Pita Magnetik Data sandaran CIMB hilang, Langkah keselamatan diperketatkan



CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) ingin memaklumkan bahawa beberapa pita magnetik yang mengandungi maklumat sandaran telah hilang di dalam perjalanan semasa satu operasi rutin. Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali. Pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti nombor PIN, kata laluan mahupun  nombor CVV kad kredit.

Pihak Bank memilih untuk mengambil langkah-langkah konservatif dalam menitikberatkan  keselamatan dan perlindungan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan melipatgandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggannya. Oleh kerana pita tersebut mengandungi data sandaran, maklumat pelanggan masih lagi bersama CIMB.

Berikutan insiden ini, CIMB telah mempertingkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di semua saluran termasuk memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat/ nombor telefon/ e-mel bagi kad debit/kredit; pemindahan wang / urusan pembayaran tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baru. Buat masa ini, tiada apa-apa langkah yang perlu diambil oleh para pelanggan. Walaubagaimanapun, CIMB menyarankan agar para pelanggannya sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya mahupun cawangannya seluruh negara.

“Kami mengambil berat akan tanggungjawab kami terhadap para pelanggan dan yakin bahawa langkah-langkah tambahan ini akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan. Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang,” kata Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group.

“Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan  langkah-langkah  keselamatan  buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan dari insiden ini,” Zafrul menerangkan.

Pelanggan yang memerlukan maklumat selanjutnya memanggil mana-mana nombor berikut:
+60 3 6204 7788 (Consumer Banking)
+60 3 6204 7799 (Premier Card)
1300 88 5300 (Preferred)
1300 88 8828 (Business Call Centre – Commercial/Enterprise Banking)
1300 88 8068 (Business Call Centre - Corporates)

Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui mana-mana cawangan CIMB atau di halaman web kami www.cimbbank.com.my or www.cimb-bizchannel.com.my. 

Difahamkan beberapa pita  data sandaran tersebut mengandungi maklumat pelanggan tertentu CIMB
Bank dan anak-anak syarikatnya. Lanjutan dari kejadian berkenaan , beberapa servis menerusi telefon terpaksa diberhentikan sementara waktu sepeti:-


  • Pengemaskinian nombor telefon
  • penukaran alamat
  • emel
  • bagi kad kredit dan Debit
  • pemindahan wang/urusan pembayaran tanpa T- PIN dan Permintaan T-PIN baru


SUMBER : CIMB Group


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...