Anak Anak Wajib Baca Kalau Sayang Ibu Bapa Anda Walaupun Mereka Sudah Tiada!
Usahlah terus menerus menangisi permergian ibu bapa kita. Dalam hadis di menerangkan bahawa apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Jadi sebagai anak yang soleh dan solehah mari kita lakukan 5 perkara ini sebagai membantu ibu bapanya yang telah meninggal dunia dengan ikhtiar dan usaha ini.
1. Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim. Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka dengan niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia.
2. Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran keretadan lain-lain pinjaman. Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ini termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.
3. Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat. Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.
4. Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sababat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka.
Dalam hadis Rasulullah bersabda;
“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.
Hadis Riwayat Muslim
Ini kerana, menghormati mereka bererti kita menghormati kedua orang tua kita.
5. Menziarahi Kubur Mereka
Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah. Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh. Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment