Minuman Untuk Cuci Buah Pinggang Dan Lawas Kencing
Sistem urinari merupakan sistem perkumuhan yang penting untuk badan kita. Kalau sehari tak pergi ke tandas untuk buang air kecil tu memang tak sah la kan? Jadi, melalui perkongsian dari Puan Hafiezah Abu Zarin yang merupakan pesakit batu karang di laman Facebooknya, beliau berkongsi satu resipi mengenai minuman kesihatan yang ternyata dapat membantu mencuci buah pinggang dan pundi kencing kita. Bukan sahaja mereka yang mengalami masalah buah pinggang saja yang boleh minum, malah kita yang ingin menjaga kesihatan dari peringkat awal pun boleh minum tau. Jom cuba!
TIPS DARI PESAKIT BATU KARANG
Saya sebagai pesakit batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing . Kepada yang kencing tak lawas ,kencing rasa sakit, batu karang ,kencing kotor, apa saja lah yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing,boleh cuba resepi ni…doktor yang bagi. Dia sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing. Doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. Sehari minum 1 kali sahaja, terpulang nak minum waktu mana.
BAHAN-BAHAN:
1. 1 biji epal hijau (tak payah buang kulit)
2. 1 inci timun (buang kulit)
3. 1 inci lobak putih (buang kulit)
4. 1 inci celery
5. 1 gelas air masak
Blend smua sekali, tak payah tapis.
READY TO DRINK
Senang saja caranya, boleh la kita cuba nanti ya. Jom jaga buah pinggang kita supaya sentiasa sihat!
Sumber: Hafiezah Abu Zarin Pijahjeff
Kencing tak Lawas: Punca dan Cara Rawatan
Kencing tak lawas adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat. Individu tersebut akan merasa bermasalah apabila ia perlu sering ke tandas ataupun masih merasakan mahu membuang air kecil sejurus selepas melakukan perkara tersebut.
Malah perkara ini boleh menyebabkan tekanan pada individu tersebut
Simptom
Bila kita bercakap berkenaan kencing tak lawas, ia membawa beberapa maksud kepada simptom tersebut:
Asyik rasa nak kencing (increase frequency)
Perasaan tidak puas selepas buang air kencing (Incomplete voiding)
Air kencing meleleh keluar walaupun pada ketika itu pesakit tidak membuang air kecil(Dribbling)
Maksud dribbling ini air kencing itu meleleh ketika seseorang itu baru sahaja membuang air kecil. Ini menyebabkan seluar dalamnya basah dengan air kencing disebabkan perkara tersebut.
Kadang-kadang simptom-simpton ini juga akan datang dengan simptom-simptom lain seperti:
Sakit ketika hendak membuang air
Asyik ingin membuang air ketika waktu malam
Arus air kencing yang tidak kuat
Perlu meneran untuk memulakan pengeluaran air kencing
Kesemua simptom-simptom ini dipanggil sebagai ‘simptom saluran kencing bahagian bawah’ (lower urinary tract symptoms/LUTS). Ia dipanggil sedemikian rupa kerana simptom ini terjadi disebabkan masalah pada saluran kencing bahagian bawah sahaja bermula daripada pundi kencing, prostate dan juga urethra.
Setiap gabungan simptom akan mempunyai punca yang berbeza termasuk kencing tak lawas.
Punca Kencing Tak Lawas
Terdapat beberapa punca kencing tidak lawas. Ianya adalah:
Benign Prostatic Hyperplasia (BPH): Prostate yang membesar bagi kaum lelaki. Selalunya berlaku pada lelaki yang sudah berumur
Batu karang dalam pundi kencing: Dalam masalah ini, pesakit juga akan mengalami sakit ketika buang air kencing dan air kencing berdarah.
Kanser pundi kencing atau kanser prostate: Selalunya pesakit akan mengalami sumbatan hingga mana pesakit tersebut tidak langsung boleh membuang air kecil. Bagi pesakit dengan kanser pundi kencing, selalunya ia juga mempunyai simptom kencing berdarah
Otot Detrusor yang lemah
Kencing Manis : Kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan gula masuk ke dalam air kencing bersama dengan air. Ia menyebabkan pesakit kencing dengan kerap dan banyak.
