Khas Untuk Wanita, 10 Amalan Ketika Haid & Nifas Agar Hati Tak Rasa ‘Kosong’
“Rasa serba tak kena je setiap kali period. Memanglah dapat ‘rehat’ daripada solat. Tapi, terasa ‘lemau’ dan ‘kosong’ bila tak ada pengisian jiwa. Apa amalan ketika haid yang boleh aku amalkan ya?”
Haid dan nifas adalah proses fisiologi yang terjadi bagi seorang wanita normal. Jelasnya, ia merupakan fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan.
Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Nak buat ibadah yang lain pun terasa was-was dengan apa amalan yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dilakukan. Di sini kami senaraikan beberapa jenis amalan ketika haid dan nifas yang boleh dilakukan oleh wanita.
10 AMALAN KETIKA HAID & NIFAS AGAR HATI TAK RASA ‘KOSONG’
Untuk mengelakkan hati terasa ‘kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti:
1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN
Dianjurkan untuk mendengar al-Qur’an melalui CD, Youtube, atau tafsir al-Quran tanpa menyentuh mashafnya. Kita juga boleh mendengar ayat al-Quran sambil membuat kerja-kerja rumah.
2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’AN
Ketika haid ini, ambil peluang untuk cuba memahami dan mengkaji isi al-Quran melalui terjemahan, kuliah-kuliah di internet, dan bahan bacaan rujukan.
Ia bukan saja dapat memberi perspektif yang lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.
3. UCAPKAN ZIKIR
Ada banyak jenis zikir yang boleh menjadi amalan ketika haid dan nifas. Ia berupa ucapan tasbih, tahmid, takbir, tahlil, dan sebagainya.
Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali) yang selalu dibacakan ketika selepas solat.
4. BACAAN AL-MATHURAT
Al-mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Ia dibacakan setiap pagi dan petang. Di dalam al-mathurat juga terdapat beberapa ayat al-Quran, tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.
5. BERSELAWAT
Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)
6. ISTIGHFAR
Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ ).
Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
7. BERDOA
Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.
Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.
Foto Kredit : justbetweenus.org
8. MENGULANG HAFALAN
Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, kita boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut.
Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan, sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan. Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.
Foto Kredit: ultimatemuslimwarriors.wordpress.com
9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA
Terlalu banyak bahan bacaan di luar sana yang boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah buku berbentuk sejarah Islam, ibadah, pengetahuan hukum, hadis, motivasi, dan macam-macam lagi.
Pilih saja yang berkenan di hati!
Foto Kredit: bukuislamikdiskaun.blogspot.my
10. MENDENGAR KULIAH
Dengan perkembangan teknologi zaman ini, segalanya sudah berada di hujung jari. Memang mudah mendapatkan kuliah-kuliah melalui internet.
Namun begitu, usahakan juga untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di dewan, kelas, surau, dan sebagainya kerana ia diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Kita juga berpeluang untuk berdamping dan berkenalan dengan para ilmuan, golongan alim ulama, serta rakan-rakan yang baik.
amalan ketika haid
Foto Kredit: lhvnews.com
TIADA ALASAN UNTUK ‘TERPUTUS HUBUNGAN’ DENGAN ALLAH
Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid dan nifas seperti di atas ini, kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNya pada setiap masa.
Tiada alasan lagi untuk berasa ‘kosong’. Tiada alasan lagi untuk berasa was-was membuat amalan.
Jangan lupa, waktu haid ini juga adalah masa untuk kita mencuci telekung serta sejadah sebelum menggunakannya semula. Biar harum dan semerbak baunya. Tentu bersemangat untuk kembali bersolat nanti!
sumberasal: sirap limau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment