Ini Akibatnya Patung ‘Teddy Bear’ Dibuat Tidur! Ustaz Jin Dedahkan Sesuatu Yang MENGEJUTKAN!
Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti ada yang memiliki/menyimpan patung atau boneka. Tidak hanya menjadi permainan kanak-kanak, malah menjadi barangan untuk golongan dewasa.
Contohnya patung teddy bear, ramai perempuan dewasa yang menyimpannya di dalam bilik dan dijadikan ‘teman’ sewaktu tidur malam. Namun tahukah anda, apakah akibat dan hukum meletakkan patung hidup di dalam rumah yang didiami?
Menerusi perkongsian facebook seorang pengamal perubatan Islam, iaitu Ustaz Norazman Albanjary, ini pasti ramai yang tak sangka. Akibat menyimpan patung teddy bear atau patung benda hidup ini adalah salah satu punca seseorang itu terkena sihir/saka.
“Ini Adalah antara patung yang dimilik pesakit terkena gangguan sihir/saka. Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada patung besar dan kecil kecuali malaikat maut. Apabila malaikat tidak masuk, jin dan syaitan akan senang masuk dan mudah terkena gangguan. Keluarkanlah patung-patung yang besar atau kecil untuk menggelakkan daripada gangguan syaitan dan jin. Perempuan yang akil baligh yang main patung hukumnya adalah haram. Wallahualam.”
Setakat ini, perkongsian itu mendapat lebih 14,000 ‘share’ dari pengguna facebook.
Ustaz Norazman Al-Banjary atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Jin’ seorang pengamal perubatan Islam yang giat aktif menjelajah seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan perubatan alternatif percuma secara terbuka kepada orang ramai.
Beliau amat pakar dalam bidang mistik, dan hanya menggunakan bacaan ayat suci al-Quran untuk membantu merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan jin terutama saka dan sihir.
Hebatnya penangan ‘Ustaz Jin’ ini, hingga membuatkan orang ramai sanggup menunggu berjam-jam lamanya dan sebahagiannya juga sanggup menunggu sehingga Subuh.
Hukum Menyimpan Teddy Bear & Patung Seangkatannya
Hukum menyimpan patung ini khilaf, ada yang mengharuskannya dengan syarat, dan ada juga ulamak yang mengharamkannya secara total. Kebiasaannya, ulamak yang mengharamkan gambar benda-benda hidup, akan turut mengharamkan patung-patung ini. Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan dan pemujaan tanpa disedari.
Namun, ada pengecualian bagi patung ini, iaitu patung-patung yang menjadi permainan kanak-kanak, maka takde masalah. Cuma yg menjadi masalahnya, orang2 tua pun dok main lagi patung2 ni.. mcm patung2 Kamen Rider, Transformers dsb.. itu bagi lelaki la.. Kalau perempuan plak, ada yg daripada kecik sampai la dah punya anak kecik, masih lagi tak bleh berenggang dengan Teddy Bear. Sepatutnya, bila dah besar maka sifat kebudak2an kena la dibuang sedikit demi sedikit.. sebab tak lama lagi dah nak jadi isteri seterusnya menjadi mak orang.
Kalau masa kecik-kecik dulu, kena tidur peluk teddy bear, bila dah besar ni, peluk bantal bolster (bantal panjang tu).. daripada cadar Winnie The Pooh kepada cadar bunga2 ke.. benda2 ni walaupun nampak remeh, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi watak dan pemikiran seseorang.
“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)
Di bawah ni ada sedikit penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yang masuk adalah syaitan. Jangan terkejut kalau tengah-tengah syok peluk teddy bear yang berbulu lembut, tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar.
Jika malaikat tak masuk, siapa yang masuk? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke dalam rumah kita membawa keberkatan dan cahaya, so anda pilih lah nak siapa masuk dalam rumah, pilihan ditangan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment