Bantu Sebarkan!!! Doktor Ini Kongsi 15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda

Bantu Sebarkan!!! Doktor Ini Kongsi 15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda



Jika anda ingat yang anda sudah tahu semua benda tentang miss V itu, anda pasti akan terkejut membaca fakta penting ini. Jom belajar jaga kesihatan faraj!

Anugerah Tuhan yang sungguh istimewa!

Miss V anda adalah organ yang sungguh istimewa. Bayangkanlah, ia ada mekanisme yang mampu memperbaiki miss V itu sendiri selepas bersalin!

Anda mungkin ingat anda sudah tahu segala-galanya tentang mutiara yang terselit di antara kaki itu. Tapi, ada banyak penemuan baru yang sungguh menggemparkan!

Jadi, jom… luangkan sedikit masa untuk membaca fakta menarik, mengagumkan dan mengejutkan ini tentang faraj anda.

Ia disediakan oleh Dr Alyssa Dweck, seorang profesor klinikal obstetrik, ginekologi dan sains reproduktif di Sekolah Perubatan Icahn, New York.





1) Miss V bukan setakat faraj saja

Ramai yang merujuk “vagina” sebagai organ di bahagian bawah pinggang.

Namun sebenarnya, vagina merujuk kepada canal otot yang menghubungkan serviks dan badan.

Seluruh bahagian luar sistem reproduktif ini sepatutnya dipanggil vulva. Vulva mempunyai labia majora, labia minora (bibir faraj) dan klitoris.

2) Miss V boleh bersihkan diri sendiri

Dr Dweck melarang semua wanita memasukkan sebarang benda ke dalam vagina untuk “mencucinya”.

Ini bermaksud anda tak boleh meruang (korek dengan jari) atau mencucinya dengan sabun/pembasuh feminin!

Miss V anda sungguh power, ia boleh mencuci dirinya sendiri.

3) Lubang bukan sentiasa terbuka!

Vagina anda dipanggil sebagai potential space oleh pakar. Ini kerana ia bukan sentiasa membuka lubangnya.

Dinding dalam vagina akan sentiasa melanggar masing-masing dan menutup lubang. Ia hanya terbuka ketika seks atau bersalin.

4) Tak perlu rawatan di spa

Mana-mana rawatan di spa seperti meletak mask, exfoliation atau tweezing untuk miss V sebenarnya tidak diperlukan.

Kadang-kadang, rawatan ini boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan!

5) Ada banyak bakteria bagus

Salah satu sebab kenapa kita tak sepatutnya meruang atau mencuci faraj dengan sabun feminin kerana sudah ada ekosistem yis dan bakteria dalam organ ini yang sepatutnya kekal seimbang.

Segala keseimbangan mikro dalam faraj boleh terganggu dengan perbuatan meruang, dan ia boleh menyebabkan bakteria!

Lagipun meruang terbukti mendatangkan jangkitan. Untuk seks yang selamat, gunalah kondom!

6) Wanita lebih terbuka kena STD berbanding lelaki

Ya betul. Vagina lebih mudah terkena STD berbanding lelaki. STD adalah jangkitan seksual.

Ini kerana dinding nipis dalam vagina membenarkan virus/bakteria lalu lebih mudah berbanding kulit zakar.



7) Tak sepatutnya bau seperti bunga

Vagina itu tak sepatutnya berbau seperti bunga.

Ia ada bau semulajadi dan unik yang berbeza-beza, bergantung pada kitaran haid, diet dan berapa banyak air anda minum.

Kalau ada bau yang “kurang enak” dan terlalu kuat, itu tanda jangkitan. Segera dapatkan rawatan pada doktor sakit puan.

8) Beranak takkan “merosakkan” ia

Miss V anda mempunyai kebolehan untuk meregang yang sungguh hebat.

Ia satu-satunya organ dalam tubuh manusia yang ada kebolehan itu! Jadi – beranak atau berhubungan seks dengan zakar besar takkan “merosakkan” ia.

Ia cuba akan sedikit longgar selepas bersalin, tapi ia tak beri kesan pada kepuasan seks.

9) Ada maklumat penting ketika anda subur

Tahukah anda yang miss V ini juga sebenarnya “berkomunikasi” dengan anda?

Contohnya jika anda ingin mengelak untuk hamil, lihat lendiran dari faraj anda.

Ketika waktu subur, faraj biasanya akan merembeskan lendiran serviks yang sama seperti telur putih, likat, licin dan pekat. Waktu itu jangan bersenggama!

10) Gatal tak bermaksud ada jangkitan

Ada banyak sebab kenapa faraj anda boleh terasa gatal, kata Dr Hilda Hutcherson, profesor ob/gyn di Columbia University Medical Center.

