Jika Kaki Tiba-Tiba ‘Cramp’ Ini Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Serta-Merta,Kongsikan kepada orang lain...

Jika Kaki Tiba-Tiba ‘Cramp’ Ini Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Serta-Merta


Penyebab kaki kram tidak selalu diketahui, namun umumnya disebabkan ataupun terkait dengan cedera ketika berolahraga, kehamilan, dehidrasi, kekurangan mineral tertentu, ataupun perubahan suhu dingin.

Anda mungkin mengalami kejang di kaki secara tiba-tiba menyebabkan kesakitan luar biasa pada bahagian betis biasanya berlaku semasa aktiviti bersukan. Kami ingin kongsikan informasi mengenai kram atau kejang semoga ramai mengetahui tentang punca-punca kejang, rawatan dan kaedah pencegahan.

Secara umumnya kekejangan sering berlaku di kaki, kerana kaki adalah yang bertanggungjawab bagi menyokong badan pada waktu siang dan juga berdiri selamat atau berjalan kaki
Punca kram kaki:

– Aktiviti yang berlebihan kepada keletihan otot dan boleh bekerja lebih lama lagi
– Kekurangan kalsium dan magnesium
– Dehidrasi
– Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan dan sebagainya.
Apa perlu dilakukan apabila serangan kram berlaku:
– Mencari tempat untuk duduk / bersandar
– Keluarkan kasut / Kasut
– Angkat kaki anda di atas riba sakit
– Jangan bengkok, kerana kedudukan lenturan boleh menekan kawasan otot
– Kadang kala apabila serangan berlaku kekejangan menyebabkan keadaan jari kaki menguncup, menggunakan tangan anda untuk perlahan-lahan menolak jari kaki menaik untuk membuka semula
– Apabila kekejangan telah reda, mengurut tapak kaki sehingga mengalir darah yang semula dengan lancar

Bagaimana untuk mengelakkan kekejangan:


– Melindungi keseimbangan cecair badan dengan meminum banyak air. ; Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas setiap hari, termasuk 1 gelas sebelum tidur juga tambahan minuman sebelum, semasa dan selepas senaman

– Pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, kalium dan magnesium. eg: 1-2 pisang sehari boleh membantu mencukup penggunaan kalium oleh tubuh badan kita.

– Apabila secara semula jadi sering kejang semasa tidur, jadi kita perlu lakukan gerakan ringan untuk otot sebelum tidur, elakkan tidur di otot betis yang akan menyebabkan tekanan pada saluran darah anda, cuba lakukan urutan ringan pada jari kaki dan betis anda sebelum tidur.

– Elakkan menggunakan kasut tumit tinggi, apabila terpaksa memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang panjang, kadang-kadang perlu buka kasut untuk memberikan keselesaan kepada jari kaki dan peluang untuk kaki berehat.

– Pilih kasut yang tidak terlalu ketat pada bahagian hujungnya, supaya kaki tidak terlalu tertekan semasa melangkah dan; menyebabkan kurang peredaran darah yang lancar

– Lakukan senaman jari kaki dengan menggerakkan jari kaki ketika berdiri dan duduk

– Selalu rendam kaki / jari kaki dalam air suam dan urut agar aliran darah lebih lancar.

– Boleh juga lakukan regangan selepas aktiviti berterusan yang terlalu lama. Sebagai contoh, selepas duduk lama di hadapan komputer selama 2 jam, berada di dalam pesawat udara atau kenderaan.


Mudah-mudahan tip di atas boleh membantu anda dan orang – orang di sekeliling anda, terima kasih

Check List Nak Jadi Suami Terbaik Dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Patut Ambil Tahu!

Check List Nak Jadi Suami Terbaik Dari Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Patut Ambil Tahu!



Mana-mana pasangan sebelum berkahwin kena buat check list ini untuk pastikan jadi suami yang lebih bertanggungjawab bila dah berumah tangga nanti. Bila memegang amanah dan tanggungjawab ini buat anda jadi lebih matang dan pastinya jadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.

