Lakukan 13 Cara Ini Agar Otakmu Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah SWT

Lakukan 13 Cara Ini Agar Otakmu Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah SWT

Lakukan cara ini jika ingin solatmu khusyuk.



Khusyuk dalam solatitu rezeki. Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus. Selain memahami bacaan dalam solat, anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar, Brain Expert. Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini boleh mempengaruhi otak.

Bagaimana Khusyuk Pengaruhi Otak

Solat itu tuntutan. Suruhan dari Allah. Hadiah untuk insan. solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktiviti yang melibatkan otak.
Yang lebih menarik ada beza antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamer pada otak manusia. Apabila seorang insan bersolat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Semua aktiviti dunia berlari di minda seperti tayangan movie.

Tiada tenang. Tiada damai. Tiada perkataan baginda “Arihna Ya Bilal” (rehatkan kami Wahai Bilal) bertakhta di sanubari. Manusia kekal kalut. Kekal bergelut. Gambar imbasan otak sebelah kiri cerita segalanya. Warna kuning tanda otak masih aktif.



Apabila hadir solat dengan hati. Merunduk menatap bumi, bahagian PFC senyap sunyi. Bukti tuhan diingati dan dikasihi.

Menarik lagi, bahagian lain pula menjadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati.

Anterior Cingulate Gyrus juga tidak terkecuali. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.

Rasa ragu hilang. Rasa prestij tak lagi beraksi. Kajian ini dimuat dalam Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan.

Kajian ini berikan makskud berbeza . Antara khusyuk dan solat biasa. Solat dengan khusyuk beri kesan luarbiasa pada otak. Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.


Sholat Dengan Khusyuk

Apabila kita solat dengan khusyuk, aktivitas OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini.

Apabila OTAK masih sibuk fikirkan hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.

13 Cara Tentramkan Parietal Lobe

Untuk tentramkan bahagian ini perlu praktik. Setiap hari. Tanpa latihan ia  tidak akan berhasil:

1.Cari tempat yang tiada gangguan. Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.

2. Duduk dalam keadaan selesa. Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.

3. Bernafas melalui hidung. Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.

4. Teruskan bernafas. Fokuskan pada bagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.

5. Teruskan bernafas. Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.

6. Mungkin fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.

7. Setelah dua menit, boleh mulakan zikir. Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.

8. Praktis 5 menit dulu. Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tentramkan PARIETAL LOBE.

9. Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktivitas ini. Bernafas dan berzikir.

10. Harus tepat waktu, Beri waktu lebih Untuk ruang bertenang.

11. Setelah zikir dan sebelum mulakan sholat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.

12. Waktu sholat nafas perlu dijaga. Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.

13. Fokus pada sebutan bacaan. Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.

selain itu berikut adalah 6 cara yang dapat mendorong khusyu dalam sholat:


1. Menjaga Waktu
Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk memanfaatkan waktunya selama di dunia dengan sebaik-baiknya yaitu dengan melakukan perbuatan baik, beramal sholeh, menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia, serta tidak berbuat maksiat.

Setiap muslim yang selalu menjaga waktunya ini pasti akan selalu mengingat Allah SWT dalam setiap langkahnya.

2. Niat Dengan Ikhlas
Sholat merupakan kewajiban bagi setiap muslim sehingga niatkan sholat dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. Sholat semata-mata hanya untuk Allah SWT dan untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta maka insyaAllah sholat dapat lebih tenang.

3. Menjaga Kebersihan
Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu menjaga kebersihan karena kebersihan merupakan sebagian dari iman.

Sebelum melaksanakan sholat, setiap muslim diwajibkan untuk bersuci terlebih dahulu dari hadast kecil dan besar yaitu dengan mandi dan berwudhu. Kebersihan badan dapat membangkitkan rasa semangat dan ketenangan saat melaksanakan sholat.

4. Tepat Waktu
Rosulullah mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu tepat waktu dan tidak menunda-nunda waktu sholat.

Lebih baik melaksanakan sholat secara tepat waktu sesuai dengan jadwalnya karena selain dapat membuat hati lebih tentram juga dapat membiasakan diri untuk hidup disiplin.

5. Tenang dan Tuma’ninah
Dalam sholat dianjurkan untuk selalu tenang dan tuma’ninah atau tidak terburu-buru. Sholat secara tuma’ninah dapat menciptakan kekhusyu’an dalam sholat.


6. Rendah Hati dan Tawadhu’
Salah satu sifat Rosulullah yang dapat menjadi cerminan bagi setiap muslim adalah rendah hati dan tawadhu.

Rosulullah selalu rendah hati terhadap siapapun dan tidak merasa lebih tinggi derajatnya dibandingkan dengan orang lain meskipun beliau merupakan Rosul yang memiliki banyak keistimewaan dari Allah SWT.

Setiap muslim yang sholatnya baik dan khusyu maka akan tercermin dalam akhlaknya yang baik pula sehingga sholat merupakan cerminan akhlak seorang muslim.

yang peting perlu praktis. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu rezeki. Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...