Antaranya kerana alahan pada pakaian, selepas bercukur, atau pada sabun dan pencuci pakaian yang anda guna.

Tapi, ada beberapa ketidakselesaan yang boleh disebabkan jangkitan seperti vaginosis dan trichomoniasis. Apa pun, bincang dengan doktor pakar!



11) Beri ia peluang untuk bernafas

Keadaan yang berlembap akan menggalakkan pertumbuhan yis atau bakteria. Jadi, pakai seluar dalam kapas untuk beri miss V anda bernafas.

Jangan pakai panty liner atau pad 24/7 kerana ia tak beri vagina bernafas.

12) Jangan letak sebarang benda dalam vagina

Untuk pasangan yang agak kinky, anda mungkin suka letak whipped cream, madu atau gula pada miss V ketika berasmara kan?

Perbuatan itu sebenarnya boleh mendatangkan jangkitan. Yis/bakteria amat menggemari gula, jadi ia akan mengubah paras pH.

13) Anda boleh buat ia lebih ketat

Okay, anda tak boleh buat senaman untuk vagina, tapi anda boleh menguatkan otot di lantai pelvik.

Lantai pelvik menyokong organ pelvik seperti pundi kencing dan rahim, beserta vagina dan rektrum.

Caranya? Senaman kegel!



14) Seks bagus untuk vagina

Seks bukan saja buat anda lebih cantik, malah ia juga bagus untuk “menghidup” dan melicinkan miss V anda.

Terutamanya kalau anda semakin tua dan paras estrogen dalam badan makin turun!

15) Sakit ketika bersama itu ada sebab

Jika anda kesakitan ketika bersama, jangan tahan dan mendiamkan diri!

Walaupun ada banyak rawatan semulajadi yang boleh membantu pengalaman ini, namun ada penyakit yang boleh menyebabkan seks terasa sakit juga.

Antaranya seperti ovarian cyst atau endometriosis.

5 PERKARA WANITA MALU NAK TANYA TENTANG KESIHATAN VAGINA. PERLUKAH MERUANG?

“Ish, memang tak selesa kalau ada keputihan ni. Ada kawan aku kata kena bersihkan. Tapi nak bersihkan macam mana? Patut jumpa doktor ke, kena makan jamu ke, atau ada rawatan khusus?”

Setiap wanita pasti mementingkan kesihatan terutamanya pada bahagian peranakan. Terdapat pelbagai tips dan petua turun-temurun bagi penjagaannya, dan antara petua yang hangat didebatkan sekarang ialah meruang.

Apakah meruang? Dan adakah ia perlu untuk kesihatan vagina wanita? Mari kita semak selanjutnya.

1. APAKAH MAKSUD MERUANG FARAJ?
Meruang ialah memasukkan benda asing seperti jari, herba, ubatan, atau alatan khusus yang bertujuan membersihkan atau mengeluarkan lendiran dari dalam faraj.

Sesetengah menganggap meruang adalah tidak sama dengan vaginal douching, namun Dr Afida Sohana menegaskan bahawa kedua-dua aktiviti ini mempunyai konsep dan risiko yang sama – iaitu mampu mengganggu keseimbangan mikroflora di dalam faraj.

Ramai pengamal tegar kaedah ini mempertahankan bahawa meruang mampu meningkatkan kesihatan rahim, mengatasi keputihan, serta mengurangkan bau kurang pada kawasan tersebut. Namun begitu, tiada bukti secara perubatan yang kukuh tentang keberkesannya sehingga kini.

Salah satu cara meruang yang didapati di internet.

2. PERLUKAH MERUANG UNTUK MEMBERSIHKAN ORGAN INTIM DALAMAN?
Ada yang merasakan lebih selesa dan bersih selepas meruang kerana kotoran dapat ditanggalkan. Namun hakikatnya menurut pakar, meruang dengan cara memasukkan benda asing ke dalam vagina menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat di dalam persekitarannya. Jumlah bakteria yang seimbang seterusnya mewujudkan keasidan optimum bagi vagina yang sihat.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud kita tidak perlu mencuci vagina dengan teliti. Tidak dinafikan bahawa wanita perlu membersihkan antara lipatan bibir vagina semasa mencucinya, namun bukanlah hingga ‘menjolok’ ke dalam faraj. Dalam Islam juga, bahagian tubuh yang perlu dicuci semasa berhadas hanyalah bahagian tubuh yang zahir, tidak termasuk organ dalaman

3. KENAPA IA TIDAK DIGALAKKAN OLEH DOKTOR & PETUGAS KESIHATAN?
Sesetengah wanita berpendapat meruang memberi kesan baik kepada vagina kerana ia adalah cara untuk membersihkan dalaman daripada sisa darah selepas kitaran haid. Namun begitu, ramai pakar kesihatan menasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu persekitaran semulajadi vagina.

