Migrain? Kerap Mengambil Pain Killer? Amalkan 3 Bahan Ini Sebelum Tidur

Migrain? Kerap Mengambil Pain Killer? Amalkan 3 Bahan Ini Sebelum Tidur




“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau Panadol ya?”

Migrain adalah salah satu sebab sakit kepala. Berbeza dengan sakit kepala, migrainbiasanya lebih berat dan ia menyerang secara berulang di tempat tertentu.

Memang rasa susah nak buat apa-apa bila diserang migrain mahupun sakit kepala. Salah satu penyelesaian termudah adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Namun, tak semestinya ia berkesan bagi setiap orang. Ada juga yang tak selesa mengambil ubat oleh sebab sedang mengandung dan sebagainya.

Maka, kami ingin kongsikan sebuah petua yang cukup mudah daripada Puan Hanisah Noordin. Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya.

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA & MIGRAIN TANPA PANADOL

Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan salah satu petua yang biasa kami suami isteri gunakan sebagai ‘ubat’ sakit kepala. Buat pengetahuan semua, suami saya memang kerap diserang migrain. Kadang-kadang sampai ambil Panadol pun tak ‘jalan’.

Tapi, sejak menggunakan 3 bahan ini, suami dah lama tak ambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Dengan izin Allah, ia memang berkesan. Sekarang, di rumah kami sekarang tak ada lagi stok Panadol atau ubat hospital.

Bahan-bahan

Air suam
Cuka epal organik
Madu asli
Cara-cara


1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)

2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.

3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

NOTA TAMBAHAN

Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.

Kalau nak beri kepada kanak-kanak, boleh kurangkan sukatan cuka epal daripada 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil. Sukatan madu tetap sama. Menurut LiveStrong dan MomJunction, cuka epal juga selamat untuk ibu mengandung. Tapi pastikan ianya telah dipasteur dan disimpan pada suhu yang sepatutnya.



Antara penyebab Migrain

Sebagai tambahan info, migrain biasanya terjadi disebabkan oleh banyak perkara. Antara punca migrain yang boleh dikenal pasti adalah disebabkan oleh keletihan yang teramat sangat, stress, dihidrasi atau kurang air, terlambat makan, makan berlebihan, cuaca juga ada yang mengaitkannya dengan genetik.Pun begitu, makanan seperti keju, kopi, coklat dan alkohol sangat memainkan peranan sebagai punca sakit kepala. Hati-hati!

9 Cara Lain Ubati Migrain

1. Tidur – Tidur dan rehatkan diri sehingga kepala makin reda.
2. Jauhi cahaya – Jauhkan daripada cahaya, sebaiknya tidur dalam gelap.
3. Minum air kosong –berkemungkinan tubuh anda kekurangan air.
4. Segelas air panas – Minum segelas air panas, sebaiknya dapatkan teh halia panas untuk rasa lebih baik.
5. Rendam kaki – Rendam kaki dalam air yang sejuk atau ais juga satu terapi yang baik untuk sakit kepala.
6. Makanan kaya magnesium – Makanan kaya magnesium mampu buat urat saraf menjadi lebih relaks dan tenang.
7. Jaga kondisi gula darah agar stabil – Gula darah yang rendah mengakibatkan rasa sakit kepala dan migrain.
8. Gosok minyak – Minyak tambahan seperti minyak angin atau mint buat kepala rasa lebih tenang dan relaks.
9. Jangan stress – Kena bijak kawal stress

Selepas BACA , jangan lupa KOMEN dan SHARE ye . TQ

Apapun, jika simptom masih berterusan, sila dapatkan rawatan susulan. Kalau ada yang was-was, boleh rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih pakar.

Sumber: Islamituindah.info


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...