Kisah Rumah Hantu paling seram dan besar di dunia…SERAM!!!

Kisah Rumah Hantu paling seram dan besar di dunia…SERAM!!!



Artikle kali ni admin nak kongsi pulak pasal rumah berhantu yg paling menyeramkan di dunia!! Hah!!, korang pernah masuk rumah hantu? min ingat lagi pengalaman min masuk rumah hantu kat Funfair time kecik2 dulu, pergi dengan family.. masa masuk tu rasa punyalah seram.. macam-macam bunyi menakutkan.. semua terjerit-jerit macam kena histeria, sampai je kat pintu keluar tiba-tiba lantai tu bergegar-gegar, apa lagi semua yg dah ketakutan dan panik, kelam kabut nak keluar, aksi tolak menolak berlaku sehingga min jatuh tersungkur.. Peh!! masa tu min boleh di ketegorikan macam hantu dalam filem jepun yg korang tengok tu, keluar sambil merangkak-rangkak di buatnya.. hahaha…

Ok berbalik pada tajuk asal, Rumah hantu yg min akan paparkan ini berbeza dengan rumah-rumah hantu yg lain yg mungkin pernah korang pergi, rumah hantu ini mempunyai keistimewaan tersendiri, dengan banggunanya yg besar dan sedikit usang ia juga  di ubah suai bertemakan sebuah hospital lama, rumah hantu yg terletak di Negara Matahari terbit iaitu Jepun ini telah di perakui oleh GUINESS BOOK OFF RECORD sebagai rumah hantu paling besar dan menyeramkan di dunia..



Dengan laluan sepanjang 700 meter dan juga terdapat beberapa pintu dan tingkap yg harus di buka secara manual oleh pengunjung untuk mencari jalan keluar serta sistem audio yg di pasang dengan suara teriakan, bunyi derapan kaki dan sebagainya di tambah lagi pekerja-pekerja yg di dandan ngeri seperti hantu sebenar akan membuatkan lagi pengunjung berasa seolah-olah semua yg mereka lalui di dalam rumah hantu itu benar-benar berlaku.. amacam ada berani mau masuk??

Korang juga boleh masuk secara bersendirian atau secara berkumpulan, Ada juga pengunjung yg tersesat tidak jumpa jalan keluar, masa yg di ambil bagi yg berjaya keluar dari rumah berhantu ini lebih kurang 50 minit.. hu lama tuhh.. macam-macam boleh terjadi dalam masa 50 minit tu…Ramai juga pengunjung yg jatuh dan terluka akibat  terlalu ketakutan.. seram…  tak dapat min nak bayangkan…



Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.




Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.



No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...