MELUKAI HATI ISTERI BOLEH MEMBUATKAN PINTU REZEKI SEMPIT, BENARKAH??

Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit, Benarkah??


Suami yang merupakan imam dan ketua keluarga memiliki kedudukan penting dalam hierarki keluarga. Mereka bertugas menjadi pemimpin dan memastikan keperluan keluarga mencukupi. Dengan kedudukan yang penting ini, tidak pelik suami yang tidak menghargai posisi isteri boleh berlaku.



Lebih lagi apabila isteri tidak bekerja dan hanya menjadi ibu rumah tangga saja. Maka dengan dominasi kewangan ini, suami kerap kali melakukan tindakan sesuka hati yang dapat melukai hati isteri.

Padahal menyakiti isteri merupakan tindakan yang dapat menutup rezeki. Membahagiakannya menjadi salah satu jalan pembuka pintu rezeki yang paling lebar untuk keluarga. Lantas bagaimana boleh melukai hati isteri boleh buat rezeki sukar?

1. Emosi Isteri yang Buruk Akan Menular

Jika tidak mampu mengungkapkan kepada suami tentang sakit hati yang dirasakannya, biasanya isteri akan memendam perasaan kecewa tersebut. Dalam kadar yang besar, perasaan sakit hati dan kecewa ini akan memburukkan emosi mereka. Perasaan negatif ini lama-lama akan semakin membesar dan berpengaruh kepada seluruh keluarga. Perasaan yang buruk akan menunda rezeki baik yang akan datang.

Untuk itu segeralah untuk memperbaiki keadaan emosi isteri. Sudah banyak terjadi suami yang bertengkar dengan isteri selalu terhalang ketika mencari rezeki. Boleh saja tayar kenderaan pecah, bahkan hingga kecelakaan yang sering dialami setelah dua orang ini saling bertengkar.

2. Isteri Menjadi tidak Bersyukur

Suami yang menyakiti isteri baik dalam bentuk ucapan atau tindakan sebaiknya berhati-hati. Pasalnya doa mereka terhadap para suami dalam keadaan terluka ini akan segera dihijabah. Mereka juga menjadi tidak bersyukur atas apa yang sudah anda berikan kepadanya.

Bahkan terkadang suami didoakan tidak diberi rezeki agar menjadi lebih baik kepadanya. Kerana biasanya, lelaki akan berubah ketika memiliki wang lebih. Sehingga tidak pelik dalam hati isteri mendoakan agar suami tidak diberi rezeki agar kembali menjadi peribadi yang baik kepadanya.

3. Suami tidak Dilayani dengan Baik



Hal ini tentu sering dilakukan oleh isteri yang hatinya dilukai. Mahu tidak mahu tindakan mereka mencerminkan hati yang sakit yang mereka rasakan. Hati isteri yang terluka biasanya tidak ikhlas ketika melayani suaminya.

Hal ini tentu membuat suami juga menjadi tidak tenang dalam mencari nafkah. Ketika sudah lelah dengan banyak pekerjaan, mereka pun harus menghadapi isteri yang muram di rumah. Akhirnya kerana sama-sama berfikiran negatif, maka akan menutup kebaikan yang akan datang termasuk urusan rezeki. Suami pun menjadi tidak semangat ketika harus bekerja dengan keadaan seperti ini.

4. Suami Tidak Disokong

Tidak mampu mengawal perasaan sakit hati ketika disakiti suami akan berdampak terhadap tindakan isteri. Salah satunya isteri tidak lagi menjadi penyokong yang hebat bagi suaminya. Suami dibiarkan berjuang sendirian kerana istri berpaling tidak mempedulikannya lagi. Dengan begini, suami tidak punya semangat untuk selalu bangkit lagi setiap kali menghadapi kesulitan.

5. Berpengaruh dalam Mendidik Anak

Isteri yang tidak bahagia tidak mampu diharapkan dalam mendidik anak yang bahagia dan berguna. Kekecewaan terhadap suami akan bertambah pada perilaku mereka terhadap anak. Padahal rezeki boleh datang dari mana saja, termasuk dari anak. Rezeki juga bukan hanya berupa wang, tapi juga berupa anak-anak soleh yang menemui orang tuanya dengan wajah bahagia setiap hari.

Jadi, itulah alasannya kenapa isteri yang tidak bahagia boleh menyukarkan mencari rezeki. Mungkin saja diantara anda ada yang pernah mengalami hal ini. Untuk itu bersegeralah saling muhasabah diri dan minta maaf.

Bukankah dia adalah satu-satunya orang yang akan menemani anda hingga tua? Kerana anak-anak anda akan lebih memilih hidup bersama dengan suami atau isterinya ketika mereka sudah berkeluarga, dan hanya ada isteri yang setia menemani hingga masa tua.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Soyalemon

No comments:

Post a Comment

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...