Dua beranak terkejut jumpa sawa kenyang

Dua beranak terkejut jumpa sawa kenyang



JELI - Dua beranak yang sedang memetik pucuk paku terkejut menemui ular sawa sepanjang enam meter yang kekenyangan dalam semak di Kampung Lubok Bongor, pagi semalam.

Dalam kejadian 10 pagi, reptilia itu dipercayai baru membaham babi hutan.

Mariani Mohd, 41, berkata dia bersama ibu, Fatimah Awang Noh, 61, ke kawasan berkenaan pada 9 pagi untuk mencari pucuk paku.




“Ketika sedang leka memetik pucuk paku, saya terjumpa kesan laluan binatang sebelum menemui ular sawa dalam semak dalam keadaan kekenyangan.

“Kami bertempiaran lari menyelamatkan diri sebelum memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung.

“Tidak lama kemudian, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli tiba,” katanya.

Mariani berkata, dia dan ibunya ke kawasan berkenaan kira- kira jam 9 pagi, untuk mencari paku pakis sebagai sumber pendapatan sampingan mereka selain daripada menoreh.

Menurutnya, sepanjang dua tahun melakukan kerja berkenaan, kejadian tersebut merupakan yang pertama dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Sangat menakutkan. Saya pun tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika ular berkenaan serang kami. Tapi alhamdulillah kami bersyukur kerana selamat, " katanya.





Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Jeli, Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira- kira jam 3.35 petang.

"Anggota kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati reptilia sepanjang enam meter itu masih berada di lokasi berkenaan serta masih hidup.

Beliau berkata, dengan bantuan penduduk kampung, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengangkat haiwan berkenaan ke dalam kenderaan APM dan dibawa pulang ke pejabat untuk tindakan selanjutnya.

sumber- sinar online

Mohon like Fanpage Media Layan network untuk pelbagai info dan ilmu yang bermanfaat..

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...