10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T. BAHAYA JIKA TIDAK AMBIL TAHU!

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T. BAHAYA JIKA TIDAK AMBIL TAHU!



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Solat itu diibaratkan tiang agama,

Tanpa tiang agama runtuh,

Jika agama runtuh hilanglah kepercayaan manusia terhadap tuhan,

Jika hilang kepercayaan mudahlah syaitan menghasut manusia,

Jika manusia dihasut musnahlah akhlak dan adab manusia,

Jika musnah akhlak jadilah sebuah tamadun manusia yang jahil dan tidak berakhlak.

Sekadar Renungan

Cara Untuk mendapat Kenikmatan dalam Solat

1.Tadabbur Al-Quran (memahami maksud dalam setiap lafaz perkataan dalam solat serta memahami bacaan imam)

2.Solat Awal Waktu di masjid bagi lelaki dan di rumah bagi wanita

3. Ihsan(Solat seolah-olah kita melihat Allah atau Seolah-olah Allah sedang melihat kita)

Ganjaran bagi yang menjaga Solat

Sesiapa yang dapat mejaga solat 5 waktu di mana azan berkumandang  yakni di masjid maka Allah S.W.T akan memberi 5 ganjaran

Mendapat Keberkatan Rezeki (Sikit Cukup banyak tak membazir)
Terlepas dari Azab Siksa Kubur
Mendapat Buku catatan amal sebelah kanan
melintasi titan sirat sepantas kilat
masuk Syurga tanpa hisab

Sumber:jaipk

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...