Nasihat Untuk Para Suami.. Bukan Hanya Poligami Yang Merupakan Sunnah Rasul.. Ini 15 Sunnah Rasul untuk Para Suami...

Nasihat Untuk Para Suami.. Bukan Hanya Poligami Yang Merupakan Sunnah Rasul.. Ini 15 Sunnah Rasul untuk Para Suami...



Amalkan Sunnah ini, Rumah Tanggamu Dijamin Harmoni

Banyak sunnah Rasulullah untuk para suami yang ringan-ringan tapi malah semakin membuat rumahtangga semakin susah, jadi bukan hanya berjima' lalu poligami saja yang dilakukan dan dipikirkan, yang sederhana namun bermakna ini juga harus dilakukan.

Di dalam hubungan rumah tangga, baik itu suami maupun isteri dalam posisi saling memerlukan antara satu sama lain. Suami tidak boleh ego dan istri tidak boleh ego dan mematuhi perintah baik sang suami.


Dalam rumah tangga adab yang baik itu hanya belaku untuk istri saja, tapi suami juga harus menjaga adab terhadap istri sendiri.

13 SUNNAH RASULULLAH untuk para suami:

1. Satu selimut bersama isteri (HR. Tirmidzi 132)

2. Makan minum segelas berdua (HR. Bukhari VI/293)

3. Mencium isteri selalu  (HR. Nasai)

4. Mandi bersama isteri (HR. Nasai I/202)

5. Menyikat / menyisir rambut suami (HR. Ahmad)

6. Membantu pekerjaan rumah tangga (HR. Muslim)

7. Membelai isteri (HR. Ahmad)

8. Tetap romantis walau isteri sedang haid (HR. Bukhari 7945)

9. Menemani isteri yang sedang sakit (HR. Muslim 2770)

10. Memberikan isteri hadiah (HR. Ahmad)

11. Mengajak isteri ketika hendak keluar kota (HR. Bukhari dan Muslim)

12. Mendinginkan kemarahan isteri dengan kemesraan (HR. Ibnu Sunni)

13. Memanggil dengan kata-kata mesra (HR. Muslim)

14. Suami isteri berjalan-jalan berduaan waktu malam (HR. Muslim 2445)

15. Tidur dipangkuan isteri (HR. Bukhari)

Subhanallah...
Beruntunglah suami yg sudah mangerjakan sedikit banyak dari sunnah di atas, karena dapat menguatkan jalinan cinta dan mewujudkan keluarga sakinah dan digelari oleh RASULULLAAH dengan sabdanya

( خيركم خيركم لأهله )

صحيح ابن حبان / 4177 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya"
(HR. Ibnu Hibban : 4177)

Okay, para suami.... Dari 15 poin diatas, berapa yang sudah anda praktiskan?

Jika ada yang belum...


Apa tunggu lagi jom kita kerjakan juga Sunnah Rasulullaah diatas yang belum kita kerjakan.
share info jika bermanfaat

Tapi HArus Ingat LAkukan ini bila dah berpoligami yang palin penting Berlaku ADil

1. BERKEMAMPUAN UNTUK MENANGGUNG NAFKAH ISTERI-ISTERI
Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurutkesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al- ‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah. Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

Dengan kata lain, jika ingin berpoligami di Malaysia, lelaki mestilah individu yang mampu dari segenap sudut.

2. BERLAKU ADIL KEPADA ISTERI-ISTERI
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat : 129



poligami-surah-an-nisa-ayat-129

Mafhumnya :

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

2.1. ADIL DALAM MENYEDIAKAN KEDIAMAN
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.

Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

Jika benar si suami menepati syarat poligami di Malaysia, berusahalah untuk sediakan rumah untuk setiap seorang isterinya. Begitu lebih mudah.

2.2. ADIL DALAM GILIRAN BERMALAM
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri- isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.

Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :

poligami-hadis-nabi-riyawat-anas

Mafhumnya :

“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”.

(Riwayat Muslim)

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :

poligami-hadis-nabi-riwayat-al-bukhari

Mafhumnya :
“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.



2.3. ADIL DALAM MUSAFIR
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri- isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya.

Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :

poligami-hadis-nabi-riwayat-aisyah

Mafhumnya :

“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya ”.

Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

HARAPAN KAMI
Sudah selesai membaca artikel ini keseluruhannya tentang poligami di Malaysia? Fikir baik-baik, besar atau tidak tanggungjawab bila beristeri lebih dari satu? Mampukah suami melakukan semua perkara ini. Walaupun dua sahaja, ia sungguh berat. Walaupun poligami di Malaysia nampak satu status simbol kejayaan bagi lelaki, jangan lupa bahawa tanggungjawabnya juga besar!

Masih lagi ada keinginan untuk berpoligami? Walaupun cuma ada 2, adakah syarat poligami di Malaysia itu mudah? Jangan sampai berikan alasan sukar untuk poligami di Malaysia, dan lari ke sempadan untuk menjadikan ia hubungan yang ‘halal‘. Yang mudah, kita permudahkan.

Jika anda antara orang yang terus ‘skip’ ke bahagian perenggan terakhir untuk dapatkan informasi tentang poligami di Malaysia dari JAKIM berbentuk PDF, boleh download di sini.

Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...