Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari, Ini Faktanya!

Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari, Ini Faktanya!



Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi.

Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.

Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.

Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;

1. Mencegah Stress

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.

Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.

Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.

Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3 . Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.

Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.



4. Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.

Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.

Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.

Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.

Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

Tag pasangan anda dan share artikel ini !! Yang halal je ye..

Jom Share...

Oleh:Suhaidah Abd Wahab / mingguanwanita


Jangan lepaskan perempuan yang ada 7 perkara ini wahai lelaki

Jangan lepaskan perempuan yang ada 7 perkara ini wahai lelaki



Kau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi kau kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.

Kalau calon isteri kau ada 7 perkara ni, laju-laju kau masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang, antaranya :

1. Minat menyimpan wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak apa jika kau ajak makan kedai biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.

3. Naik kereta secondhand kau pun dia tak segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.


4. Tak minta hadiah mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak buat kenduri kahwin biasa-biasa saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak minta nak bercuti sana sini sebelum kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

7. Gaji kau sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula. Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit. Kalau kau duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!

Oleh: Amir Syahir

 Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat.


Kisah Rumah Hantu paling seram dan besar di dunia…SERAM!!!

Kisah Rumah Hantu paling seram dan besar di dunia…SERAM!!!



Artikle kali ni admin nak kongsi pulak pasal rumah berhantu yg paling menyeramkan di dunia!! Hah!!, korang pernah masuk rumah hantu? min ingat lagi pengalaman min masuk rumah hantu kat Funfair time kecik2 dulu, pergi dengan family.. masa masuk tu rasa punyalah seram.. macam-macam bunyi menakutkan.. semua terjerit-jerit macam kena histeria, sampai je kat pintu keluar tiba-tiba lantai tu bergegar-gegar, apa lagi semua yg dah ketakutan dan panik, kelam kabut nak keluar, aksi tolak menolak berlaku sehingga min jatuh tersungkur.. Peh!! masa tu min boleh di ketegorikan macam hantu dalam filem jepun yg korang tengok tu, keluar sambil merangkak-rangkak di buatnya.. hahaha…

Ok berbalik pada tajuk asal, Rumah hantu yg min akan paparkan ini berbeza dengan rumah-rumah hantu yg lain yg mungkin pernah korang pergi, rumah hantu ini mempunyai keistimewaan tersendiri, dengan banggunanya yg besar dan sedikit usang ia juga  di ubah suai bertemakan sebuah hospital lama, rumah hantu yg terletak di Negara Matahari terbit iaitu Jepun ini telah di perakui oleh GUINESS BOOK OFF RECORD sebagai rumah hantu paling besar dan menyeramkan di dunia..



Dengan laluan sepanjang 700 meter dan juga terdapat beberapa pintu dan tingkap yg harus di buka secara manual oleh pengunjung untuk mencari jalan keluar serta sistem audio yg di pasang dengan suara teriakan, bunyi derapan kaki dan sebagainya di tambah lagi pekerja-pekerja yg di dandan ngeri seperti hantu sebenar akan membuatkan lagi pengunjung berasa seolah-olah semua yg mereka lalui di dalam rumah hantu itu benar-benar berlaku.. amacam ada berani mau masuk??

Korang juga boleh masuk secara bersendirian atau secara berkumpulan, Ada juga pengunjung yg tersesat tidak jumpa jalan keluar, masa yg di ambil bagi yg berjaya keluar dari rumah berhantu ini lebih kurang 50 minit.. hu lama tuhh.. macam-macam boleh terjadi dalam masa 50 minit tu…Ramai juga pengunjung yg jatuh dan terluka akibat  terlalu ketakutan.. seram…  tak dapat min nak bayangkan…



Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.




Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.



'Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walau Laki Bini Gaji Puluh Ribu'

'Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walau Laki Bini Gaji Puluh Ribu'

Setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun, kita selalu rasa gaji kita tak cukup dan cepat habis, kan? Kita juga sentiasa mendambakan gaji yang lebih.



Bercakap tentang gaji, rasanya hampir 90% orang bekerja akan menganggap gaji mereka hanya 'cukup-cukup makan'. Maklumlah, ada macam-macam komitmen yang perlu dilangsaikan setiap bulan. Daripada kereta, rumah, sehinggalah ke makan minum, semuanya memerlukan duit.

