DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG DARI JARAK YANG JAUH. [ MOHON SEBARKAN!! ]

DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG DARI JARAK YANG JAUH. [ MOHON SEBARKAN!! ]
Doa adalah amalan yang mulia dan disukai oleh Allah SWT. Muslim yang rajin berdoa dan memohon kepada Allah dalam setiap perkara yang dilakukan, menunjukkan beliau seorang yang yakin kepada kekuasaan Allah dan seorang yang bertaqwa. Dalam setiap keadaan apa pun, kita digalakkan berdoa dan memohon petunnjuk daripada Allah. Contohnya sebelum memulakan perjalanan, sebelum makan, sebelum mulakan perniagaan dan usaha, dan banyak lagi. Semuanya ada doa khusus yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah dan para sahabat sejak berzaman dahulu. Jadi, amalan doa membuktikan keyakinan kita hanya kepada Allah SWT sahaja. Ada satu amalan zikir dan boleh juga dijadikan doa yang boleh melembutkan hati seseorang yang kita sayang.
Contohnya doa lembutkan hati anak yang degil dan malas solat terutamanya jika anak tinggal di asrama, doa untuk lembutkan hati suami yang panas baran, doa lembutkan hati kawan-kawan yang bergaduh dan bermasam muka agar lembut hati mereka untuk berbaik semula dan banyak lagi. Doa Dan Zikir Melembutkan Hati Seseorang Dari Jauh Dengan Zikir al Lathiif Allahulathiifum bi’ibaadihi yarzuqu mayyasaÄ· wahuwwal qawiyyul ‘aziim Artinya: Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19) Namanya zikir al lathiif Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim. Cara kedua, bacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah. Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, cukup amalkan zikir dan doa tersebut sambil yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu. Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Sumber: aynorablogs.com

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...