Ini Rupanya Tips Wanita Dulu Kala “Maintain” Cantik Luaran Dan Dalaman Adalah Dengan Mengamalkan Air Yang Telah Direbus

Ini Rupanya Tips Wanita Dulu Kala “Maintain” Cantik Luaran Dan Dalaman Adalah Dengan Mengamalkan Air Yang Telah Direbus


Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.

Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan…

1. REBUSAN SERAI & HALIA

Ambil 3 batang serai

4cm halia @ 2 ketul

Diketuk kedua bahan di atas.

Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.

Tunggu suam diminum.

Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. REBUSAN SIREH

Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.

**Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3 . REBUSAN SIREH & DAUN INAI

3 atau 5 helai daun sireh.
Segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.

Elok diamalkan selepas haid.

4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT

2 / 3 batang serai diketuk
3cm halia (tua/muda) diketuk

2cm kunyit diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga
Cengkih / bunga lawang

Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)

Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.

Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.

Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tak gitu? Ramai yang tahu pepatah tu tapi tak beramal. Sebenarnya bukan susah pun nak buat. Cuma nak istiqamah tu yang payah kan. Hari ni kami nak kongsikan kepada anda khasiat air rebusan serai dan halia ni.

1. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

2. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

3. Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

4. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi..…[Like / Follow page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Buat yang over STRESS tuu…. boleh lah minum. Mudah-mudahan dapat mengurangkan stress.

5. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

6. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

7. Meningkatkan kadar metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh..…[Like / Follow page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Cara penyediannya:
3 batang serai – di ketuk
3 inci halia – di ketuk
Air dalam 1 litter

a)  Masukkan  kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak dalam 1jam hingga air bertukar colour ala-ala tea-o.

b)  Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.

Minum setiap pagi atau malam.

Hilangkan Migrain Dengan Cepat, Dalam 3 Minit Sahaja! Cubalah

Hanya mereka yang pernah mengalami migrain yang mengetahui kesakitan sebenar apabila diserang migrain. Dan lebih teruk lagi jika kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali migrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Untuk alternatif yang selamat dan berkesan, apa kata cuba tips dan petua  berikut:.…[Like / Follow page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Bahan-bahan:

Sedikit kulit lemon
Jus perahan lemon
Garam Himalaya
Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.

Cara-cara:

1. Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk.
2. Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya.
3. Campur dalam segelas air.
4. Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap.
5. Dalam masa hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, anda akan mendapati migrain anda hilang..…[Like / Follow page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Tak salah mencuba kan? Semuanya bahan organik je.

Sharing is caring!

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...