Menang Anugerah, Astro Beri Penggunanya Akses Kepada Semua Saluran Secara Percuma Selama 17 Hari

Menang Anugerah, Astro Beri Penggunanya Akses Kepada Semua Saluran Secara Percuma Selama 17 Hari



KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan memberikan semua saluran percuma - selain saluran sukan premium dan Pay Per View - di Astro dan Astro Go kepada pelanggannya bermula 3 hingga 19 November ini selepas mereka menang dalam kategori Media dan Rangkaian pada Anugerah Putra Brand 2017 yang berlangsung semalam.

Ini adalah kali ke lapan Astro memenangi anugerah jenama terbaik untuk kategori yang sama.

Astro Awani melaporkan, Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran Astro, Ridhuan Sidek anugerah itu akan meningkatkan lagi komitmen Astro untuk memberikan kandungan terbaik kepada pelanggannya.

Tambahnya, Astro akan meneruskan transformasi yang dilakukan dan menjadikan kepuasan pelanggan sebagai sasaran utamanya bergerak ke hadapan.

Anugerah Putra Brand 2017 merupakan anugerah yang mengiktiraf jenama terkemuka di Malaysia dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Ia mengukur jenama menerusi faktor termasuk keinginan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan serta rekomendasi kepada rakan dan keluarga.

Pemenang dipilih berdasarkan tinjauan yang dilakukan ke atas 6,000 pengguna di Malaysia.

Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...