Ada yang sanggup buat 2-3 kerja semata-mata nak sara hidup dan nak buat 'duit tepi' sebab gaji tak cukup. Namun, walaupun dah buat lebih daripada satu kerja, ramai yang mengaku kewangan mereka masih tidak kukuh.

Mengapa begitu?

Sedar tak sedar, mungkin kita rasa tak cukup kerana kita abaikan SATU perkara paling penting dalam hidup iaitu ibu bapa
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak?

Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:

SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH

Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.

Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.

Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.

Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.

Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.



Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.

Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti "Rijal" pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana'ah dan Allah limpahkan barakah.

Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.

Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibu bapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.

Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.

Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.

Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.

Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar "dengan orang lain" juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.

Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.

Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibu bapa derhaka tadi menitiskan air mata.

Semuanya dah terlambat.

Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.



kepada yang masih ada ibu dan bapa, khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan.... Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa...

Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.




Ramai orang kedekut dengan ibu bapa sendiri. Tak pernah bawa ibu bapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibu bapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibu bapa, dia kata bazir.

Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.

Tapi tak... Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.

Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?

Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?

Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!

Ok, kita turun sikit....

Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?

Not biru memang selalu.... Tapi bukan RM50...

RM1 je....

Tengok tu... Kedekut kan?

Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!

Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.



Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.

Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.

Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.

Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.


Di luar sana, memang ramai orang "kaya". Tapi majoritinya kaya palsu.

Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.

Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.

Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.

Kehidupan itu yang kau carik?

Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?

Allahu...

Inilah SYURGA DAJJAL YANG NABI DAH PERINGATKAN KEPADA KITA 1400 TAHUN DAHULU....

"Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka."




Sumber: Zakuan Faiz

UNTUNGLAH ISTERI JIKA MILIKI SUAMI DENGAN 12 SIFAT INI. NO 11 SUSAH NAK CARI.

UNTUNGLAH ISTERI JIKA MILIKI SUAMI DENGAN 12 SIFAT INI. NO 11 SUSAH NAK CARI.



Setiap wanita mengimpikan suami yang bukan sahaja boleh mencurahkan tanggungjawab dan kasih sayang terhadapnya tetapi turut melengkapi setiap kekurangan yang dimilikinya.

Jika suami anda mempunyai 12 sifat-sifat ini, seharusnya anda beruntung kerana memiliki suami yang menjadi kebanggaan sekali gus membuatkan orang di sekeliling cemburu dengan anda.

Apa kata anda tengok, ada ke suami anda miliki tanda-tanda ini.

1. Selalu buat isteri bahagia sewaktu berada di sisinya

Seorang suami bukan sahaja berperanan sebagai seorang teman hidup tetapi harus menjadi seorang yang boleh melengkapi setiap kekurangan isteri. Malah suami juga perlu menjadi seorang ‘guru’ yang mendidik isteri, selain memenuhi keperluan isteri yang membolehkan isteri rasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.

2. Sentiasa genggam tangan isteri seeratnya

Tanpa melalui kata-kata, suami yang terbaik tidak sesekali melepaskan genggaman isterinya ketika suami menunjukkan cinta dan kasih sayangnya. Suami juga tidak rasa malu untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap isteri di khalayak ramai kerana suami tahu sikap pedulinya itu akan membuatkan isteri rasa lebih tenang.

3. Cinta suami sentiasa mekar dan tak pernah pudar

Jika suami betul-betul mencintai isterinya, suami pasti sanggup melakukan apa sahaja dan berkorban untuk orang yang disayangi. Malah cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagiaan isterinya dan bukannya bersandarkan nafsu semata-mata ataupun penampilan luaran isterinya sahaja. Mengikut kajian, meluahkan rasa sayang secara teratur merupakan perkara terpenting yang boleh mendatangkan kepuasan dalam perkahwinan.

4. Sentiasa ketawa bersama isteri walaupun hal-hal kecil

Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat humor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa bagi pandangan orang lain, namun disebabkan anda berdua saling memahami sifat humor masing-masing membuatkan hidup anda berdua sentiasa diseliputi rasa ceria dan gembira. Apabila isteri rasa gembira bersama orang yang disayangi ini menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekali gus terpancar rasa bahagia dalam rumah tangga.



