1. Beli mengikut kemampuan. Bukan untuk bermegah, tapi sebagai pengangkutan untuk membawa kau dari satu tempat ke satu tempat.
2. Bukan ansuran bulanan sahaja kau patut ambil kira. Pembelian kereta akan datang bersama dengan caj bayaran lewat jika kau lambat bayar, kos parkir kereta, bayaran tol, kos petrol, servis, cukai jalan, insuran, saman trafik dan pelbagai kos lain. Sebab itu kereta ini dikategorikan liabiliti. Iaitu mengambil duit kau dari poket dan bukannya satu aset. Jadi kalau gaji RM1800 ansuran kereta RM900 tu kau patut fikir balik.
3. Cuba banyakkan bayaran pendahuluan supaya ansuran bulanan rendah dan tempoh pembayaran lebih singkat. Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak kadar faedah kau kena bayar. Jangan melompat gembira jika kau dapat tawaran tak perlu bayaran pendahuluan. Seelok-eloknya buatlah pinjaman sesingkat mungkin, 5 ke 7 tahun.
Guna juga fomula ini dalam membeli kereta;
20:5:15
20% Deposit kereta
5 Tahun tempoh pembiayaan
15% Dari gaji untuk ansuran kereta. Pastikan dibawah 15%.
4. Pastikan kau ada tabungan kecemasan untuk pembelanjaan luar jangka seperti membaiki kereta jika berlaku kerosakan atau kemalangan. Adakalanya tayar bocor, tetiba cermin pecah ke. Kau perlukan duit untuk membaikinya semula. Pastikan ada simpanan bersamaan tiga bulan ansuran kereta kau.
5. Pastikan membeli kereta mengikut keperluan. Kalau belum berkahwin atau anak satu baik beli kereta kecil atau kereta sedan je. Semakin besar kereta, semakin banyak penggunaan petrol.
6. Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah. Kereta ni perlukan servis tiap tahun untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan menjamin keselamatan jika memandu jarak jauh. Biasanya kereta tempatan mempunyai kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.
7. Membuat kajian terlebih dahulu.
Jika kereta itu kereta pertama, kau perlu tanya kepada orang yang arif. Minta pandangan mereka terlebih dahulu. Senaraikan kebaikan dan keburukan model kereta tersebut.
Kereta kau seharusnya bersamaan setahun gaji.
Jika gaji RM3000 x 12 = RM36,000. ini bersamaan harga kereta Axia, Saga atau Myvi sahaja.
Akhir kata, pembelian kereta mungkin mengambil masa lama untuk kau langsaikan hutang.
Kau mula kerja beli kereta terpakai pun okay. Beli kereta terpakai bukan dosa. Kalau bijak lagi beli rumah dulu lepastu baru beli kereta ataupun gunakan pairing pembiayaan ASBF untuk beli kereta.
Beli kereta tak salah, tapi ramai yang tersalah beli kereta.
kredit info:AmirSyahir
No comments:
Post a Comment