(Hukum Memasak Semasa Berhadas Untuk Suami Dan Anak-anak)” Perkara Ini Dilarang Sama Sekali ??!!” Perkara-Perkara Yang Dilarang Atas Orang Yang Berhadas . Baca Penjelasan Ini

(Hukum Memasak Semasa Berhadas Untuk Suami Dan Anak-anak)” Perkara Ini Dilarang Sama Sekali ??!!” Perkara-Perkara Yang Dilarang Atas Orang Yang Berhadas . Baca Penjelasan Ini





Hadas terbagi 2 iaitu hadas besar dan hadas kecil.

Hadas Besar
Hadas besar ialah :-
1) junub (jimak atau bersetubuh dan keluar air mani),
2) haid
3) nifas (beserta wiladah).
Mengangkat (bersuci dari) hadas besar ialah dengan mandi wajib.

Hadas Kecil
Hadas kecil ialah perkara-perkara yang membatalkan wuduk seperti :-
1) keluar najis dari dubur dan qubul,
2) keluar angin (kentut),
3) bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (mazhab imam Syafie)
4) tidur yang tidak tetap kedudukannya seperti berbaring.
5) menyentuh kemaluan dengan telapak tangan.tanpa berlapik.
6) pitam, pengsan atau hilang akal.
Mengangkat (bersuci dari) hadas kecil ialah dengan berwuduk.

Perkara-perkara yang dilarang atas orang yang sedang menanggung hadas.

1) Sembahyang
Ibadah sembahyang tidak boleh dilakukan oleh mereka yang sedang berhadas besar dan berhadas kecil. Sembahyang orang yang sedang berhadas adalah tidak sah dan orang itu dihukum berdosa jika dilakukan dengan sengaja. Salah satu syarat sah sembahyang ialah suci dari hadas besar (mandi wajib) dan suci dari hadas kecil (berwuduk).

Sembahyang yang diharamkan merangkumi semua sembahyang fardu dan sembahyang sunat. Dan dilarang juga (tidak sah) melakukan sujud tilawah dan sujud syukur dalam keadaan berhadas besar atau berhadas kecil. Sujud adalah sebahagian dari perbuatan sembahyang. Maka syarat sah sujud (walau sujud sunat) ialah suci dari hadas besar dan hadas kecil.

2) Tawaf
Tawaf adalah pekerjaan ibadah yang dilaksanakan di dalam Masjidilharam sahaja. Tawaf terbagi 2 iaitu:-
*  tawaf wajib
*  tawaf sunat

Barangsiapa yang memasuki Masjidilharam sebenarnya disunatkan melakukan tawaf. Ia sebagai ganti sembahyang sunat tahiyatul masjid untuk Masjidilharam. Maka syarat sah tawaf adalah sama seperti syarat sah sembahyang. Salah satu syarat sah tawaf ialah suci dari hadas besar dan suci dari hadas kecil. Tawaf dalam keadaan sedang berhadas adalah tidak sah dan jika dilakukan dengan sengaja hukumnya adalah berdosa.

3) Menyentuh atau menanggung al-Qur’an
Kitab suci al-Qur’an tidak boleh disentuh oleh mereka yang di dalam hadas besar dan hadas kecil. Ia juga tidak boleh disentuh oleh orang kafir.

Jika kitab atau buku agama mengandungi salinan (copy) ayat-ayat al-Qur’an ia boleh disentuh oleh mereka yang berhadas dengan syarat bilangan salinan ayat-ayat suci itu tidak melebihi separuh dari kandungan buku atau kitab tersebut. Jika salinan ayat-ayat al-Qur’an melebihi separuh dari kandungan buku itu maka ia dihukum haram disentuh oleh orang yang sedang berhadas besar dan kecil.

4) Membaca ayat al-Qur’an
Membaca ayat al-Qur’an ertinya melafazkan kalimah suci dengan lidah dan mengeluarkan suara. Ia haram atas orang yang berhadas besar sahaja iaitu mereka yang sedang junub, haid dan nifas (termasuk wiladah). Dibolehkan untuk mereka membacanya di dalam hati sahaja.

Orang yang berhadas kecil (tiada wuduk) boleh membaca al-Qur’an dengan syarat tidak menyentuh kitab suci itu. Contohnya, baca dari buku atau kitab agama yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an atau membaca melalui hafalan sahaja.

