Info Bermanfaat: Fahami Tanda-Tanda Kita Didekati Saka Dari Keturunan,Puncanya Seperti Berikut.
Awas! Ini Punca Jin Menyukai Anda - Sama seperti manusia, Jin juga adalah makhluk Allah yang juga hampir sama dengan manusia meskipun berada di alam yang berbeza.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam "An-Nubuwat" hal.399 mengatakan: "Jin terkadang jatuh cinta kepada manusia sebagaimana manusia jatuh cinta pada manusia lain, dan sebagaimana seorang lelaki mencintai wanita, dan wanita mencintai lelaki.
Mereka juga merasakan cemburu dan ia kan menyokong kecemburuannya itu dengan segala sesuatu yg dapat ia lakukan. Dan jika yang ia cintai bersama-sama dengan laki-laki atau wanita yang lain, maka terkadang ia menghukumnya dengan membunuh-nya atau dengan cara yang lain.
Berikut adalah tanda-tanda orang yang di cintai jin antara lain:
beberapa lebam-lebam timbul pada tubuh kita
sering bermimpi basah dan mimpi bertemu dengan orang yang tidak kita kenal
sering melihat diri ke depan cermin dan berbicara sendiri. kadang-kadang membuka aurat sendiri di hadapan cermin
sering menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain
kesulitan dalam mencari pasangan dan rasa sayang dengan pasangan akan hilang
merasakan rasa sakit dan pusing di bahagian kepala di waktu petang seperti waktu solat asar
bermimpi mempunyai anak dengan orang lain dan sering merasa selalu diikuti orang ataupun sering melihat bayang bayang aneh.
Suka melamun dan berkhayal membayangkan hal-hal romantis.
Sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
Apabila tanda-tanda di atas anda alami maka segeralah merubah kebiasaan anda. Nah berikut ini adalah cara agar jin tidak boleh mengganggu kita:
1. seringlah berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah swt. agar terhindar dari gangguan jin
2. jangan biasakan dan sering bercermin
3. selalu jaga aurat anda terutama jika anda berada di luar rumah
4. bacalah doa sebelum dan sesudah masuk bilik mandi
5. bacalah doa sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan jin di saat kita terlelap
6. secara kerap bergaul dengan banyak orang atau dengan rakan-rakan dan keluarga anda
Lalu apa sajakah yang menyebabkan jin mencintai manusia.?
Awas! Ini Punca Jin Menyukai Anda
Hal-hal Yang Menyebabkan Jin Menyukai Manusia Di Antara Lain Adalah:
1. Kurang Berzikir dan Bertasbih
2. Tidak Membaca Doa Ketika Masuk Bilik Mandi
3. Terlalu Sering Menyendiri
4. Tidak Menjaga Aurat
Jangan Lupa untuk slalu berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari kejahatan dan kezaliman makhluk-makhlukNya.
CARA PEMAGAR DIRI , KELUARGA DAN KEDIAMAN DARI ANCAMAN SIHIR MENGIKUT ISLAM
Berpandukan Al Quran , Hadis Dan Kaedah Ulama bagi ikhtiar menghalang , mencegah dan mempertahankan diri , keluarga dan harta benda agar tidak dicerobohi oleh kejahatan manusia dan makhluk halus
PEMAGAR PERTAMA : MAKAN TAMAR AJWAH DAN TAMAR MADINAH
Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan kalau mampu makanlah sekali dengan Tamar Madinah. Hal ini sangat-sangatlah disuruh dan andaikata tidak mendapati kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah ﷺ yang berbunyi:
Ertinya: “Barangsiapa Yang Memakan Tujuh Biji Tamar Ajwah, Dia Tidak Akan Mendapat Sebarang Kemudaratan Racun Atau Sihir Yang Terkena Pada Hari Itu”. Riwayat Al Bukhari.
PEMAGAR KE 2 : BERWUDUK SEBELUM TIDUR
Sihir sama sekali tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Kerana setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah ﷺ:
Ertinya: “Sucikanlah Jasad-Jasad Ini Mudah-Mudahan Allah Akan Menyucikan Kalian. Kerana Sesungguhnya, Tiada Seorang Pun Dari Mereka Yang Bersuci Terlebih Dahulu Sebelum Tidur, Melainkan Ada Bersamanya Seorang Malaikat. Malaikat Tersebut Tidak Akan Pernah Terlalai Walaupun Sedetik Untuk Mengucapkan Doa:
“Ya Allah, Ampunilah Dosa Hambamu Ini Kerana Dia Telah Tidur Dalam Keadaan Bersuci””. Riwayat At Tabraaniy dengan sanad yang baik.
PEMAGAR KE 3 : MENGAMBIL BERAT TENTANG SOLAT BERJEMAAH
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim itu bebas dan aman dari gangguan syaitan. Adapun bersikap sambil lewa terhadap tugas tersebut menyebabkan syaitan akan mengambil peluang dengan mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan Berjaya merasuk, menyihir atau apa-apa kejahatan lain lagi yang mampu diperlakukan.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda:
Ertinya: “Mana-Mana Kampung Mahupun Kawasan-Kawasan Hulu Yang Tidak Mendirikan Solat Berjemaah Meskipun Penduduknya Cuma Tiga Orang, Nescaya Akan Didampingi Oleh Syaitan.
Oleh Itu, Hendaklah Dirikan Solat Berjemaah. Sesungguhnya Serigala Akan Memakan Kambing-Kambing Yang Menyendiri Dari Puaknya”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
PEMAGAR KE 4 : MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD
Salah satu cara lain lagi untuk memagarkan diri dari sihir, hendaklah bangun mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan untuk bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai dirinya. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya tak ubah bagaikan bumi yang ketandusan, lantaran kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a telah berkata:
Rasulullah ﷺ pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah ﷺ pun bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.
