Masalah Sakit Gigi Akan Dialami Oleh Sesiapa Sahaja. Kongsikan 6 Bahaya dan Pantang Larang Cabut Gigi.
Tidak mengira usia masalah sakit gigi akan sentiasa dialami oleh sesiapa sahaja. Mungkin kerana gigi rosak ataupun pertumbuhan gigi geraham bongsu memang sangat menyakitkan. Ketika mengalami kesakitan ramai yang berharap agar gigi yang sakit ini boleh dicabut segera. Namun bila kesakitan sudah tidak terasa ramai yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga berjumpa doktor gigi. Tahukah anda bahawa terdapat 6 situasi berbahaya yang boleh terjadi semasa dan selepas mencabut gigi?
Luka boleh dijangkiti kuman
Luka mungkin meradang jika tidak disapu ubat anti radang.
Luka berdarah
Jika anda makan makanan keras sebelum luka cabutan gigi pulih sepenuhnya, luka mungkin akan berdarah.
Gusi bengkak
Jika doktor gigi tercederakan tisu lembut atau tulang di sekitar gigi semasa mencabutnya, gusi anda boleh membengkak.
Kerosakan saraf gigi
Jika lokasi gigi yang dicabut berhampiran saraf, mencabutnya boleh mengakibatkan kerosakan saraf gigi.
Gigi berubah posisi (menjadi tidak teratur)
Selepas gigi dicabut, jika tempat gigi tersebut tidak diganti dengan proses tanam gigi, gigi-gigi bersebelahannya akan berubah posisi (mengambil alih ruang kosong tersebut) maka gigi menjadi jarang.
Sakit gigi
Beberapa hari selepas gigi dicabut, kawasan luka mungkin sakit malah kesakitan boleh merebak ke bahagian telinga dan rahang selain nodus limfa membengkak. Pembukaan mulut boleh menjadi terhad malah demam merupakan satu kemungkinan. Keadaan ini boleh menyebabkan osteitis alveolar (radang tulang alveolar).
Tahukah anda pula bahawa terdapat mereka yang tidak boleh mencabut gigi?
Pesakit penyakit kardiovaskular
Pada kebiasaannya, pesakit sakit jantung masih boleh mencabut gigi asalkan tidak menghidap kegagalan jantung (aktiviti ringan menyebabkan degupan jantung berlebihan dan kekurangan nafas) dan anestetik tidak mengandungi epinefrina.
Pesakit hipertensi
Mereka yang menghidap penyakit yang menyebabkan pendarahan seperti hemofilia tidak digalakkan untuk mencabut gigi kerana pendarahan serius mungkin berlaku sehingga membahayakan nyawa. Begitu juga dengan pesakit leukemia kerana mudah terkena jangkitan bakteria.
Semasa haid
Sel darah dalam badan akan berkurang sementara darah sukar membeku ketika menstruasi. Jadi, jika anda mencabut gigi semasa haid, pendarahan serius boleh terjadi.
Menurut Perunding Kanan Pulmonori dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, FA merupakan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku.
Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya. “Keadaan itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri jantung dan mengganggu pusat isyarat elektrik yang berfungsi untuk mengawal kadar denyutan jantung.
“Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,” ujarnya. Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit. Manakala dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.
Keadaan ini mengakibatkan aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan. Kata beliau, FA memberikan kesan yang berbeza kepada para pesakit. Malangnya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah FA dan penyakit itu sebenarnya lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.
Katanya, keadaan itu menyebabkan proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas. “Pesakit akan berasa letih dan lemah. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium dan akan membentuk darah beku.
Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata. Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”.
Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan.
Supraventricular tachycardia
Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium).
Ventricular tachycardia
Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle).
Sinus tachycardia
Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang terlalu cepat.
Masalah yang berlaku apabila jantung berdegup terlalu cepat ialah darah yang mengisi ruang dalam jantung ini tidak mencukupi, akhirnya menyebabkan jantung yang mengalir ke seluruh tubuh kan berkurangan. Ini menyebabkan pesakit akan mengalami rasa susah bernafas, mudah penat, dan mahu pitam.
Masalah rentak/irama degupan jantung.
Aritmia jantung bermakna anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur. Jantung yang normal berdegup mengikut aturan ritma yang teratur. Jantung berdegup perlahan ketika anda berehat atau dalam keadaan tenang. Ia berdegup pantas ketika anda teruja, risau atau ketakutan. Ritma jantung dikawal sistem kawalan ritma kompleks yang terdiri daripada neuron dan aktiviti hormon.
Kadangkala, sistem ini mungkin bermasalah dalam sesetengah individu lalu menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Aritmia jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai fibrilasi atrium (AF). .
Apa yang terjadi jika anda ada fibrilasi atrium (AF)?
Apabila anda mempunyai AF, jantung anda berdegup dengan tak efektif. Ini menjadi punca darah bergumpal di dalam jantung dan gumpalan darah boleh naik ke otak, menyebabkan strok atau angin ahmar. Inilah sebabnya jika anda mempunyai AF, doktor akan menasihati anda supaya mengambil ubat pencair darah. Ubat ini berfungsi untuk menghalang darah bergumpal di dalam jantung.
Mengapa AF terjadi?
AF biasanya terjadi apabila anda mempunyai penyakit jantung seperti penyakit jantung iskemik dan tekanan darah tinggi kronik. Peningkatan hormon tiroid, pengambilan alkohol berlebihan berpanjangan dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kerancuan degupan jantung. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan orang menghidap AF – tiada punca yang dijumpai.
Apakah rawatan AF?
Ada beberapa cara mengawal AF. Doktor mungkin cuba mengembalikan ritma jantung normal menggunakan ubat atau arus elektrik. Dalam masa yang sama, anda akan ditawarkan ubat pencair darah juga.
Selain fibrilasi atrium, apakah lagi abnormaliti ritma jantung?
Jantung anda mungkin berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Oleh sebab itu anda mungkin mengalami pening kepala, rasa berdebar-debar atau pitam. Jika anda mengalami gejala sebegini – anda patut berjumpa doktor.
Selain itu tanda-tanda jantung berada dalam masalah yang lebih serius apabila kita mengalami:
tanda awal serangan sakit jantung
penyakit berkaitan dengan sumbatan pada saluran coronary arteri.
tanda bagi lemah jantung (heart failure)
masalah injap jantung
masalah pada otot-otot jantung
Doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan (atau disebut sebagai “medical history”) dan melakukan beberapa ujian. Dari situ akan memberikan ubat-ubatan yang mungkin membantu kita mengurangkan rasa berdebar-debar ini atau mungkin doktor memberitahu bahawa rasa berdebar-debar yang dialami adalah tidak bahaya.
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment