarkan oleh seorang Pelatih kem PLKN Tanaki, Tambunan mendapat maklumbalas orang ramai di majlis itu.
Sherell, gadis yang berasal dari Ranau menarik perhatian orang ramai termasuk menteri Belia dan Sukan Malaysia apabila berkongsi aspirasi TN50 tentang pertahanan negara iaitu pengambilan anggota pasukan keselamatan negara seperti askar, polis dan yang berkaitan.
“Di sini saya mahu cakap pasal pengambilan tentera atau polis. Kalau boleh dia punya syarat kasih longgar sikit, tidak semua tapi sikit,” katanya yang mula menarik perhatian orang di sekelilingnya.
Dengan penuh yakin, gadis ini mencadangkan kepada YB KJ supaya syarat ketinggian dan berat badan untuk pengambilan polis atau tentera di negeri ini dilonggarkan mendapat tepukan dari orang ramai.
Ramai yang berkelayakan untuk jawatan itu di negeri ini namun tidak layak memohon kerana dua syarat tersebut.
Tambahnya lagi, Walaupun bentuk fizikal orang Sabah ‘Pindik-pindik Tagap’, ia tidak menggambarkan mengenai cara berfikir mahupun tindakan mereka mendapat sorakan pada petang itu.
Sementara itu mengenai dialog diadakan kelmarin itu, Khairy berkata pelbagai aspirasi dilontarkan belia Sabah merangkumi pembangunan, pekerjaan, peluang ekonomi dan kesihatan bagi memastikan Sabah terutama rakyat di kawasan pedalaman dan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara menjelang 2050.
Beliau berkata semua aspirasi itu akan dimasukkan dalam dokumen aspirasi belia TN50 yang akan diterbitkan pada Januari nanti.
“Ini adalah bukti kerajaan sedia ada sentiasa memikirkan masa depan dengan mengumpul aspirasi anak muda agar perancangan masa depan kerajaan benar-benar mencerminkan suara orang muda selain memastikan bahawa suara mereka bukan sekdar didengar tetapi turut menjadi sebahagian proses membuat keputusan kita,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy juga percaya dan yakin golongan belia di Sabah sentiasa berfikiran rasional dan tidak beremosi, dan dalam masa sama akan memberi peluang serta kepercayaan kepada kerajaan sedia ada untuk membuktikan komitmen selain memastikan segala aspirasi mereka.
Turut bersama dalam majlis itu Hafez Musa (Empat, Kanan) bersama-sama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tiga, kanan) menyanyikan lagu NEGARAKU sebelum Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bermula pada sesi dialog TN50 di Monsopiad Heritage Village Penampang hari ini.
Sumber: SayangSabah
No comments:
Post a Comment