Bukan hanya bakal suami, bagi yang sudah lama jadi suami pun apa salahnya kalau anda periksa semula samada anda dah buat ataupun tidak. Pesanan daripada Dato Dr Fadzilah Kamsah ini patut kita contohi. Paling penting kena lah buat!

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

6. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Tak kira di rumah atau juga di dalam kereta ketika ke tempat kerja. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


7. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

8. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

10. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

11. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

12. Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

13. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

14. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

15. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

Yang selebihnya jadilah yang terbaik buat isteri anda. Cintailah sepenuhnya isteri anda biarpun sudah beranak lima. Cinta itu hakiki kerana Allah SWT. Ingat pesanan ini!

sumber: Info keluarga

Kembalikan Tenaga Seksual, Suami & Isteri Kena Sama-sama Cuba Teh Ni!

Kembalikan Tenaga Seksual, Suami & Isteri Kena Sama-sama Cuba Teh Ni!



Sejak kebelakangan ini, sana sini orang asyik sebut pasal Teh Halba yang dikatakan sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita. Kata mereka, teh ini jika diamalkan dapat  menguatkan fungsi rahim dan memantapkan organ dalaman tubuh persis seperti anak dara.

Dalam erti kata lain, mengamalkan teh ini buat wanita lebih mantap selepas bersalin. Hebat luar dalam! Tapi untungnya khasiatnya lebih besar daripada itu. Dan yang anda tidak tahu, ia bukan hanya baik untuk wanita, bahkan untuk encik suami juga. Hasil kajian perubatan daripada China, amalan teh halba ini mampu mengembalikan tenaga seksual suami isteri. Hebat bukan?

Jadi jomlah amalkan sama-sama bersama pasangan. Sediakanlah teh halba ini untuk anda dan suami. Sama-sama minum dan nilaikan sendiri hasilnya. Badan pun pastinya lebih sihat dan cergas.

Berikut merupakan 14 khasiat yang diperlehi daripada mengamalkan teh halba ini secara berterusan. Kalau ia baik untuk kesihatan, apa salahnya kita mencuba untuk seluruh isi keluarga kita. Sama-sama amalkan gaya hidup sihat.

Antara khasiat teh halba adalah:

1. Rahsia awet muka secara semulajadi sebab ia berfungsi mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit kita. Hebat!

2. Ni paling sesuai untuk suami isteri. Teh ini dikatakan dapat menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita dan hal ini dibuktikan dalam perubatan China. Wow!

3. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan, seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan. Kata orang atasi perut buncit pun berkesan!

4. Baik untuk menguatkan fungsi jantung. Insyaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.

5. Bagi yang ada masalah sembelit dan buasir, ini ubatnya untuk anda pulih dengan pantas. Jom amalkan.

6. Peredarah darah juga berjalan dengan lebih baik.

7. Mengatasi masalah senggugut.

8. Bagi yang migrain boleh cuba amalkan teh ini kerana ia sangat baik merawat sakit kepala dan migrain.

9. Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyuburkan rahim. Selain bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil, ia baik diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin.

10. Mengetatkan dan memantapkan rahim. Seolah-olah kembali gadis bagi mereka yang dah kahwin. Hebatkan?

11. Menghilangkan lendir dan sakit tekak. Bagi yang sentiasa batuk berpanjangan mungkin boleh cuba amalkan teh halba ini.

12. Patut amalkan pada suami yang merokok kerana ia membantu mengurangkan ketagihan rokok. Kena cuba!

13. Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh dan memelihara kekuatan badan. Malah ia menggalakkan tumbesaran badan.

14. Bonus bagi ibu yang menyusu kerana ia memperbanyakkan air susu ibu malah mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan!

Dah tau khasiatnya, jom cuba macam mana nak sediakan teh halba ni. Senang jer!



BAHAN-BAHAN:

1 sudu teh halba

1 gelas air

1 sudu makan madu

1 biji limau kasturi



1. Rebus halba sehingga mendidih.

2. Biarkan sejuk seketika.

3. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau.

