16 JENIS PENGELUARAN KWSP YANG WAJIB ANDA TAHU
Sebagai pencarum KWSP, ada 16 jenis-jenis pengeluaran KWSP yang wajib anda tahu.
Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP
1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
5. Pengeluaran Hilang Upaya KWSP
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pengeluaran Hilang Upaya KWSP.
6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Meninggalkan Negara KWSP.
7. Pengeluaran Pendidikan KWSP
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Pendidikan KWSP.
8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan KWSP
Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen; anda layak membuat pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja dan bahagian majikan kerajaan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan KWSP.
9. Skim Pelaburan Ahli KWSP
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Skim Pelaburan Ahli KWSP.
10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah KWSP
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Membina / Membeli Rumah KWSP.
11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta KWSP
Pengeluaran ini merupakan pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta untuk menguruskan sendiri lebihan simpanan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta KWSP.
12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah. Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP.
13. Pengeluaran Kematian KWSP
Pengeluaran ini membolehkan penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila ahli meninggal dunia. Bagi Ahli beragama Islam, penamaan yang dibuat akan terhenti sekiranya penama tidak membuat pemohonan pengeluaran dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kematian ahli atau penama berumur kurang dari 18 tahun semasa pemohonan pengeluaran dibuat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Kematian KWSP.
14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel KWSP
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Perumahan Fleksibel KWSP.
15. Pengeluaran Kesihatan KWSP
Ahli boleh mengeluarkan semua simpanan Akaun 2 atau kos rawatan perubatan sebenar. Jika majikan hanya membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan, ahli boleh mengeluarkan jumlah baki kos rawatan perubatan yang tidak ditanggung oleh majikan tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 ahli.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Kesihatan KWSP.
16. Pengeluaran Haji KWSP
Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Pengeluaran Haji KWSP.
SUMBER: NEGARAKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...

-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Fahami !!! Kenapa Kita Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Ada Kematian? Hukum Menutup Cermin Muka Ketika Ada Jenazah Di Dalam Rumah..Inilah Ja...
No comments:
Post a Comment