"Cahaya Skrin Handphone Mampu Buat Anak Susah Tidur, Lebih Pemarah, 'Selfish', Dan Lemah Ingatan" - Dr Taufiq Razif

"Cahaya Skrin Handphone Mampu Buat Anak Susah Tidur, Lebih Pemarah, 'Selfish', Dan Lemah Ingatan" - Dr Taufiq Razif



Perkembangan pembesaran anak-anak sememangnya sememangnya amat penting bagi ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan keadaan anak-anak. Anak-anak perlu sentiasa mendapat tidur yang cukup untuk membantu otak mereka berfungsi dengan baik.

Jika anak anda miliki telefon bimbitnya sendiri, awasi setiap kali penggunaan mereka. Hal ini kerana, cahaya daripada skrin telefon bimbit pada waktu malam akan menyebabkan anak-anak anda mengalami kesukaran untuk tidur.

Menerusi perkongsian Dr. Taufiq Razif, terdapat beberapa kesan yang akan berlaku kepada anak-anak jika mereka ini kekurangan tidur. Maka amalan tidur awal ini amat penting untuk tumbesaran mereka nanti.



Maryam Soolihah ni dulu jenis burung hantu jugak. Ya Allah, kadang tu sampai pukul 2 pagi pun tak tidur lagi.

Saya tertanya-tanya, kenapa ye?

Rupanya tengah-tengah malam dia senyap-senyap bukak handphone Ummi dia. Dia layan video dia sendiri tengah-tengah malam buta! Fuh! Nasib baik off internet!

Cuma memang cahaya daripada skrin handphone ni boleh buat fikiran anak jadi overload dan akhirnya jadi susah tidur.

Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada kurang tidur tu sendiri. Anak-anak yang tidur tak cukup ni boleh tumpul daya pemikiran dia disebabkan oleh prefrontal cortex otak yang tak berfungsi dengan baik.

Anak yang kurang tidur pun akan jadi lebih pemarah, tak pandai bersosial, lebih selfish dan juga jadi lemah ingatan!

Jadi kalau nak anak tu jadi bijak bila dah besar nanti, jaga masa tidur si comel kita mulai sekarang ye.

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...