7 Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mahu Rosak

7 Tanda Awal Gearbox Kereta Anda Mahu Rosak

Masalah gearbox amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bila transmisi gear sering saja bertukar dengan sendirinya.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk transmisi manual dan berlaku dari gear 4 ke 3 untuk transmisi auto.



Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

● Lambat menukar minyak gear
● Tidak pernah tukar filter auto
●Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
●Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
● Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
● Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto. Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku. Tanda-tanda seperti:-

1. Gear susah masuk ( biasanya untuk gear manual )

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat ( contoh dari N ke D atau dari P ke D )

3. Terdapat ‘freeplay’ ( ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2, 2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Sentiasa berwaspada dan menyelenggara kereta anda mengikut waktu yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...