LELAKI NAK MEMIKAT PUJAAN DARA DENGAN WANGIAN MENGANCAM ?? INI DIA 5 PERFUME LELAKI YANG PALING POPULAR DI MALAYSIA

5 PERFUME LELAKI YANG PALING POPULAR DI MALAYSIA



Sudah menjadi lumrah setiap lelaki ingin dilihat berketerampilan, dihormati tinggi serta tampak berkeyakinan dengan pilihan perfume lelaki itu sendiri. Sama ada untuk kepuasan diri atau untuk dihargai orang tersayang, effort atau usaha yang dikeluarkan haruslah sejajar.

Seperti yang sering kami lihat, ramai lelaki mampu untuk memperaga dengan pakaian yang berjenama atau setidaknya berpakaian dengan kemas namun gagal untuk mementingkan aspek yang penting untuk membuatkan orang ramai selesa dengan diri anda.

Apa yang maksudkan adalah bau badan anda. Percayalah, bergaya dengan kemas disertakan dengan lipatan kemas dibahagian baju bukanlah petanda untuk anda tampil yakin sekiranya bau badan anda tidak menyenangkan orang ramai atau mungkin diri anda sendiri.

Melihat kepada permasalahan para jejaka yang mempunyai masalah seperti ini atau mungkin malu untuk mengakuinya, kami daripada Pudore Fragrance ingin mencadangkan kepada anda 5 perfume lelaki paling popular khusus buat para jejaka untuk kelihatan macho dan disukai wanita.

Nak Tahu Perfume Lelaki Yang Popular? Teruskan Bacaan Anda.
1. Paco Rabanne 1 Million


Tidak kira sama ada anda bukan peminat minyak wangi ataupun tidak, kami yakin anda pasti pernah mengetahui kehadiran perfume Paco Rabanne 1 Million ini. Hal ini kerana betapa popular dan larisnya produk ini yang menjadi pilihan jejaka di Malaysia.

Hadir dengan bekas besi bersalut emas antara yang membuatkan bekas ini tampil lebih premium lagi khusus buat lelaki macho diluar sana. Menyoal dari segi haruman yang ditawarkan, Paco Robanne 1 Million menawarkan bau yang sangat fresh dan maskulin.

Cukup dengan 2-3 semburan di beberapa nadi utama, perfume lelaki ini sudah cukup untuk anda kekal berbau wangi sepanjang hari. Anda boleh klik disini untuk mengetahui cara semburan perfume yang betul.

Jika anda seorang anak muda berumur 20-30 tahun, inilah wangian yang kami cadangkan sesuai dengan umur anda yang mahu kelihatan macho, maskulin dan energetic. Anda boleh klik di sini untuk menempah pek 10ml untuk fasa cubaan atau 30ml untuk penjimatan berganda.

2. Alfred Dunhill Desire Red


Selain Paco Robanne, tidak sah sekiranya kami tidak meletakkan Alfred Dunhill Desire Red di dalam senarai perfume paling popular. Mula diperkenalkan sejak tahun 2000, perfume ini berjaya menjadi pilihan ramai jejaka berikutan baunya yang sangat maskulin.

Menggabungkan bau citrus dan vanilla minyak wangi ini kami cadangkan buat mereka yang mahu menambah keyakinan diri berikutan harummannya yang mampu membuat ramai yang terpukau.

Oh ya, jangan terkejut jika kami bongkarkan rahsia dimana ramai para wanita yang suka menghidu bau perfume Alfred Dunhill Desire Red ini. Buat anda yang mahu mencari Alfred Dunhill Desire Red yang mesra solat serta menggunakan alkohol yang lebih rendah, Pudore Fragrance sedia menawarkannya dengan harga yang lebih rendah. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

3. Versace Eros


Sekiranya anda sedang mencari perfume yang berbau eksklusif dan premium, ini perfume yang anda boleh dapatkan. Sesuai dengan nama jenamanya Versace yang membawa imej mewah kepada si pemakainya, Versace Eros membawakan haruman aromatik dan vanilla.

Kami lebih mencadangkan minyak wangi ini dipakai pada waktu malam untuk mendapatkan haruman yang sempurna. Anda boleh cuba dapatkan pek percubaan Versace Eros daripada Pudore Fragrance di sini. Versace Eros juga tersenarai sebagai minyak wangi yang paling disukai para wanita menurut faveable.

4. Acqua Di Gio by Giorgio Armani
perfume lelaki pudore fragrance

Sekiranya anda seorang yang mencari perfume yang baunya tidak terlalu kuat dan menyenangkan ramai, Acqua Di Gio pastinya pilihan yang tepat. Penawaran bau yang membuatkan wanita suka antara yang membuatkan perfume ini terus menjadi pilihan ramai.

Lebih menarik, Acqua Di Gio juga sangat sesuai digunakan ketika musim panas serta mampu bertahan dengan lebih lama.

5. Jean Paul Gaultier Le Male


Disebalik rekaan botolnya yang unik, Jean Paul Gaultier ternyata turut menawarkan bau minyak wangi yang sangat enak untuk dihidu. Sesuai buat mereka yang bekerja di pejabat, Jean Paul Gaultier menawarkan haruman yang sangat segar dan energetic buat si pemakainya.

Berdasarkan pemilihan laman web terkemuka, ramai yang bersetuju Jean Paul Gaultier antara minyak wangi terbaik bagi tahun 2017. Akan tetapi jika dirujuk kepada pasaran Malaysia, Paco Rabanne yang sering mendapat tempat di hati para jejaka.

SUMBER INFO: PUDORE

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...