MAKANAN & MINUMAN DALAM NERAKA YANG DIJANJIKAN ALLAH SWT UNTUK PENGHUNINYA
Makanan Buah Zaqum
Allah Ta’ala berfirman :
إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ طَعَامُ الْأَثِيمِ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ
artinya : “Sesungguhnya pokok zaqqum itu adalah makanan orang yang banyak berdosa. Seperti minyak yang mendidih di dalam perut sebagaimana mendidihnya air yang teramat panas” (Ad-Dukhan : 43-46).
Sabda Rasulullah saw :
لَوْ أنَّ قطْرةً من الزَّقُّومِ قَطَرَتْ في دار الدُّنْيَا لأفْسَدَتْ على أهلِ الدنيا مَعَايِشَهُمْ
“Kalaulah secebis dari buah zaqqum jatuh ke dunia niscaya akan menimbulkan kebinasaan terhadap kehidupan penduduk dunia.” (Hadith Tirmidzi)
Minuman Air Panas Mendidih Dan Nanah
Allah Ta’ala berfirman :
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا
artinya : “ِAhli neraka tidak akan mendapat rasa sejuk di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman kecuali air panas yang mendidih dan air nanah.” (An-Naba’ : 24-25)
Allah Ta’ala juga berfirman :
وَسُقُوا مَاء حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءهُمْ
artinya : “Mereka (penghuni neraka) diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong usus-usus perut mereka” (Muhammad : 15).
Minuman Peluh Yang Busuk
Abdullah bin Abbas r.a. sabda Rasulullah saw :
على الله عهداً لمنْ شرب المسكرات لَيَسقيِه من طِينةِ الخبَالِ. قالوا: يا رسولَ الله وما طينةُ الخبَالِ؟ قال: عَرقُ أهل النار أو عُصَارةُ أهلِ النارِ
artinya : “Janji Allah kepada peminum arak bahawa mereka akan diberi minum ‘thinatul khabal’. Bertanya olih para sahabat : ‘Apakah itu thinatul khabal?’ Nabi saw menjawab : ‘Yaitu peluh penghuni neraka atau air busuk dari penghuni neraka’” (Hadith Abu Daud)
Ya Allah Engkau peliharalah dan jauhilah kami semua dari siksaan api neraka dan terimalah taubat kami kerana Engkaulah yang maha menerima taubat. Aaamiin.
Wallahua’lam
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.
HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...
-
DOA AGAR ORANG YANG MEMBENCI KITA MENJADI BAIK Doa Agar Orang Yang Membenci Kita Menjadi Baik, Sebaik apapun sikap kita kepada orang y...
-
KHASIAT DAN FADHILAT SURAH YASIN 7 MUBIN Khasiat Dan Fadhilat Surah Yasin 7 Mubin 1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan. 2. Me...
-
Doa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllahDoa Sakit Gigi dan Sakit Gusi yang Mujarab dari Rasulullah, Yang Sakit Gigi Boleh Amalkan, InsyAllah Jika membahas mengenai kesihatan,...
No comments:
Post a Comment