Lakukan Ini Dirumah Untuk Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi.
Pernahkah anda rasa takut untuk melihat cermin pada awal pagi disebabkan eyebag? Sekiranya anda salah seorang yang mempunyai masalah eyabag, jangan risau. Pada post kali ini kami senaraikan rawatan semulajadi untuk hilangkan eyebag dengan mudah. Sebelum itu, kita kenalpasti penyebab kepada kehadiran lingkaran hitam pada mata anda ini.
Eyebag boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:
Gangguan tidur
Terlebih tidur
Stress
Kepenatan
Kegatalan pada bahagian mata dan kulit seperti ekzema
Sensitif kepada product makeup
Penuaan (aging)
Berikut kami senaraikan cara untuk hilangkan eyabag secara mulajadi.
DAUN LIDAH BUAYA (ALOE VERA)
Daun lidah Buaya memberi keselesaan kelembapan kepada kulit. Sifatnya yang penuh dengan khasiat dapat mengurangkan pigmentasi dibawah mata dan menjadikan kawasan yang sensitive menjadi lebih sihat.
Apa yang anda perlukan ialah daun lidah buaya yang segar dan kapas. Sapukan gel aloe vera dibawah lingkugan mata anda dan urut untuk beberapa saat. Biarkan gel tersebut dalam 10-12 minit. Kemudian cuci guna kapas yang lembap. Anda boleh melakukan rawatan ini sekali sehari pada waktu siang ataupun sebelum tidur.
CUKA EPAL
Mineral, vitamin dan enzim didalam cuka epal dapat mengembalikan kesegaran kawasan dibawah mata. Dalam beberapa hari, lingkaran hitam pada mata anda akan hilang buat selamanya.
Sama seperti cara diatas, anda hanya perlu cotton bud dan juga cuka epal. Sapukan cuka epal di bawah mata anda dan biarkan ia kering. Ulang rawatan ini dua kali sehari. Anda haruslah hati-hati ketika menyapu cuka epal dari terkena mata. Sekiranya terkena mata, cuci mata anda dengan air yang bersih.
TIMUN BATANG
Umum tahu, timun batang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata. Timun mengandungi beberapa antioksidan seperti vitexin, orientin dan cucurbitacin yang dapat membantu hilangkan eyebag.
Hiris timun kepada kepingan yang tebal. Letakkan ia didalam peti selama 30 minit. Ambul 2 keping timun dan letakkan pada mata anda. Pastikan kepingan timun itu menutup semua kawasan mata. Biarkan selama 10 minit sebelum membasuhnya dengan air yang bersih.
TOMATO
Tomato mengandungi lycopene, satu bahan kimia yang bermanfaat untuk kulit. Lycopene juga bertindak untuk melindungi kulit dari kerosakan.
Apa yang anda perlukan ialah, satu sude jus tomato dan satu sudu jus lemon. Campurakan kedua-dua jus tersebut dan sapukan pada bahagian mata yang terjejas. Biarkan selama 10 minit dan basuh dengan air yang sejuk. Ulang rawatan ini dua kali sehari untuk 2-3 minggu untuk hilangkan eyebag pada mata anda.
UNCANG TEH HIJAU
Lakukan Ini Dirumah Untuk Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi.
Celup uncang teh hijau kedalam air dan letakkan didalam peti sejuk untuk 2-5 minit. Letakkan uncang teh hijau pada mata anda lebih kurang 15 minit. Lakukan rawatan ini setiap hari dan lihat perubahan pada mata anda.
Umum tahu lingkaran hitam pada mata disebabkan saluran darah pada bawah mata yang membesar. Teh hijau membantu dalam mengurangkannya. Ia mencegah pembesaran salur darah dan mengurangkan penampakan lingkaran hitam pada mata. Mata anda akan berasa segar selepas mengamalkan rawatan ini.
MADU
Sapukan madu pada kawasan yang terjejas. Biarkan selama 15-20 minit sebelum membasuhnya. Ulang sekali ataupun dua kali sehari. Madu merupakan sumber antioksidan dan mempunyai komponen pelembab. Ia dapat melembutkan kulit dan memberi “makanan” kepada kulit. Eyebag anda akan hilang tanpa anda sedari!
LEMON
Umum tahu, lemon dapat hilangkan eyebag pada mata anda. Jus lemon mengandungi sifat mencerahkan kulit. Vitamin C yang terdapat pada lemon juga bertindak sebagai antioksidan dan dapat mengembalikan kesegaran and memutihkan kulit.
Lakukan rawatan ini dua kali sehari. Sapukan jus lemon pada bahagian bawah mata. Biarkan ia kering selama 10 minit sebelum membasuhnya. Jangan lupa untuk apply moisturizer pada kulit anda selepas rawatan ini kerana lemon boleh menyebabkan kekeringan pada kulit.
Terdapat banyak lagi rawatan-rawatan semulajadi yang lain untuk hilangkan eyebag pada mata anda. Tidur yang cukup dapat mengelak daripada terjadinya masalah lingkaran hitam bawah mata anda ini. Sekiranya perkara ini berlarutan dan menjejaskan kesihatan, anda haruslah pergi mendapatkan rawatan dan konsultansi dari pihak doktor.
sumber : petuaibu
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment