INILAH PERKARA² YANG BOLEH MELEMAHKAN DAYA INGATAN…ELAKKAN

INILAH PERKARA² YANG BOLEH MELEMAHKAN DAYA INGATAN…ELAKKAN


Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan minda atau daya ingatan seseorang itu menjadi lemah.

Faktor pertama ialah makan makanan yang dicemari oleh semut kerana semut dipercayai mempunyai sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

Faktor kedua pula ialah makan makanan ringan atau makanan segera. Kita perlu elakkan diri daripada makan makanan ringan atau segera dalam kuantiti yang banyak.

Hal ini demikian kerana makanan tersebut mengandungi kadar garam dan bahan perasa yang banyak dan tidak baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Selain itu, makan makanan atau buah yang masam secara kerap seperti jeruk dan asam juga boleh menyebabkan daya ingatan kita menjadi lemah.

Keadaan ini berlaku kerana jeruk dan asam mempunyai kadar asid yang tinggi yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi tumpul. Kita juga tidak digalakkan mengambil minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi.

Antara contoh minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi ialah nescafe dan kopi. Hal ini demikian kerana apabila minuman berkafein diambil bersama susu, ia akan menghalang pengaliran oksigen ke otak dan sekaligus menyebabkan tahap daya ingatan menurun.

Kita juga tidak digalakkan minum antara suapan makan. Maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan atau makan diselang-selikan dengan air. Selain itu, minuman bergas dan beralkohol tidak baik untuk kesihatan otak dan badan. Minuman beralkohol akan memudaratkan diri seseorang dan akan membuat seseorang itu mabuk dan tidak bertindak dengan rasional dalam melakukan sesuatu perkara atau dengan lebih tepat lagi tidak mengikut akal fikiran yang waras.

Menurut kajian, kepala kita tidak elok terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang kerana pada waktu tersebut kandungan sinaran matahari tidak mengandungi vitamin. Waktu yang terbaik adalah selepas subuh dan pada waktu petang. Selain itu, kita juga harus mengelakkan diri daripada runsing, stress dan bersedih. Keadaan ini tidak baik untuk perkembangan otak kerana jika kita runsing otak tidak dapat berfungsi dengan baik

Jangan Lakukan Perkara Ini:

Melihat perkara perkara yang haram.
Melancap/onani/masturbate/tembak dinding
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Kurangkan:

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton dan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam/lembu terutamanya kanak-kanak
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara yang perlu diamalkan:
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan sebagainya
Selalu makan makanan yang panas-panas
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya/ badam dan lain-lain
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam-ulam
Selalu tengok benda-benda warna hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam (risiko paru-paru berair)

Dan yang paling penting dibawah ini:

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan lupa baca doa sebelum menggauli isteri kerana khuatir syaitan yang menggauli dahulu dan bakal mendapat zuriat susah dengar kata dan sebagainya
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

sumber:kehidupansatupersinggahan

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...