4. Kacau rata dan terus minum. Amalkan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.



Jika tiada madu di rumah, anda boleh guna menggantikannya dengan gula perang. Begitu juga dengan limau kasturi, boleh gantikan dengan lemon, limau nipis atau juga pati delima bagi lebih menambahkan rasa enaknya.

Selamat mencuba!


Foto: Sumaiyah Abdullah & Nor Karimah Yahya

Seorang Bapa Rancang Sesuatu Yang Boleh Dapatkan Hampir 1/2 Juta Ringgit Untuk Anaknya Yang Baru Lahir Bagi Dana 20 Tahun Akan Datang. Memang Sangat-Sangat HEBAT Strateginya. Anda Pasti Tergamam

Seorang Bapa Rancang Sesuatu Yang Boleh Dapatkan Hampir 1/2 Juta Ringgit Untuk Anaknya Yang Baru Lahir Bagi Dana 20 Tahun Akan Datang. Memang Sangat-Sangat HEBAT Strateginya. Anda Pasti Tergamam



Alhamdulillah selesai daftar nama anak + collect kunci rumah untuk si Aryan ni.

Rumah flat 3 bilik ni aku beli time baby dalam kandungan lagi.

Memang beli sebagai dana pendidikan untuk si Aryan ni.

Sekarang ni kalau nak di sewakan pun rate sekitar RM 550/bulan.

Duit sewaan RM 550 masuk dalam ASB loan RM 400k, ikat 30 tahun.

Tahun pertama – RM 100,000 (rolling dividen 20 tahun)

Tahun kedua – RM 100,000 (rolling dividen 19 tahun)

Tahun ketiga – RM 100,000 (rolling dividen 18 tahun)

Tahun keempat – RM 100,000 (maintain bayar RM 550/bulan selama 17 tahun tanpa usik dividen)

Lepas 20 tahun, terminate kesemua ASB ni, cash in hand akan dapat anggaran kasar sekitar :

ASB Tahun pertama = RM 55,453

ASB Tahun kedua = RM 51,640

ASB Tahun ketiga = RM 48,019

ASB Tahun keempat = RM 241,397

Jumlah cash in hand = RM 396,509

Lagi 20 tahun kan si Aryan ni dah besar, dah habis SPM dan nak masuk universiti.

Jadi rumah yang aku beli tahun 2017 ni, selepas tahun 2037 harga dia mungkin bukan lagi harga yang sekarang.

Mungkin meningkat sekali ganda @ 2x ganda.

Dapat refinance cashout RM 100k – RM 200k ketika itu, boleh di gunakan untuk kos study dia tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN macm aku ketika dulu.

Kat sini umur 20 tahun si Aryan ni dah boleh ada cash hampir setengah juta.

Baki selebihnya boleh di laburkan ke instrumen-instrumen lain seperti :

Bisnes

Hartanah

ASB

Unit trust

Saham

FCPO

Time tu, kalau aku dah tiada lagi pun, atleast anak aku ni ada tempat berteduh, ada something yang aku tinggalkan untuk dia.

*Rumah ni tiada hutang dengan bank sebab tu duit sewa boleh dapat penuh

Dapat sesuatu tak dari strategi yang aku cuba pakai untuk anak aku ni,

SHARE jika bermanfaat.

Sumber: lapokviral

Kongsikan Artikel Ini!!

Petua Tentang Ikan Yang Wajib Surirumah Tahu

Petua Tentang Ikan Yang Wajib Surirumah Tahu




Zaman sekarang ni masih ramai lagi ke kaum wanita yang tidak tahu menyiang ikan? Boleh kenal jenis-jenis ikan ataupun bezakan mana ikan laut dengan ikan sungai? Pasti ramai anak-anak muda sekarang yang masih lagi tak ambil tahu tentang hal ini kan.

Walaupun dah pasang angan-angan dari awal bila besar nanti nak upah orang gaji je, sebagai seorang perempuan wajib tau ambil tahu tentang macam mana nak pilih ikan segar, pastikan ikan tidak berbau hanyir dan sebagainya.

Pada siapa-siapa yang masih tak tahu dan ingin belajar, disini ada beberapa petua untuk mengatasi semua masalah anda berkenaan dengan ikan.

 petua tentang ikan, resepi masakan ikan ,cara siang ikan, cara masak ikan, cara pilih ikan, cara pilih ikan segar, ikan laut, ikan sungai

Hilangkan Bau Hanyir Ikan

1. Gaulkan ikan yang telah siap disiang dengan 2 sudu cuka ataupun 2 sudu perahan limau dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
2. Ataupun boleh juga gaulkan ikan dengan air asam jawa kemudian cuci dengan air bersih selepas 10 minit.

3. Anda juga boleh gunakan air basuhan beras untuk mencuci ikan, rendam dengan air beras selama beberapa minit, kemudian cuci dengan air bersih.

Buang Sisik Ikan



Rendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sikik ikan di dalam air tadi dengan menggunakan pisau. Senangkan.

Ikan Tidak Melekat Semasa Goreng

Masukkan sekeping asam gelugor/asam keping ke dalam minyak goreng ikan. Biarkan minyak panas seketika dan masukkan ikan. Ikan anda tidak akan melekat dan cepat garing.

Ikan Garing Bila Digoreng

1. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit ke dalam minyak panas tadi. Goreng ikan seperti biasa.

2. Perapkan ikan bersama serbuk kunyit, sedikit garam dan beberapa ulas bawang putih yang telah dikisar. Kemudian goreng seperti biasa.

Ikan Bakar Yang Sedap

Perapkan ikan dengan sedikit asam jawa dan air selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.

Segarkan Kembali Ikan Sejuk Beku

Rendam ikan sejuk beku itu di dalam susu segar selama 15 minit sebelum dimasak seperti biasa.

Ikan Segar Walaupun Simpan Lama

Siang semua ikan yag telah dibeli tadi tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam bekas ataupun plastik dan simpankan ke dalam peti sejuk. Ikan anda akan segar walaupun sudah beberapa minggu.

Telur Ikan Tak Pecah

Sebelum masaka masukkan telur ikan ke dalam beg plastik kemudian rebus selama 5 minit. Kemudia anda boleh masak seperti biasa dan telur ikan anda juga tidak akan pecah.

Mudah-mudahan dengan petua-petua ini kerja anda didapur juga akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba!

Ini Dia Sikap Lembut Umar Bin Khattab Kepada Isterinya… Kongsikan kepada Suami Panas Baran!

Ini Dia Sikap Lembut Umar Bin Khattab Kepada Isterinya… Kongsikan kepada Suami Panas Baran!



Khalifah umar bin khattab sangat sabar dalam menghadapi amarah istri nya… kerna bagi beliau Istri adalah penjaga beliau dari api neraka. bagai mana boleh? jom ikuti kisah berikut ini

Siapa yang tidak mengenal dengan Umar bin Khattab, seorang sahabat Rasulullah yang dikenal dengan ketegasannya. Bahkan setan pun takut melihat Umar dan menghindar dari hadapannya.


Selain orangnya yang tegas, Umar juga dikenal memiliki hati yang lembut sebagaimana digambarkan melalui kisahnya, saat dirinya dimarahi oleh Istrinya.

Kisah Umar Bin Khattab Saat Dimarahi Oleh IstrinyaDiceritakan seorang laki-laki datang kepada Umar bin Khattab RA. Ia hendak mengadukan istrinya karena marah-marah kepadanya. Lelaki tersebut jengkel dan ingin mengadukan kelakuan istrinya kepada Amirul Mukminin.

Setiap kali datang ke rumah Amirul Mukminin, ia tidak pernah bertemu dengannya. Umar bin Khattab RA selalu telah pergi sebelum ia datang. Suatu ketika, laki-laki itu kemudian datang lagi ke rumah Umar bin Khattab RA. Sampai di depan rumah, ia tidak langsung mengetuk pintu. Umar justru berdiri di depan.

