Apa Hukum Buat Pelancaran Tudung di Kelab Malam? jawapan da'i IM Fakhrul yang ramai Setuju

IM Fakrul : Apa Hukum Buat Pelancaran Tudung di Kelab Malam?



Apa Hukum Buat Pelancaran Tudung di Kelab Malam?

Oleh: Imam Muda Fakhrul

Hukum asal harus. Tapi bila buat di kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama.


Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat.

Saya ambil kerja Tuhan Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ni!

“Kena berlembut jangan berkasar”. Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi! Tak percaya? rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!

“Ajak jangan hukum”. Maaf, saya tak menghukum. Saya MEMBERITAHU hukum dari Yang Maha Menghukum.

“Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum”. Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum maka ia menjadi kesalahan umum.

“Mungkin dia nak dakwah”. Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi!

“Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik”. Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik.

“Jangan boikot!. Macamana Melayu nak maju?”. Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat. Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu? Adat bersendi syariat!

Nak kata apa lagi? Katalah! Selagi mampu kata. Esok di akhirat mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka. (Surah Yasin). Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan apalah sangat kata-kata orang.

Ya Allah.. sesungguhnya aku telah menyampaikan.

Artikel di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (cawangan Asia Tenggara). Artikel di atas dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal.

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...