PEMAGAR KE 5 : MEMBACA DOA PERLIDUNGAN KETIKA MASUK TANDAS
Tandas adalah tempat kotor dan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali dia masuk ke dalamnya. Salah seorang mangsa sihir telah memberitahu kepada saya bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Akan tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat menghalau dan menyuruh syaitan itu keluar dari jasad si mangsa.
Saya pernah diberitahu oleh seekor jin katanya:
Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada kamu satu senjata tajam yang mampu kamu pergunakannya untuk menentang kami tetapi aku harap kau jangan lah gunakannya untuk kami.
Saya kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan dengan senjata tajam tersebut, lalu ia menjawab: zikir-zikir yang diajar oleh nabi.
Rasulullah ﷺ apabila mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya berlindung dari gangguan syaitan-syaitan baik syaitan jantan atau betina.
PEMAGAR KE 6 : PERLINDUNGAN KETIKA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT.
Jubair ibnu Mu’tim r.a pernah mendengar Rasulullah ﷺ menyebut zikir berbunyi:
sebanyak tiga kali, kemudian menyebut:
PEMAGAR KE 7 : MEMAGAR ISTERI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH.
Selepas majlis akad nikah, kemudian tibalah pula malam pengantin, sebelum memulan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang telah engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah engkau selubungi keatasnya.
Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dari perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dari perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya” Riwayat Abu Daud
PEMAGAR KE 8 : MENDAHULUKAN KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA DENGAN BERSOLAT
Abdullah ibnu Mas’ud r.a telah berkata:
“Apabila seseorang kamu telah mendampingi isterinya (yakni pada malam pengantin) maka suruhlah dia ikut serta bersolat sunat dua rakaat di belakangmu. Selepas itu berdoalah dengan menyebut:
Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah Aku Dan Isteriku Serta Ahli Keluargaku. Ya Allah! Satukanlah Kami Suami Isteri Dengan Sebaik-Baiknya Sekiranya Catuan Yang Engkau Jadikan Ini Benar-Benar Memberi Kebaikan, Pisahkanlah Di Antara Kami Sekiranya Perpisahan Yang Engkau Jadikan Itu Benar-Benar Menuju Ke Jalan Kebahagiaan”. Riwayat At Tabraaniy
Pemagar Ke 9 : Memagar Diri Ketika Memulakan Aktiviti Persetubuhan.
Abdullah ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda:
Ertinya: “Sekiranya salah Seorang Di Antara Kamu Ingin Mendatangi (Menyetubuhi) Isterinya, Maka Hendaklah Dia Membaca Doa Ini:doa-untuk-memulakan-jimak
PEMAGAR KE 10 :
“Hendaklah berwuduk sebelum tidur, kemudian bacalah ayat-ayat al kursi kemudian berzikirlah kepada ALLAH sehingga terlelap”.
AyatulKursi
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursiy sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi. Rasulullah ﷺ telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
Ertinya: “ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu:. Riwayat al Bukhari.
PEMAGAR KE 11 :
Bacalah ayat-ayat di bawah pada tiap-tiap hari selepas solat maghrib:
Surah al Baqarah dari ayat 1 hingga ayat 5.
Selepas itu bacalah ayat-ayat al Kursiy dengan ditambah dua ayat lagi selepasnya (yakni ayat 256 dan 257 surah al Baqarah).
Selepas itu bacalah tiga ayat terakhir surah al Baqarah. Riwayat ad Daarimiy dari Ibnu Mas’uud.
insyaAllah akan terlepaslah dari sebarang gangguan jin dan sihir, dari malam itu ke subuh.
Pemagar Ke 12 : Bacalah Zikir Ini Sebanyak Seratus Kali Pada Selepas Subuh Pada Tiap-Tiap Hari Iaitu:
Dalam sebuah hadis sahih ada meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda:
Ertinya: “zikir ini menyamai sepuluh orang pengawal, sesiapa yang menyebut zikir ini akan dituliskan baginya seratus kebaikan kemudian dihapuskan seratus kejahatan dan ia berperanan sebagai perisai melawan syaitan sepanjang hari itu.
Tidak seorang pun yang mampu menandingi kelebihan orang yang menyebut zikir ini melainkan sekiranya orang itu benar-benar beramal dengan amalan-amalan yang banyak”. Riwayat al Bukhari.
PEMAGAR KE 13 :
hendaklah membaca doa ini sebelum masuk masjid:
Dalam satu riwayat sahih ada menyebut:
Ertinya: Barangsiapa Yang Menyebut Doa Tersebut, Maka Syaitan Akan Mengeluh: Terlepas Aku Untuk Menggodanya Sepanjang Hari Ini”. Riwayat Abu Daud
PEMAGAR KE 14:
Hendaklah menyebut doa ini baik waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali:
Hadis riwayat Tirmiziy dan katanya: Hadis hasan gharib sahih.
Pemagar Ke 15 :
Hendaklah selalu menyebut doa ini ketika keluar dari rumah:
doa keluar rumah
Sekiranya anda berkata demikian nescaya syaitan akan berkata kepada anda: engkau telah Berjaya menyelamatkan dirimu dari godaan syaitan.
Selanjutnya ia akan berkata kepada syaitan lain: Bagaimana Dengan Hasil Kau? Adapun Awal-Awal Lagi Lelaki Itu Telah Menyelamatkan Diri Dengan Ilmu Pendindingnya. Riwayat Abu Daud dan Tarmiziy hadis hasan sahih.
sumber: MHI Group
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment