Polis akan panggil lelaki terlibat isu perkahwinan sejenis



TAWAU: Polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam isu laporan perkahwinan sejenis untuk memberi keterangan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus.


                                KETUA Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus. – Foto Norasikin Daineh

Menurutnya, pihaknya akan memanggil kedua-dua lelaki bernama Ivan Shing Yan dan Winson Hsu Wing itu dengan siasatan turut melibatkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk mengenalpasti pemilik akaun Facebook (FB).

“Setakat ini dua laporan polis telah diterima iaitu satu dari Tawau dan satu lagi dibuat di Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini kelmarin.

Terdahulu pada 12 November lepas jam kira-kira 12.45 tengahari, Pengerusi Persatuan Bela Belia Tawau (PEMBELA), Shamry M. Sani telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) Tawau.

Beliau telah membuat satu laporan polis mengenai perkahwinan sejenis yang melibatkan dua lelaki berasal dari Tawau selepas melihat satu perkongsian di laman sosial FB Tawau atas nama Pui Chi (tulisan Cina)

Perkongsian di laman FB itu menyatakan telah berlaku satu upacara pra perkahwinan sejenis di Kuala Lumpur melibatkan dua lelaki berbangsa Cina bernama Ivan Shing Yan dan Winson Hsu Wing.

Pengadu berasakan bahawa tindakan kedua-dua lelaki tersebut adalah tidak wajar kerana perkahwinan sejenis adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan dilarang dalam negara ini.

Kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun dipercayai telah melangsungkan upacara pra perkahwinan pada awal bulan November di lokasi yang tidak diketahui bertempat di Kuala Lumpur.

Difahamkan juga kedua-dua mereka ada membuka sebuah kedai minuman Ding Tea Cafe di Pusat Komersil Bintang Kubota, Tawau.

Oleh Nazrini Badarun

sumber: NewSabahTImes


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...