Sebarang masalah yang serius seperti keputihan yang teruk, lendiran berwarna atau berbau seharusnya dirujuk kepada doktor agar pemeriksaan lanjut dapat mengenalpasti puncanya. Jika anda sudah mempunyai masalah jangkitan bakteria, meruang boleh memburukkan lagi keadaan dengan menolak jangkitan jauh ke dalam uterus dan tiub fallopian. Penyakit keradangan pelvik juga dapat berlaku jika jangkitan pada vagina merebak sehingga ke organ peranakan.

Selain itu, meruang atau vaginal douchingdikhuatiri boleh mendedahkan wanita kepada kehamilan luar rahim serta kesukaran untuk hamil.

4. JADI, BAGAIMANA MENJAGA KEBERSIHAN VAGINA YANG SEPATUTNYA?
Sebenarnya vagina adalah anggota yang “self-cleaning” atau bersifat mencuci dengan sendirinya. Kotoran akan keluar dengan sendirinya daripada dalam dengan bentuk mukus atau hingus, bergantung kepada rutin harian seseorang. Namun ia adalah normal selagi rutin kebersihan dititikberatkan:

– Amalkan pemakaian seluar dalam dan seluar yang selesa, tidak terlalu ketat.
Pilih material daripada fabrik kapas yang tidak panas.

– Ganti seluar dalam dengan kerap, sekurang-kurangnya 4 jam sekali.

– Cuba beralih kepada pemakaian pad organik atau panty liner yang diperbuat daripada kain kapas dan boleh dibasuh.

– Elakkan memakai sabun pencuci kecuali ianya telah dilabel selamat untuk vagina.

– Hentikan makanan tinggi gula, fast food, junk food, dan termasuklah jeruk yang tinggi bahan pengawet.

– Banyakkan pengambilan sayuran hijau, probiotik, air mineral 1.5-2L sehari.

– Boleh ambil air rebusan herba yang dibuat sendiri untuk tenaga atau khasiat dalaman. Tapi, elakkan keterlaluan dalam mengamalkannya.

Douching mungkin hanya dapat mengurangkan bau pada waktu yang singkat sahaja. Dr Hana Hadzrami mengingatkan jika douchingdilakukan secara kerap, ia akan memusnahkan bakteria baik yang memelihara kesihatan faraj, malah menghakis lapisan perlindungan dinding faraj.

Tanpa lapisan perlindungan ini, kuman dan bakteria mudah menjangkiti alat kelamin dan seterusnya merebak di kawasan peranakannya tanpa sebarang halangan. Oleh itu, jika anda risaukan vagina yang mengeluarkan bau yang kuat atau terasa gatal, dapatkan nasihat daripada pakar dengan segera.

5. BENARKAH MERUANG DAPAT MEMPERBAIKI HUBUNGAN INTIM?
Secara semulajadinya, douching atau meruang membuatkan cecair semulajadi di dalam vagina berkurangan. Cecair ini melekat pada dinding vagina dan bertindak sebagai pencuci semulajadi dalaman. Apabila cecair berkurangan, maka keadaan dalam vagina menjadi kering dan mengganggu persekitaran optimum vagina.

Meruang dengan cara memasukkan jari juga boleh menyebabkan risiko luka atau jangkitan ketika melakuan hubungan intim. Jika selalu melakukan meruang dan tidak kena pada caranya, dibimbangi lebih ‘longgar’ pula jadinya.

Cara selamat yang dianjurkan untuk menjaga keintiman organ wanita adalah dengan mengamalkan senaman lantai pelvik, iaitu senaman Kegel.

I
PENTINGNYA MENGETAHUI CARA PENJAGAAN YANG BETUL
Semua wanita inginkan kecantikan dari segi luaran termasuklah dalaman. Namun, jangan keterlaluan mengamalkan petua yang tiada bukti saintifiknya.

Jangan malu-malu dan menganggap kesihatan bahagian intim tidak boleh dibincang secara terbuka kerana sesuatu yang taboo. Kerana sikap begini, kebanyakan wanita mengambil jalan pintas dengan mencari informasi sendiri di sumber-sumber yang tidak sahih di Internet. Akibatnya, maklumat yang diperoleh mungkin tidak tepat.

Malah, wanita mungkin terpengaruh dengan produk tertentu yang tidak semestinya menangani punca masalah yang dihadapi, malah mungkin mengundang pula masalah kesihatan lain.

Akhir kata, jika ragu-ragu terhadap kesihatan vagina, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : sinaran baru via buletin semasa

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...