5) Puasa
Puasa haram dilakukan oleh mereka yang sedang haid dan nifas (beserta wiladah) sahaja. Jika kedatangan darah haid ketika sedang berpuasa, maka menjadi wajib atas Muslimah itu untuk membatalkan puasanya walau pun hampir kepada waktu berbuka. Jika diteruskan puasanya itu dengan sengaja dia dihukum berdosa. Bagi Muslimah yang sedang nifas, pastikan bahawa darah nifasnya benar-benar sudah kering sebelum dia mandi wajib dan berpuasa. Berpuasa sedangkan masih ada darah nifas adalah haram.

Orang yang berjunub pada malam hari dan tidak sempat untuk mandi wajib sebelum masuk waktu Subuh, boleh teruskan berpuasa jika telah berniat pada malamnya. Dibolehkan mandi wajib setelah subuh. Puasanya adalah sah dan tidak perlu diqadak.

Syarat sah puasa tidak termasuk suci dari hadas kecil. Jika puasa diwajibkan berwuduk, tidak akan ada seorang manusia pun yang akan mampu melaksanakan ibadah puasa. Sesungguhnya hukum Allah adalah logik lagi adil.

6) Bersetubuh dan  beristimta’ (berseronok antara pusat dan lutut)
Dilarang menyetubuhi isteri yang sedang haid dan nifas. Begitu juga dengan perbuatan beristimta’ tanpa lapik walau tidak berlaku persetubuhan.

Suami isteri yang sedang junub disunatkan untuk berwuduk terlebih dahulu jika ingian mengulangi persetubuhan. Mengulangi persetubuhan tanpa wuduk dihukum makruh.

Suami isteri yang berhadas kecil juga disunatkan berwuduk sebelum bersetubuh atau beristimta’.

7) Berhenti dalam masjid
Erti berhenti dalam masjid ialah duduk dalam dewan sembahyang pada masa yang lama. Ia diharamkan bagi orang yang berhadas besar iaitu junub, haid dan nifas.

Bagi mereka yang berhadas kecil dibolehkan duduk dalam dewan sembahyang seperti menghadiri kelas agama atau mendengar syarahan.

8) Lalu dalam masjid
Lalu dalam masjid ertinya melintas dan tidak berhenti lama di dalam dewan sembahyang. Ia haram bagi wanita yang sedang haid dan nifas jika dikhuatiri darah haid dan nifasnya akan menitis di dewan sembahyang itu. Jika terpaksa melintas atau melaluinya dan yakin darah tidak akan menitis, maka dia boleh lalu di dalam masjid itu tetapi dihukum makruh. Begitu juga untuk yang sedang berjunub dihukum makruh melintas di ruangan untuk sembayang di masjid.

9) Niat mengangkat hadas besar
Wanita yang masih di dalam hadas haid dan nifas (beserta wiladah) tidak boleh berniat untuk mandi wajib bagi hadas besar yang lain.

Contoh 1) Wanita yang junub lalu kedatangan darah haidnya, mesti menunggu darah haidnya kering sebelum melakukan mandi wajib untuk hadas junub bersama hadas haidnya. Jika dilakukan mandi junub dalam masa sedang haid, mandi wajib itu tidak sah.

Contoh 2) Wanita yang belum sempat mandi wajib untuk nifas lalu kedatangan darah haid, juga mesti menunggu sehingga haidnya kering sebelum mengangkat hadas nifasnya. Dia boleh melakukan satu kali mandi untuk kedua-dua hadas besar itu.

Contoh 3) Wanita yang telah melahirkan tidak boleh mengangkat hadas wiladah sebelum darah nifasnya kering. Biasanya kedua-dua hadas nifas dan hadas wiladah akan diangkat bersama dalam satu mandi wajib.

Inilah antara perkara-perkara yang dilarang ketika sedang menanggung hadas besar dan juga hadas kecil. Oleh kerana kebanyakan hukum ini melibatkan kaum Muslimah, maka hendaklah teman-teman Muslimah benar-benar faham akan larangan-larangan ini kerana ia boleh menjejas ibadah kita jika kurang difahami. Semoga tulisan yang ringkas ini dapat membantu teman-teman Muslimah sekelian. Amiin.
Sumber: kalifahrasullulah.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...