Tular di Rusia – Ibu Beri Anak Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks untuk Digigit

Tular di Rusia – Ibu Beri Anak Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks untuk Digigit



Akibat tidak dapat menerima kehadiran bayi dalam hidupnya, seorang ibu dari Moscow melakukan perkara pelik dan tidak bermoral pada anaknya sendiri. Jom ikuti kisah tular yang berlaku di Rusia ini dan pelajari cara menghadapi kehamilan yang tidak diingini!

Memberi anak kita yang baru tumbuh gigi alat ‘teething’ yang khas untuk bayi, itu adalah sesuatu yang normal. Apa yang tidak normal adalah apabila seorang ibu, dari Moscow Rusia, memberikan anak kecilnya alat mainan seks untuk digigit bagi menghilangkan gatal gusi.

Wanita Dari Moscow Memberikan Dildo Kepada Bayi berusia Hampir 4 Bulan

Ibu yang berusia 29 tahun itu, dikenali sebagai Ekaterina E., telah menerima banyak kritikan di media sosialnya setelah dia memuat naik gambar anaknya yang diberi mainan seks dikenali sebagai dildo.

Gambar tersebut dengan jelas menunjukkan yang Ekaterina menghulurkan mainan dewasa tersebut ke arah mulut bayi lelakinya yang baru berusia 3 bulan lebih. Si kecil itu lahir pada 8 Januari yang lalu.

Yang lebih mengejutkan, mainan tersebut turut mempunyai kondom padanya!

Dia cuba untuk menjustifikasikan tindakan tidak bermoralnya itu dengan menyatakan bahawa anak lelakinya akan terus tenang apabila diberi mainan tersebut.


Menurutnya, anaknya gemarkan material getah lembut pada mainan seks itu.

Tidak Mempunyai Rasa Sayang yang Kuat pada Bayi Sendiri

Turut dilaporkan bahawa wanita tersebut mempunyai masalah untuk menyayangi anaknya sendiri.

“Doktor mengeluarkan dia (bayi) dari rahim saya tetapi rupa bayi itu langsung tidak sama dengan rupa saya. Ia (mengandung) terjadi secara tiba-tiba. Saya tidak merancang langsung untuk mengandung.”
Malah, setiap kali anak kecil Ekaterina merengek, dia akan berasa menyampah apabila terpaksa menenangkannya.

Akibat dari sifat jujur tidak bertempat itu, ramai netizen dari negara terbabit telah memberikan komen yang pedas. Antaranya:

“Dia bukan seorang ibu, dia seorang yang bodoh. Malang sungguh bayi itu (kerana mendapat ibu sepertinya).”
Lagi seorang pengkomen juga mengatakan:

“Pihak berkuasa patut mengambil bayi tersebut dari ibu berkenaan, dan menghantar wanita itu ke pusat orang gila untuk seumur hidupnya.”
Sebagi lanjutan daripada kes tular di Rusia ini, ada laporan media tempatan yang menyatakan bahawa wakil dari Jawatankuasa Penyiasatan Persekutan Rusia dan pihak berkuasa penjagaan telah berjumpa dan berbincang dengan Ekaterina tentang kaedah keibubapaannya yang agak songsang.

sumber: TheAsianparentmalaysia

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...