Lelaki itu pun tertegun sejenak. Secara tak sengaja, ia mendengar sang khalifah sedang dimarahi istrinya. Sang istri terdengar membesar-besarkan masalah yang remeh. Nada suara perempuan itu meninggi. Sang Amirul Mukminin cenderung pasif menghadapi kemarahan istrinya.

Lelaki itu kemudian berkata dalam hati, “Jika seorang Amirul Mukminin saja seperti itu, bagaimana denganku?” Ia kemudian berbalik hendak pergi. Umar bin Khattab keluar rumah dan melihat tamunya hendak pergi. Ia pun bertanya, “Apa keperluanmu?”

Laki-laki itu kemudian berbalik dan berkata, “Wahai, Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadukan perangai buruk istriku dan sikapnya kepadaku. Tapi, aku mendengar hal yang sama pada istrimu,” kata lelaki itu.

Umar bin Khattab RA kemudian tersenyum. Dia pun mengisahkan kepada lelaki itu mengapa Umar yang keras begitu sabar menghadapi istrinya. “Wahai, saudaraku, aku tetap sabar menghadapi perbuatannya karena itu memang kewajibanku.”

Alih-alih menghardik istrinya, Umar malah menceritakan betapa besar jasa istrinya dalam kehidupannya di dunia. “Bagaimana aku bisa marah kepada istriku karena dialah yang mencuci bajuku, dialah yang memasak roti dan makananku, ia juga yang mengasuh anak-anakku, padahal semua itu bukanlah kewajibannya,” jawabnya.

Umar bin Khattab RA kemudian menasihati lelaki itu untuk bersikap sabar kepada istrinya karena istrinyalah yang membuat dia tenteram di sampingnya. “Karena istriku, aku merasa tenteram (untuk tidak berbuat dosa). Maka, aku harus mampu menahan diri terhadap perangainya.”

“Wahai, Amirul Mukminin, istriku juga demikian,” kata lelaki itu. Amirul Mukminin pun menjawab, “Maka, hendaknya engkau mampu menahan diri karena yakinlah hal tersebut hanya sebentar saja,” kata Amirul Mukminin.

Itulah Umar seorang khalifah yang memiliki budi pekerti yang tinggi dalam menghormati istrinya. Sungguh merupakan kisah yang kita bisa ambil pelajaran didalamnya.

sumber: detikperjuangan

Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus,Amalkan Doa ini…

Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus,Amalkan Doa ini…



Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja.

1-Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
2-Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi

Sebelum Mandi Anda baca:

Al-Fatihah 3x
Al-Ikhlas 3x
Dan Selawat 3x..

Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula Mandi Dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah inshaaAllah sembuh.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidi

Inilah Zikir Yang Melebihi 7 Lapisan Langit Dan Seluruh Isinya, Rugi Jika Tidak Peduli



Manusia tentu sangat sulit membayangkan bagaimana beratnya tujuh lapis bumi. Volume ini akan semakin berat jika ditambah dengan tujuh lapis langit yang materinya tidak diketahui secara pasti.
Namun tahu kah anda jika jumlah ini tidak lebih berat jika dibandingkan dengan dari kalimat dzikir berikut ini? Dzikir merupakan amalan seorang hamba yang dilakukan untuk mengingat Allah.

Jumlah ada begitu banyak dan memiliki keistimewaan tersendiri. Seperti kalimat dzikir berikut, dimana jika kalimat ini ditimbang beratnya melebihi berat tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Penasaran dengan kalimat dzikir yang dimaksud?

Dzikir merupakan kalimat-kalimat yang dilafadzkan seorang muslim sebagai salah satu bentuk ibadah dengan cara mengingat Allah. Ada banyak kalimat dzikir yang bisa dilafadzkan antara lain tasbih, tahmid takbir dan masih banyak lagi kalimat lainnya.

