[TIPS] SEORANG IBU MENAMPALKAN BAHAN MASAKAN DAPUR INI KE KAKI BAYINYA YANG SUDAH LAMA BATUK, SIAPA SANGKA BEBERAPA HARI KEMUDIAN PENYAKIT ANAKNYA HILANG DAN TIDAK DATANG LAGI!

[TIPS] SEORANG IBU MENAMPALKAN BAHAN MASAKAN DAPUR INI KE KAKI BAYINYA YANG SUDAH LAMA BATUK, SIAPA SANGKA BEBERAPA HARI KEMUDIAN PENYAKIT ANAKNYA HILANG DAN TIDAK DATANG LAGI!



Akhir-akhir ini, banyak orang yang terkena flu dan batuk, termasuk anak-anak, bahkan bayi. Baru-baru ini ada seorang ibu yang panik kerana bayinya menderita batuk dan tidak sembuh-sembuh selama 1 bulan.

Keluarganya takut bayi itu menderita asma dan membawanya ke klinik. Setelah diperiksakan, ternyata itu bukan asma dan doktor hanya memberikan resep ubat untuk batuk saja.

Namun, setelah makan ubat itu selama 1 minggu, batuknya tetap tidak kunjung sembuh. Keluarganya segera membawanya kembali ke klinik. Kali ini, ia disuntik dan keadaannya mulai membaik. Tapi, setelah lewat 2 hari, batuknya mulai kambuh lagi.

Keluarga bayi itu kemudian mencuba berbagai macam cara, namun semuanya tetap tidak ada yang berhasil, bahkan keadaannya bertambah buruk hari demi hari. Selama 1 bulan, bayi itu kehilangan berat badan mencapai 2 kilogram lebih.

Hingga pada suatu hari, ada seorang teman sang ibu yang berkunjung ke rumahnya. Ketika teman ibunya tersebut mendengar cerita tentang penyakit bayi itu, ia memberikan sebuah resepi ubat yang hanya memerlukan 1 bahan bumbu dapur saja! Inilah resepi ubat itu:

1. Siapkan bawang putih dan iris tipis.


2.  Sebelum bayi tidur, cuci kakinya dan tempelkan irisan bawang putih menggunakan plester di titik akupuntur Yongquan (terletak di bagian telapak kaki, sekitar ⅓ dari ujung kaki bagian atas) selama 8 jam.


Cara ini tidak akan melukai bayi, namun ingat, bayi harus minimal berumur 3 tahun baru boleh menggunakan cara ini ya.


Setelah rutin melakukannya selama beberapa hari, batuk bayi itu langsung sembuh dan tidak kambuh lagi!

Sumber: Healthdaily via OHTrending.net

AMALKAN SAPU VASELINE SEBELUM TIDUR, TRIK JADI CANTIK SEMULAJADI!

Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur, Trik Jadi Cantik Semulajadi! Betul-betul Berkesan…


Setiap orang mempunyai rahsia atau rutin kecantikan tersendiri. Ramai yang menganggap untuk mengamalkan rutin kecantikan biasanya kena banyak menghabiskan wang ringgit.

Oppss! Tidak kepada penulis. Pendapat penulis lebih baik anda melabur masa dari wang ringgit, cari produk yang kualiti terjamin, serbaguna dan bajet yang jauh lebih rendah.

Pelaburan masa lebih menguntungkan untuk anda memanjakan diri, hasilnya anda sendiri yang merasainya.

Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai. Penulis ingin kongsikan rutin kecantikan penulis amalkan dengan menggunakan Vaseline.
Sediakan…

Sesi 10 minit sebelum tidur
1 bekas Vaseline Petroleum Jelly
1 losyen badan Vaseline

1 Kerap pakai maskara?
Penulis memang tidak boleh keluar rumah tanpa maskara, jadi memang setiap hari dan masa bulu mata penulis diselaputi dengan maskara. Bila masa untuk menanggalkan maskara sedikit azab, terdapat dua tiga helai bulu mata penulis tercabut nangis. Itu maknanya bulu mata penulis mula lemah dan sedikit.

Solusi: Sebelum tidur, penulis ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata.

Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata penulis semakin lebat jadi pakai maskara sekarang pun satu coat pun dah cukup wow!


2 Biar tak berapa cantik, jangan siku buruk

Serius…ramai yang lupa dengan bahagian tersembunyi ini. Lagikan pada mereka yang sering mengenakan baju lengan panjang. Penulis dahulu pun tidak sedar yang bahagian siku penulis sangat kering dan hitam, sehinggalah penulis berjumpa dengan seorang kenalan yang muka dan mekap da bomb tapi siku failed!


Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga kulit menyerap produk.

Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat kulit siku pun lebih cerah.


3 Lipstik lebih tahan lama

Peminat lipstik jenis matte dan gloss penulis syorkan untuk anda lakukan rawatan pelembab bibir dan skrub bibir. Bagi penulis yang setiap hari mengenakan lipstik matte memang padahnya bibir kering dan mengelupas akibat formula matte yang kadang kala mengeringkan bibir.


Solusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah.

Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama. Tak percaya? Cuba sendiri ya…

4 Melembutkan kutikel

Celahan kuku jari yang kering juga menganggu sehingga menyebabkan luka di jari. Selain itu, kulit jari yang kering juga boleh mengelupas sehingga terdedah kepada jangkitan kuman.



Solusi: Selesai sapu Vaseline Petroleum Jelly di bulu mata, siku dan bibir, terakhir sekali penulis usap lebih produk di jari dan kuku tangan. Seperti pakai losyen tangan sahaja… cuma cukup dengan sapuan nipis.

Hasil: Kutikel kuku lembut dan ya tidak kering lagi. Malah kulit dibahagian tampak lebih sihat.

5 Langkah terakhir sebelum switch off the lamp!

Kebiasaannya orang lain akan memakai losyen pada waktu pagi atau membawa sebotol losyen kemana sahaja mereka pergi. Tapi tidak pada penulis, jadi penulis menghabiskan 10 minit terakhir dengan menyapu losyen pada tangan, kaki dan leher. Itu sahaja masa yang penulis boleh luangkan untuk menghidrasi kembali kulit dengan losyen.


Bagi penulis keberkesanan produk lebih terjamin dan ianya boleh merawat kulit semasa kita tidur. Selain itu, kebersihan semasa menggunakan produk pada kulit juga menjadi faktor utama untuk penulis melakukan rutin selepas selesai mandi dan bersiap untuk tidur pada waktu malam.

Sumber: Wanista.Com

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...