Wanita Dah Bersuami Kena Amalkan Mandian Herba, Tubuh Lebih Segar & Mantap!

Wanita Dah Bersuami Kena Amalkan Mandian Herba, Tubuh Lebih Segar & Mantap!



Perasan tak ketika berpantang, selepas mandi dengan daun-daunan herba buat anda rasa lebih segar dan kuat. Rasa lain macam sihatnya selepas mandi dengan herba-herba ini kan?

Khasiat daun-daunan ini sebenarnya sangat membantu wanita berpantang mencari kekuatannya. Selain rasa segar, aura daripada daunan herba ini cukup meninggalkan kesan yang luar biasa buat ibu berpantang.

Itu ceritanya dengan ibu berpantang, bagaimana pula jika kita ingin mengamalkannya walaupun selepas berpantang. Ya itulah yang seharusnya dilakukan. Mengikut pengamal spa dan rawatan tradisional, amalan mandi dengan daun-daun herba ini sangatlah disyorkan buat semua wanita.

Begitu juga yang diamalkan oleh Chef Sue Arukin. Bukan hanya pakar memasak, beliau juga berkongsi rahsia cantiknya di facebook. Benda yang bermanfaat dan baik, patut kita kongsi dan paling penting kena amalkan. Jom kita ikut langkah dan bahan yang dikongsikan olehnya ini.



AIR MANDIAN DAUN

Bahan-Bahan:

10 hingga 15 helai daun pandan - siat & simpul

Segenggam daun serai wangi - ikat

20 helai daun limau purut- siat

5 biji limau purut - ambil kulitnya sahaja

10 helai daun lengkuas - siat

10 helai daun halia bara - siat

10 helai daun jambu batu

10 helai daun halia bentong atau halia biasa - siat

Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)



1. Cuci bersih semua bahan.

2. Rebus semua bahan bersama air selama 1 hingga 2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.

3. Tapis dan tuangkan ke dalam bathtub yang berisi air (kalau takde bathtub tuang dalam besen biasa dan mandi gunakan gayung).

4. Tambahkan bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain bunga yang anda suka.

5. Rendamkan badan selama mana yang suka dan bilas. Enjoy your home spa!



Paling disyorkan lakukanlah mandian ini seminggu sekali dan anda akan rasai kesannya. Tubuh bukan hanya lebih segar bahkan lebih wangi dan mantap. Kuat secara dalaman!

Antara daun-daunan lain yang boleh anda gunakan adalah daun kunyit, daun legundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun inai, daun mengkudu dan juga rempah halba.

Sekiranya ramuan ini sukar dicari, boleh juga gunakan daun herba yang lebih mudah dan ada dijual di pasar kita. Mudahkan kerja anda. Janji ada usaha untuk menjaga diri sendiri. Pastikan badan lebih segar, cantik dan paling penting sihat!



Sumber & Foto: Sue Arukin

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...