Selain Berdoa dan Usaha, ini 10 Amalan Jika Dilakukan Selama 40 Hari Rezeki Akan Melimpah

Selain Berdoa dan Usaha, ini 10 Amalan Jika Dilakukan Selama 40 Hari Rezeki Akan Melimpah



Salah satu cara untuk melimpahkan rezeki dalam islam...

Anda perlu  lakukan ini

Banyak cara dilakukan orang untuk melancarkan rezeki atau melimpahkannya. Salah satunya iaitu dengan melakukan 10 amalan ini. Jika dilakukan selama 40 hari, Insya Allah akan bertambah dan melimpah rezeki anda.

Hal ini disampaikan oleh ustadz Yusuf Mansur.

Maka apakah amalan yang dapat melimpahkan rezeki yang diberi? berikut 10 amalan yang dapat melimpahkan rezeki sebagaimana yang dipetik dari oralucu.com

1. Rutinkan diri sholat berjemaah di masjid dan menepati waktu

Setakat yang mungkin lakukan sholat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan shalat sunat qabliyah dan ba’diyahnya. Qabliyah adalah shalat sunat sebelum shalat wajib yaitu 2 atau 4 rakaat sebelum shalat Dhuhur, sebelum ashar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum Isya dan sebelum subuh.

Sementara Ba’diyah adalah shalat sunat sesudah shalat fardhu, yaitu 2 rakaat setelah dhuhur, setelah magrib dan setelah isya. Jangan lupa shalat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah menunda melakukan shalat. Begitu azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.

2. Rutinkan shalat tahajud 8 rakaat dan shalat witir 3 rakaat

Shalat tahajud adalah salah satu shalat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimal 2 rakaat, tapi Uztadz Yusuf Mansur menganjurkan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab (waktu terkabulnya doa).

3. Baca Surah Al Waqiah

Inilah surah yang boleh memperlancar rezeki ” Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni). Jangan lupa membaca surah ini sesudah shalat subuh atau sesudah shalat isya.

4. Rutinkan shalat dhuha

Mengapa dhuha boleh melancarkan rezeki? Sebabnya sudah saya tulis di sini. Shalat sunat dhuha adalah shalat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari beranjak naik sampai sebelum dhuhur. Rutinlah melaksanakan dhuha 6rakaat, bagi yang kuat boleh sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).

5. Baca zikir sesudah shalat


Setelah shalat jangan langsung berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai shalat. Khusus selesai shalat subuh dan ashar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

6. Rutin membaca zikir ini

Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, bisa juga 100 kali setiap hari dan boleh dibahagikan membacanya setelah shalat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai shalat fardhu).

7. Rutin mohon ampun

Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. kerana   setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedar mahupun tidak.

8. Rutin membaca zikir pagi dan petang

Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang (sore hari). Boleh dilakukan habis shalat dhuha dan sebelah petang setelah melakukan ibadah shalat ashar atau menjelang magrib


9. Rutin baca yasin

Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan kapan saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

10. Tutup malam dengan shalat sunat 2 rakaat

Apabila rasa mengantuk datang menyerang jangan langsung tidur tapi lakukan shalat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

semoga artikle ini bermanfaat. kongsikan

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...