Masing-masing kalimat tasbih ini memiliki keistimewaan tersendiri. Misalnya kalimat dzikir yang beratnya melebihi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Sangat istimewa bukan?

Kalimat dzikir tersebut adalah Laa ilaha illallah yang artinya tiada Tuhan selain Allah. Nabi Musa ‘Alahis salam berkata kepada Rabbnya, “Ya Allah, ajarkanlah kepadaku tentang sesuatu untuk berdzikir kepada-Mu?” Allah Ta’ala pun menjawab, “Ucapkanlah Laa ilaha illallah.”

Dalam riwayat yang disampaikan oleh Imam an-Nasa’i ini, Nabi Musa As memohon kepada Allah Ta’ala selepas mendapatkan ajaran tentang kalimat dzikir yang mulia itu. Pinta Nabi Musa As, “Ya Allah, setiap kali mengucapkan dzikir ini, berikanlah aku pahala yang istimewa.”

Sebagaimana disebutkan dalam hadist Qudsi dari Abu Sa’id al-Khudri, Allah Ta’ala mengatakan dalam firman-Nya “Wahai Musa, seandainya tujuh lapis bumi beserta isinya digabungkan dengan tujuh lapis langit dengan seluruh semestanya dan diletakkan di sebelah timbangan kalimat Laa ilaha illallah, niscaya kalimat itu lebih berat, melebihi semua itu.”

Masya Allah, begitu besarnya keutamaan kalimat dzikir ini, sehingga beratnya melebihi tujuh lapis langit dan bumi. Padahal menurut kita selama ini, bumi beserta isinya saja sudah sedemikian berat. Namun nyatanya, kalimat yang mudah diucapkan ini memiliki keutamaan dibanding hal itu.

Tapi memang faktanya, kalimat tidak semua mampu mengucapkan kalimat Laa ilaha illallah ini. Hanya manusia pilihan Allah saja yang dengan ikhlas mengucapkan kalimat ini.

Bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah, maka kalimat Laa ilaha illallah adalah hal mustahil yang bisa terucap. Karena kalimat ini menjadi persyaratan mutlak ketika seseorang percaya kepada Islam. Kalimat yang disebutkan dalam hadits lain, jika diucapkan dengan ikhlas, kemudian pelakunya mati, maka ia berhak atas surga-Nya Allah Ta’ala. Wallahu a’lam

zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jangan meninggalkan zikir

Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).

Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.

Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”

Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).

Abdullah nin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (yaitu) orang-orang yang mengingat (berzikir pada)Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 190-191)

Firman Allah yang bermaksud, “Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang.”

Yakni pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.

Antara zikir yang boleh dijadikan amalan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, “Siapa membaca kalimat tahlil: ‘Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: ‘Subhanallaahi wa bihamdih’ sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)

Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: “Siapa membaca: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir’ sebanyak sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail.” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: ‘Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim.’” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

Dari Mush’ab bin Sa’ad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “(Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca.” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah’, ‘Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi rabill alamin’, ‘laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim.’” Lalu kata orang itu, “Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata, yang mana untukku?” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Allahummaghfir li warhamni, wahdini warzuqni.’” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2318)

Dari Abu Malik Al Asyja’i dari bapanya r.a., kataya: “Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini ‘Allahummghfir li war hamni wahdini, wa aafini, warzuqni.’” (Sahih Muslim Bab – Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2319)

Dari Abdullah r.a, katanya, “Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: ‘Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba’daha. wa a’udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba’daha. Rabbi a’udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi a’udzu bika min ‘adzabin fi naari wa ‘adzabin fil qabri’ dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata ‘amsaina’ (petang hari) dengan kata ‘ashbahna’ (pagi hari).” (Sahih Muslim Bab – Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2345)

Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab – Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348).

Wallahualam

Sumber : ceritaalapok

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI.

HUKUM SOLAT TIDAK PAKAI BAJU DALAM BAGI PEREMPUAN DAN SELUAR DALAM BAGI LELAKI.INI JAWAPAN YANG PERLU DIKETAHUI. Sudah tentu terta...