5. Masih menganggap isterinya wanita yang tercantik

Semakin lama usia penikahan anda berdua, pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fizikal isteri juga berubah. Wajah yang tegang mulai kendur, rambut yang hitam mulai putih dan badan yang kurus semakin berisi. Sebagai seorang suami yang terbaik, di matanya tetap menganggap isterinya wanita tercantik dan masih menarik sama seperti kali pertama anda berdua bertemu. Malah dalam diam, suami masih cuba mencuri pandangan terhadap isterinya tanpa isterinya sedar, selain mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.

6. Ringan tulang membantu isteri tanpa disuruh

Jika anda menyayangi isteri, seorang suami tidak akan tega membiarkan isterinya sahaja yang terbeban dengan segala urusan di rumah. Suami haruslah sama-sama meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga. Malah suami juga sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya.

7. Berbincang dan minta pandangan isteri sebelum membuat keputusan

Apabila suami meminta pandangan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk merungkaikan masalahnya, ini menunjukkan bahawa isteri dianggap insan terpenting dalam hidupnya. Malah suami juga percaya dan menghargai keputusan yang isteri lontarkan. Tidak semestinya setiap pandangan isteri harus diterima namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan pandangan dan nasihat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang fikirkan.

8. Sering membanggakan isteri di hadapan temannya

Walaupun isteri tiada di sisi, suami yang terbaik sentiasa membanggakan orang yang disayanginya di hadapan teman-temannya. Suami yang baik sama sekali tidak malu memiliki isterinya walau apa jua keadaan isterinya. Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya yang dia bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti isterinya, selain menganggap isterinya istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.

9. Tetap makan masakan isteri walaupun tak sedap

Suami yang baik akan tetap menjamah masakan isterinya dan tidak terus memarahi isteri walaupun mungkin masakan itu kurang dengan selera suami. Bagi mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga, suami yang baik akan menegur masakan isterinya dengan cara yang paling lembut kerana tidak mahu melukakan hati isterinya dan tidak jemu-jemu memberi isteri semangat untuk terus mencuba agar masakannya dapat diperbaiki.

10. Sentiasa bantu isteri jadi insan yang lebih baik

Semua manusia pasti miliki kekurangan. Walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam banyak perkara, suami yang terbaik akan sentiasa memberikan sokongan untuk isteri terus menjadi orang terbaik di masa akan datang. Sama sekali suami tidak menyesal memperisterikan anda walaupun isterinya ada kekurangan, selain tidak pernah rasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar isterinya menjadi wanita yang hebat dalam semua perkara.

11. Tak jeling wanita lain kerana sangat mencintai isterinya

Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain kerana tahu isterinya pasti cemburu. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. Ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahu isterinya terluka, selain menghargai pengorbanan isterinya daam memberikan sepenuh kasih sayang terhadap suami dan keluarga.

12. Sentiasa mengembangkan hubungannya dengan sang pencipta



Sebagai imam dalam keluarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan berasa di jalan yang lurus. Selain itu, suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan lebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya mengikuti perintah Yang Maha Esa.


Anda Bersedih Kerana Difitnah? Bacalah Surah Yassin Ayat 76, Insha Allah Hati Pasti Tenang & Bantuan Datang Tidak Disangkakan

Anda Bersedih Kerana Difitnah? Bacalah Surah Yassin Ayat 76, Insha Allah Hati Pasti Tenang & Bantuan Datang Tidak Disangkakan



fitnah dunia memang menyedihkan. Kerana fitnah manusia boleh berbunuh-bunuhan. Fitnah merosakkan hubungan sesama keluarga dan saudara mukmin kita. Sebab itulah kita dikehendaki siasat dahulu punca berita dan khabar yang kita terima sebelum menebarkan kepada orag lain. Ditakuti apa yang kita lakukan itu berupa fitnah yang tidak berasas sama sekali.
Lebih baik diam jika kita tidak pasti tentang sesuatu perkara yang kita dengar atau baca.
Di dalam Al Quran surah Al Baqarah; ayat 191 tercantum kalimah “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang ertinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”.
Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Wallahua’lam…
Bacalah Surah Yaasin Ayat 76 Sekiranya Anda Sedih Di Fitnah
Surah Yasin Ayat 76:

 
Maksudnya;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk tenteramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Bacalah sambil pegang dada.
Sesungguhnya kita bergantung harap pada Dia yang mencipta kita.
Tafsir ayat 76, surah Yasin (sumber: Tafsir Sunnah)
فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ
Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;
Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif. Dia tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Dia sayangkan kaumnya. Oleh itu dia bersedih sangat. Sebab itu Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.

