Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tindih 'Charger' Telefon Ketika Tidur

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tindih 'Charger' Telefon Ketika Tidur





Seorang remaja perempuan di Vietnam maut selepas terkena renjatan elektrik daripada pengecas telofon pintar, iPhone yang rosak.

Le Thi Xoan, 14, dilaporkan tertindih wayar pengecas tersebut ketika tidur dan terdedah kepada renjatan elektrik akibat wayar pengecas tersebut yang rosak.

Gadis malang itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu bapa mangsa yang kemudian bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Doktor bagaimanpaun mengesahkan bahawa remaja tersebut sudah meninggal dunia.

Pihak polis yang pergi ke lokasi kejadian menemui satu wayar pengecas berwarna putih dengan kesan terbakar. Pihak polis percaya wayar pengecas yang rosak itu telah mendedahkan bahagian dalam dawai yang membawa arus elektrik ketika mengecas.



Menurut pegawai penyiasat, mereka percaya bahawa remaja tersebut ketika kejadian sedang mengecas telefon bimbit di atas katil yang sama dia tidur seperti kebiasaan yang dilakukannya.

Pegawai penyiasat juga menjangkakan bahawa gadis itu secara tidak sengaja telah bergolek ke atas bahagian wayar pengecas yang rosak itu ketika tidur, hingga menyebabkan dirinya terkena renjatan elektrik.

Pengecas telefon bimbit iPhone itu kini sedang diperiksa oleh pihak berkuasa bagai menentukan sama ada ianya adalah produk asal keluaran Apple atau sebaliknya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pengecas yang terbakar itu mendapati bahawa panjang pengecas tersebut lebih pendek daripada pengecas tulen keluaran Apple.



Daripada keadaan fizikal pengecas tersebut, pihak berkuasa menyifatkan mangsa mungkin sudah mengetahui bahawa pengecas tersebut telah rosak kerana ia dibalut dengan gam pembalut di bahagian dawai dalam yang terdedah itu.


No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...