Kontroversi Lukisan 'Mural' Di Kundasang . Isu Yang Hangat Di Perkatakan Di Media Sosial .


Kontroversi Lukisan 'Mural' Di Kundasang . Isu Yang Hangat Di Perkatakan Di Media Sosial .





Kontroversi Lukisan 'Mural' Kundasang.

1.Isu lukisan Mural yang menjadi kontroversi dan semakin hangat diperkatakan, menjadi bualan sesetengah masyarakat di kundasang lebih - lebih lagi di reality dunia facebook yang mana setiap orang memberi pandangan dan buah fikiran berbentuk kritikan dan ada juga yang 'berkasar' mungkin juga atas nama pendidikan dan ketegasan dalam hal ini. Biasalah dalam facebook orang bebas mengutarakan pendapat dan fikiran kan?

2.Saya sebenarnya melihat penggunaan warna, element kreatif dari segi kombinasi symbol, element 'Hidup' dalam pembawaan lukisan tersebut, dan yang paling penting apakah mesej yang hendak disampaikan, pada pandangan saya ahli seni itu memang sangat berbakat. Kemahiran beliau bukan la 'newbie' dalam bidang lukisan, ada sentuhan 'passion' tersebut disamping dicantikkan lagi dengan bakat yang ada. Hebat, dan sebenarnya bukan senang untuk mencapai tahap kemahiran tersebut. saya puji.




Namun.

-Mungkin masyarakat kundasang belum bersedia menerima sesebuah lukisan/mural yang terlalu dalam nilai tersiratnya, mungkin juga masyarakat setempat di sini lebih suka gambaran lukisan yang jelas, mudah difahami, tidak berat untuk 'hadam' apakah tujuan ataupun aspek utama yang hendak disampaikan.

-Pembawaan sesuatu nilai pada seni yang hendak dipersembahkan kepada umum saya kira boleh diambil dan dilihat dari beberapa aspek, isu keagamaan, latar belakang kebanyakan masyarakat di kundasang, tahap 'adaptation' dalam aspek pengenalan terhadap sesuatu culture/budaya baru dan juga penerimaan itu sendiri.

-Mungkin generasi baru yang lahir di kundasang mudah memahami apakah sebenarnya kekuatan seni dan mesej yang ada pada lukisan tersebut, tetapi bagaimana dengan masyarakat yang telah biasa dengan kehidupan dan pemikiran 'tradisional?' agak berat mengubah sesuatu fahaman dan STIGMA jika tidak jitu dari segi pendidikan, pendedahan dan sebagainya.

-Simbol Mata / Tangan yang seakan - akan ada unsur keagamaan rata - rata menimbulkan banyak kecaman, dan sebagainya mungkin gagal memberikan mesej sebenar lukisan tersebut memandangkan demographic masyarakat kundasang adalah beragama islam. Dan simbol yang digunakan boleh mendatangkan pelbagai tanggapan negatif dan fitnah mungkin juga melahirkan beberapa isu yang melarat.

-Kundasang merupakan salah satu tarikan pelancongan yang seharusnya dijaga bukan sahaja dari kebersihan dan keharmonian tetapi imej dan nama kundasang itu sendiri. Jadi pemilihan lukisan mural yang berkesesuaian seharusnya diberi penekanan dan mungkin pihak yang berwajib memainkan peranan penting dalam meluluskan lukisan mural yang hendak dibuat dengan meneliti peringkat pertama iaitu draf lukisan dan memperbaiki aspek yang lemah dan sebagainya sebelum proses lukisan yang sebenar. Kan?

-Jadi walaupun perkara tersebut telah berlaku lebih - lebih lagi anak seni tersebut telah memberi statement yang saya kira berunsurkan kegagalan pengawalan emosi, apa kata kita berlapang hati dan memberi peluang kepada beliau untuk memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan, mungkin kita boleh belajar ilmu yang baru dan berguna pada masa depan.

Terima Kasih-

Ponsikou.

SHARIFF
TraineeCounselor
UPM

sumber info: Kundasang.Go


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...