Cara Mudah Untuk Hilang kan Eye Bag Dan Lingkaran Bawah Mata

Cara Mudah Untuk Hilang kan Eye Bag Dan Lingkaran Bawah Mata

Keadaan mata ni tak bahaya pun. Ia cuma melibatkan kosmetik atau ketakcantikan pada wajah. Biasanya ia tak menyebabkan masalah kesihatan yang serious. Rawatan dan petua di rumah boleh mengurangkan kejadian lingkaran gelap bawah mata dan juga eye bag ni.

Antaranya:

1. Minum Banyak Air Masak/ Air Putih


Beg bawah mata tu jadi kadang kala disebabkan oleh water retention. Iaitu kandungan garam yang tinggi di kawasan tersebut. Sebab tu lah kadang kalau kita banyak menangis, haaa bengkak lah mata sembab. Sebab garam kat situ ba

2. Legakan Mata Dengan Benda Sejuk



Selalu kan kita dengar letakkan timun kat mata kononnya untuk hilangkan eye bag dan gelap bawah mata. Sebenarnya tujuan letak timun adalah untuk sejukkan suhu bawah mata tu. Letak dalam peti sejuk dulu lagi bagus. Ada juga orang letakkan uncang teh. Letak sudu sejuk pon ok. Sudu diletakkan dalam freezer semalaman lepastu letak kat mata 10 – 15 minit.

nyak. So, untuk hilangkan, selalu lah minum air masak, kurangkan makanan yang masin dan kurangkan lah minum air kopi.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi



Dapatkan tidur malam yang mencukupi. Untuk dewasa, biasanya 7-8 jam semalaman. Tidur dengan keadaan kepala dinaikkan sedikit. Pakai bantal yang tinggi sikit. Ibni supaya air tak terkumpul di bahagian mata semasa tidur.

4. Vitamin Untuk Hilangkan Eye Bag dan Lingkaran Bawah Mata




Niacin – atau Vitamin B3 dalam B complex Shaklee – Membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata sebab ia membantu peredaran darah dan membantu mengurangkan bengkak.

Vitamin E dan Vitamin C – Untung mengurangkan kedutan wajah. Lagipon kedua-dua vitamin ini membantu dalam menghasilkan kolagen dalam kulit.

Vitamin A – sememangnya vitamin A sangat bagus untuk mata. Vitamin A bukan sahaja membantu menghalang kerosakan dari matahari, malah ia sangat penting untuk mengekalkan kolagen dalam kulit supaya kekal lama dan lambat menua. Untuk yang ada jerawat, makan lah vitamin A, memang akan banyak berkurang jerawat tu.

Vitamin terbaik adalah vitamin yang didapati daripada makanan semulajadi. Semua jenis Vitamin C dan E ini banyak terdapat dalam buah-buahan kita seperti Orange, Citrus, mango, papaya dan juga nenas. Vitamin A pulak banyak terdapat daam labu, kentang carrots, dan dedaunan hijau. Untuk kulit yang cantik, 700 hingga 900 micrograms  vitamin A; 75 to 90 micrograms vitamin C and 15 milligrams of vitamin E diperlukan setiap hari.


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...