Masalah saraf yang menyebabkan penguluaran kencing tidak boleh dikawal seper
ti dalam masalah multiple sclerosis, kecederaan pada saraf tunjang, Slip disc dan juga sindrom cauda equina
Keradangan Prostate(Prostatitis): Disebabkan jangkitan kuman pada Prostate
Penyempitan saluran urethra: Disebabkan kecederaan pada saluran tersebut
Jangkitan kuman pada tempat pembuangan air kencing (Kencing kotor)
Tahan kencing: Tahan kencing dengan terlalu lama boleh menyebabkan otot pada pundi kencing tidak berfungsi dengan normal kerana tidak dapat mengecut dengan betul menyebabkan adanya lebihan air kencing dalam pundi kencing. Menahan kencing juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada saluran buang air
Penyiasatan Beberapa penyiasatan perlu dibuat untuk mengetahui punca kepada masalah kencing tak lawas:
1) Urine FEME
Ujian ini boleh melihat beberapa perkara seperti kehadiran sel darah putih dan sel darah merah. Pesakit yang mempunyai simptom sakit ketika kencing bersama kehadiran sel darah putih dalam air kencing menunjukkan pesakit mengalami kencing kotor.
Jika pesakit mempunyai sel darah merah dalam air kencing berserta rasa sakit, ia mungkin menunjukkan pesakit mempunyai batu karang
2) Pemeriksaan prostate menggunakan tangan
Selalunya para doktor akan periksa prostate bagi lelaki yang menghidapi simptom seperti atas. Ini penting untuk mengetahui sama ada prostate ini mempunyai masalah ataupun tidak.
Jari akan dimasukkan melalui dubur untuk merasa permukaan prostate dan juga saiznya. Prostate yang besar merujuk kepada masalah Benign Prostatic Hyperplasia. Manakala Prostate yang besar dan juga mempunyai permukaan yang tidak sekata mungkin menunjukkan diagnosis kanser prostate.
3) Ultrasound
Untuk melihat saiz prostate dan juga sama ada masih tersisa air kencing di dalam pundi kencing.
4) Ujian aliran air kencing (Urinary Flow Study)
Dalam ujian ini, aliran air kencing akan dikira dengan masa. Ianya digunakan untuk melihat sama ada pundi kencing dapat berfungsi dengan normal.
Ujian ini memerlukan pesakit untuk kencing dalam satu corong. Corong itu pula bersambungan dengan mesin yang akan mengirak kadar aliran air kencing bersama dengan masa yang diambil oleh orang tersebut untuk membuang air kencingnya secara keseluruhan.
Alat yang digunakan untuk melakukan ujian aliran air kencing
5) Bacaan Prostatic Spesific Antigen(PSA)
Bacaan ini sesuai diambil jika seseorang pesakit itu disyaki mengalami kanser prosate. Bacaan PSA bagi mereka yang mengalami kanser Prosate adalah tinggi
Rawatan
Rawatan adalah bergantung pada punca masalah tersebut. Setiap punca mempunyai cara rawatan yang berbeza dan ia memerlukan pesakit berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti masalah tersebut.
1) Antibiotik
Diperlukan untuk merawat jangkitan kuman pada tempat buang air kecil(kencing kotor)
2) Pemecahan Batu Karang
Jika batu karang di dalam pundi kencing bersaiz kecil cubaan untuk memecahkannya dengan penggunaan ubat boleh dibuat. Ubat yang selalu diberi kepada pesakit adalah Potassium citrate yang digunakan untuk mengalkalikan air kencing serta memecahkan batu karang tersebut.
Jika batu karang tersebut masih tidak pecah, penggunaan laser untuk memecahkan batu karang mungkin akan dibuat. Jika masih tidak pecah disebabkan saiznya yang besar, pembedahan untuk mengeluarkan batu tersebut perlu dilakukan
3) Pengambilan ubat untuk mengecutkan Prostate
Bagi mereka yang mengalami Benign Prostatic Hyperplasia, terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk mengecutkan prostate tersebut.
Tetapi ubat ini perlu dalam pantauan bahagian pembedahan di hospital. Kerana pesakit perlu dipantau simptom BPH tersebut berserta kesan sampingan yang mungkin dialami selepas mengambil ubat tersebut.
4) Pembedahan buang prostate
Jika prostate terlalu besar ataupun disyaki kanser, prostate perlulah dibuang dengan pembedahan.
Terdapat banyak lagi rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Tetap punca kepada masalah tersebut perlulah diketahui terlebih dahulu dan barulah rawatan yang spesifik kepada punca tersebut boleh dilakukan.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami
Media Info Network utuk info menarik
Rujukan:TheDiagnosa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment