7 Sebab Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam ASB ( dan Unit Amanah Harga Tetap ASNB yang Lain), Perkara 5 tu Baca yer!! sebab Ramai yang terlepas pandang!!


Kebanyakan daripada kita terutama di kalangan orang Melayu ingin hidup senang dan inginkan kehidupan yang selesa dan mewah pada masa hadapan; tetapi tindakan kita selalunya bertentangan dengan kehendak kita, bukan mudah untuk kita  mencapai sesuatu yang diingini begitu sahaja, ia memerlukan usaha yang setimpal untuk mendapat kepuasan 100%..

Kebanyakan kita melihat situasi poket kita hari ini tanpa langsung merancang masa hadapan, sebenarnya tidak ada jalan mudah untuk kita cepat kaya, biasanya orang kaya mengambil masa yang lama untuk mengumpul kekayaan; melainkan kekayaan itu diwarisi daripada keluarga sejak turun -temurun.

untuk mengecapi kesenangan di masa hadapan kita perlu merancang dengan baik agar dapat merasa kesenangan dan kekayaan di masa hadapan kelak.. kita perlu bersabar.



1. Harga Tetap

Unit Amanah harga tetap ini sebenarnya sangat unik kerana ada 6 sahaj di negara  ini iaitu ASB, ASB2, ASD, ASW, ASM dam AS1M. Jika anda melabur dalam unit amanah selain darpada keenam-enam unit amanah ini, harga seunitnya berubah setiap hari dan anda berdepan risiko kehilangan modal (wang yang dilaburkan).

bagi unit amanah harga tetap seperti ASB, harga seunit adalah tetap pada RM1 manakal untuk unit amanah harga berubah, harga seunitnnya mungkin naik atau turun setiap hari. Oleh kerana ASB ialah harga tetap, ia boleh dikatakan sama seperti simpanan.

Jadi apa saja matlamat anda, beli rumah , bina tabung pendidikan atau tabung persaraan aatau tabung kecemasan , ASB memang pilian terbaik, sebab apa?? sebab esok atau lusa atau tahun depan duit yang kita laburkan dalam ASB itu tetap ada. Kalau disiplin kita tinggi, bertambah tambah pula jumlahnya. jadi kalau nak hati tenang bila melabur PIlihlah ASB untuk tempat melabur..

2. Risiko Rendah

Walaupun ASB ialau unit amanah, namun risiko pelaburannya 'sangat rendah'  kerana ia tetap berharga. ini bermakna kalau anda melabur RM100, sampai bila- bila duit anda itu tak kan berkurang, malah ia akan bertambah kerana anda menerima pulangan setiap tahun. Itupun kalau anda tak keluarkan semula wang yang anda laburkan itu.

jadi jangan biarkan duit anda tidur dalam akaun simpanan, dapat gaji laburlah dlu baru belanja...

3. Pulangan yang kompetitif

Bercakap pasal pulangan atau Dividen tahunan inilah sebenarnya bahagian paling best bila kita melabur dalam ASB, mana tidaknya, dalam pelaburan ni orang selalu cakap, lebih tinggi risiko leboh tinggi pulangan.. Maksudnya, kalau nak pulangan sebanyak 10 peratus dari duit yang kita laburkan, melaburl;ah dalam pasaran saham yang berisiko tinggi.Tapi silap haribulan, bukan unutng tapi rugi yang kita dapat...sebab pasaran Saham ni tak menetu prestasinya, Hari ni untung esok rugi...

Tapi ASB ni lain.. sejak dilancarkan pada tahun 1990 pelabur sudah mula menerima purata dividen tahunan sekita 7-8 peratus hasil pelaburan mereka... bah apa lagi jom lah melabur di ASB sekarang!!

4.  Modal pelaburan kecil sahaja..


 Masih tak melabur juga sebab alasan "tiada duit laa.. " bah jangan kamurang jadikan itu sebagai alasan sebab kalau nak melabur dala ASB ni RM10 pun cukup sudah tu...untuk memulakan pelaburan lah.. lepas tu pelahan- lahan naikkan ke jumlah RM20,  RM100 d,an seterusnya RM200. Tambahlah pelaburan pada bila-bila masa mengikut kemampuan sampai RM200 000.00... kalau dapat lah.. tapi itu boleh dijadikan target tu...

Bayangkan lagi banyak yang dilaburkan lagi banyak dividen yang kita dapat ... siapa nak bagi kan???

5.  Boleh melabur bila-bila masa

Tiada paksaan dalam jumlah pelaburan atau bila anda nak melabur,, bila-bila masa sahaja..
pelaburan dalam ASB ni adalah dalam bentuk TUnai, dan tepulang kepada anda untuk melabur pad abila-bila masa sahaja yang dirasakan sesuai.. kalau nak ambil pinjaman dan laburkan ke ASB tu boleh juga... Tapi pilih mana yang sesuai dan ikut kemampuan anda..

yang penting duit tak disimpan di bawah bantal, laburkan ke ASB untuk mendapat pulangan setiap tahun...

6. ASB diurus Permodalan Nasional Berhad (PNB)

 PNB ialah pengurus dana terbesar negara yang bertanggungjawab mnguruskan duit pelaburan ASB. Dengan reputasi dan pengalaman PNB, kita tidak perlu risau dengan duit yang kita laburkan dalam ASB. Orang kata, biarlah kita tenang, tapi PNB yang pening uruskan duit kita, setakat ini pulangan kepada pelabur ialah sekitar 7-8 peratus, jadi napa nak fikir lagi melaburlah..


7.  Mudah nak melabur..

 Memang mudah sangat nak melabur dalam ASB ni, mana tidaknya ada 30 Cawangan ASNB seluruh negara manakala gabungan ejen ASNB seperti Pos Malaysia, Maybank, RHB  Bank, CIMB Bank dan BSN mewujudkan rangkaian leboh 2,500 Cawangan yang anda boleh kunjungi untuk melabur dalam ASB.

Selain itu, boleh juga melabur secara on -line menerusi portal myASNB atau maybank2u, CIMBclicks, RHBNow atau AFFinOnline.. kan Senang.. semuannya di hujung jari anda tak payah susah- susah beratur atau cari tempat letak kereta...

bah JOm kita melabur...

Untuk maklumat Lanjut Klik Sahaja.. www.asnb.com.my atau Facebook Amanah Saham Nasional Berhad.. 







No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...