(FOTO) Laporan Polis Ini Dedahkan Cerita Sebenar Yang Berlaku Kepada Farid Kamil

(FOTO) Laporan Polis Ini Dedahkan Cerita Sebenar Yang Berlaku Kepada Farid Kamil



Apabila polis mengesahkan Datuk Farid Kamil positif dadah jenis ganja, ramai yang seakan tidak percaya. Malah, adik beliau sendiri Fadzil Zahari juga terkejut mendengar berita abangnya mengamuk dan menimbulkan kekacauan kerana itu bukanlah sikap sebenar Farid.

Terbaru, tular pula satu laporan polis oleh lelaki yang membawa Farid ke balai polis  tengah hari tadi. Sebelum  kejadian di balai polis tersebut berlaku, individu itu memberitahu beliau menjumpai Farid tidak berbaju didalam hujan dan meminta pertolongan.

Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh.



Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.20 tengah hari tadi,  Farid  hadir ke balai polis tersebut untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan berurusan di kaunter aduan, sebelum secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam. Farid turut bertindak di luar kawalan dengan menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum beliau ditahan.

Susulan berita penangkapan aktor Datuk Farid Kamil kerana didakwa menampar seorang anggota polis tengah hari tadi, laman sosial artis terkenal itu dihujani dengan komen bercampur baur daripada netizen.


Sebilangan besar netizen terkejut dengan berita penangkapan pelakon dan pengarah filem yang juga suami kepada artis terkenal, Datin Diana Danielle itu kerana Farid selama ini terkenal dengan imej dan reputasi yang bersih.


Selain menzahirkan rasa terkejut, peminat-peminat Farid turut meninggalkan komen dan kata-kata semangat.

“Saya tak percaya. Saya yakin itu hanya lakonan untuk filem baru kan?,” tulis @m_ismail_.

Netizen yang menggunakan pengenalan diri @fuad_johor92 pula tidak percaya yang Farid menampar penjawat awam di balai polis.

“Aku rasa bukan Farid yang gaduh kat balai sebab Farid baik je,” tulis fuad_johor92.

Sementara itu, @sania_atkins pula mengharapkan berita penangkapan Farid itu saling tidak ubah sekadar khabar angin semata-mata.

“Dah baca. Sungguh ke berita cakap dalam pengaruh dadah lagi tampar polis? Moga hanyalah khabar angin,” tulis sania_atkins.

Farid yang baru saja bergelar Datuk ditahan di Balai Kota Damansara, Petaling Jaya tengah hari tadi selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik balai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain komen-komen positif yang ditinggalkan di laman Instagramnya, terdapat juga netizen yang memberikan maklum balas kurang manis berikutan penangkapan Farid yang disifatkan mereka tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu, Utusan Online berusaha menghubungi Diana bagi mendapatkan komennya mengenai berita penangkapan suaminya.

Namun begitu, panggilan Utusan Online tidak dijawab oleh Diana. -

sumber: UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...