Dalam ayat ini, Allah bercakap terus kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan kasih sayang Allah kepada Nabi.
إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ
Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati mereka;
Contohnya, ada yang tak suka dengan dakwah yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.
وَمَا يُعْلِنُونَ
dan apa yang mereka lantangkan dengan suara mereka;
Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan tidak suka mereka secara berdepan semasa jumpa dengan orang yang memberi dakwah. Ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah tahu belaka. Tidak boleh sesiapa pun boleh menyembunyikan walau apa pun dari Allah.
Allah membiarkan sahaja perbuatan mereka menghina Nabi dan pembawa risalah itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa mereka sahaja. Semua akan dibalas di akhirat kelak. Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua sekali perbuatan mereka, samada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan balas perbuatan mereka itu.


Semoga kita mendapat iktibar daripada tafsiran ayat 76 Surah Yasindi atas.


MOHON SEBARKAN! SIMPAN KACA MATA ANDA, RIBUAN ORANG BERHASIL SEMBUH DENGAN CARA INI.!

MOHON SEBARKAN! SIMPAN KACA MATA ANDA, RIBUAN ORANG BERHASIL SEMBUH DENGAN CARA INI.!



Perlu diketahui bahawa jika kita lama tidak menggunakan tenaga dari otot -otot badan kita selama beberapa waktu saja, yang terjadi adalah otot tubuh akan melemah dari waktu ke waktu.

Misalnya, jika seseorang terluka kakinya dan ia menggunakan kerusi roda untuk beberapa waktu, kakinya akan menjadi lemah dan semakin lemah. Hal yang sama ini juga berlaku dengan otot di sekitar mata Anda.

Jika Anda saat ini mengenakan kacamata dan Anda tidak melakukan latihan otot mata Anda, maka penglihatan Anda akan menjadi lemah karenya otot mata perlu latihan seperti halnya otot lain dalam tubuh kita.



Anda harus berperan aktif dalam melatih otot mata anda, berikut cara memulihkan otot penglihatan Anda:

1. Disarankan untuk menutup mata Anda selama beberapa minit pada setiap 2-3 jam dan menghindari tekanan keras/lelah pada mata.

2. Anda akan perlu untuk mengimplementasikan senam untuk mata Anda. Ada 16 latihan untuk mata Anda. (Ikuti garis-garis gambar diatas dengan mata secara cepat dan berulang)

3. Jangan memakai kacamata

4. Picit titik-titik tertentu dibawah ini setiap hari



Anda dapat menerapkan tekanan ringan pada bola mata Anda dengan ujung jari tengah dan telunjuk. Tekan ringan sehingga Anda tidak merasa sakit. Kemudian dengan jari telunjuk Anda tekan titik-titik sesuai urutan seperti pada gambar diatas.

Selain picitan di atas, lakukan juga hal di bawah ini:

1. Sambil berjalan di luar melihat ke dalam ruangan dengan jarak tertentu secara fokus.

2. Mengkonsumsi jus wortel dengan beberapa tetes minyak zaitun secara teratur

3. Bersihkan mata Anda dengan air hangat

4. Cubalah untuk tidak menggunakan smartphone, laptop atau PC minimum 2 jam sebelum tidur.
Untuk mempertajam penglihatan Anda, cubalah menerapkan latihan mata seperti dibawah ini.
Anda harus fokus pada jarak tertentu sedangkan disisi lain harus berkonsentrasi pada titik tertentu (cahaya lilin, titik hitam, benda kecil).

Pertama Anda harus fokus pada beberapa objek atau simbol dan menatap terus menerus dengan mengabaikan setiap fikiran dan emosi. Anda harus tenang dan melepaskan semua beban fikiran dan emosi, hanya terfokus pada titik simbol atau objek yang sedang dilihat dengan pikiran murni.

Jika air mata mulai menitis dari mata Anda, maka itu tanda cukup dan segera untuk beristirahat. Lakukan teknik ini dengan mempertahankan mata tanpa berkedip selama yang Anda boleh, sebelum air mata mengalir dari mata Anda.

share info ini jika bermanfaat


HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...